Saturday, September 25, 2010

Karma - Hukum Alam.. percayalah =)


Alhamdulillah.. raya dah pun berlalu... walaupun agak kurang meriah sikit tahun ni, tapi tetap seronok dapat berkumpul dengan sedara mara yang ada. bila berjumpa dengan sepupu, kawan2 yang dah lama tak jumpa, macam-macam la cerita yang jadi topik =)

kali ni me berminat nak bercerita pasal 'Karma'.. bak kata orang putih, "what u give, u'll get back". secara lumrahnya juga dikatakan hukum alam.. ya, me percaya setiap perbuatan tu ada balasannya. yang baik perbuatannya, maka baiklah balasannya.. begitu la sebaliknya.

dalam soal perhubungan sesama manusia pula, me aplikasikan karma ini sebagai salah satu kaedah dalam menjalinkan hubungan. maksudnya, bila kita berbuat baik kepada orang maka InsyaAllah baik la yang kita akan dapat. tapi, kadang-kadang bila kita buat baik, orang balas jahat.. jadi biarkan saja.. bila setiap perbuatan jahat kita balas dengan kebaikan maka itulah yang terbaik, percayalah =)

dan jika kita memberikan kasih sayang kepada seseorang.. walaupun bukan dengan orang tersebut, percayalah yang kita juga akan mendapat kasih sayang daripada orang lain.. dan rasa sayang dan disayangi itulah yang mendamaikan.. dan jangan sesekali pula kita menyakiti orang lain.. kerana sudah pasti orang lain akan menyakiti kita.. dan rasa sakit itu sangat tidak menyenangkan.. percayalah =)

so.. pendek kata setiap apa yang kita buat ada balasannya...baik mahupun jahat.. karma tetap karma =)

No comments: