Monday, May 31, 2010

Love Ur Life... =)


love ur life...
Kerana hidup nih terlalu singkat..
kita tak tahu pun bila kita kan bernafas lagi seperti biasa..kan?
esok..lusa..entah2 sedetik selepas ni kita dah tak bernyawa..mana tau kan?

oleh itu..
sebelum kita kembali kepada Pencipta
sempurnakan lah hidup ni.. berkati dengan rahmatNya..
bernafaslah dalam erti kesyukuran..

Juga penuhilah hidup dengan keriangan..
janganlah bersedih.. hidup ini hanya sekali..
jangan biarkannya suram.. senyumlah selalu =)

Hidup juga seperti aiskrim.. kan?
Maka nikmatilah ia sebelum cair..
sekiranya masih belum dapat apa yang diimpikan dalam hidup
Teruskan dan sentiasa berusahalah ke arah itu..

love ur life... =)

Saturday, May 15, 2010

selamat hari guru =)

selamat hari guru kepada semua guru.. guru tak kira secara formal atau tidak.. ilmu yang disampaikan tu sangat bernilai. kepada guru2 di sekolah, matrik, U dan tak lupa juga guru di sekolah memandu, jasamu dikenang. terima kasih =)

Friday, May 14, 2010

Jawatan Kosong!!!


Assalamualaikum..

kepada kawan2 sekalian,Siapa2 berminat untuk apply job dengan CP Malaysia di bawah Asia Aquaculture Farm dan Processing Plant bagi jawatan Technician, Admin, QA dan QC bolehlah hantar resume anda ke HQ CP atau email saja. memang tak diiklankan tapi my x-big boss cakap boleh apply anytime sebab mmg diperlukan. buka www.cp-malaysia.com utk address. Head Office - Aquaculture Business Group tau =)

Maklumat tambahan, job nih utk ladang ternakan dan kilang pemprosesan. tapi utk position admin tu tak semestinya ada basic akua.

good luck =)


Thursday, May 13, 2010

kesayanganku...

ni namanya comel.. si kura2 yang me bela dari kecik.. tgk si comel besar duit 50 sen ja masa mula2 me jaga.. masa nih dh sem last kat UMT.. tahun 2008. comel nih manja sangat, klu tiap kali me mandikan, dia tau2 ja dan suka pulak tu. pastu dia suka sangat makan. tapi comel tak suka makanan semulajadi..dia makan pellet ja... tu yg me susah hati kalau nak lepaskan comel, mesti tak boleh nak hidup..

hobi comel lak jalan2 dalam umah. nih abah la yang ajar. comel bising2 dalam akuarium abah angkat dia letak atas lantai. pastu comel pun jalan2, pusing2 dalam umah. bila dh penat baru dia diam. pastu skrg ni memang dia akan bising2 la nak kuar dari akuarium tu..

lagi satu, comel suka berkawan dengan Ciko.. ciko nih si kucing yang comel jugak. manja nya mengalahkan baby! huhu.. bila comel bising2, ciko akan jenguk kat akuarium comel. kalau comel kat luar akuarium, mesti akan gi dekat dgn ciko. apa yang dorang borak pun tak tahu..paham ke ciko dgn bahasa comel? hehehe...



ha..! ni la comel skrg.. dah besar dah.. satu tapak tangan me pun dah tak muat badan comel.. kalau nak mandikan dia, punya la degil nak gerak sana sini.. comel..comel.. yang ni lak si ciko, teman baik comel. me sayang sangat ciko dan comel.. ada lagi sekor, si Jimi yang manja mengalahkan Ciko (sebab jimi muda dari ciko). tapi gambar si jimi takdak lak.. jimi pun comel.. bulu putih, mata lak kaler lain2. nanti me upload kan.

sebenarnya.. me rindukan mereka semua huhuhu... nak balik umah!!!! =(



Friday, May 7, 2010

kesibukan <<('.')>>

sibuk..sibuk..sibuk.. huhuhu..
tak tahu la macam mana nak uruskan masa, rasa macam dah semakin tak cukup masa ja sekarang ni. balik ja dari kursus kenegaraan tu, kerja berlambak-lambak nak kena setel. macam-macam ada huhu!

tak sampai seminggu dok kat ofis, dapat surat untuk kursus lain pulak. ada lagi, seminar pengembangan dan bengkel usahawan IAT menyusul. tapi sebab dah clash masa, seminar pengembangan tu terpaksa ganti orang lain.

minggu ni jugak sibuk setel kan kerja-kerja pembangunan untuk usahawan baru dan juga untuk Program Mempelbagai 2009. banyak nak kena buat. dah pun masuk pertengahan tahun.. sekejap ja rasanya..

minggu depan 11-12hb ada exam jabatan lak. nak study apa pun tak tahu. rasa macam malas ja nak study tapi kang tak lulus lak huhu.. rasa cam nak pergi bercuti panjang tapi tak boleh lagi la nampaknya =(

kesibukan...kesibukan.. huhu!