Monday, August 31, 2009

Udang Lipan.. sedap!

ni namanya udang lipan... my favourite nih hehehe... balik kampung ari tu udang ni la me cari dulu. bukan senang nak cari kat tempat lain, tapi kalau kat kampung banyak ja. besar-besar saiz dia ni. kalau nak makan, paling senang rebus ja pastu ratah hehe.. tapi tu la, udang lipan ni tak boleh makan banyak sangat.. tambah-tambah yang alergic seafood. me ni alergic tak alergic me makan gak (tu la degil..) pastu mula la nak muncul tanda-tanda alergic =( apa-apa pun, pandai-pandai la handle diri sendiri kan? =P


Inilah Namanya Jodoh ep.3

“Esok Rhea jumpa Rizman ya? Biar mama jemput mereka sekeluarga datang makan malam. Lagipun dah lama mama tak menjemput tetamu. Bolehlah Rhea berkenalan dengan dia, ok?” Usul mama.
Aku pantas menolak cadangan itu. “Tak nak lah ma. Rhea belum bersedia nak jumpa dia lagi. Biar Rhea mula berkawan dulu dengan Rizman tapi yang penting Rhea tak nak jumpa dia selagi Rhea tak berkawan dengannya. Boleh ya, mama?”
“Kalau macam tu, Rhea ambik nombor telefon Rizman dan berkawan dulu dengan dia. Tapi mama sangat berharap Rizman yang akan menjadi menantu mama...”

Aku terkedu. Mama sangat berkenan dengan Rizman, dan aku pula sedang bercadang untuk membuatkan si Rizman menolakku. Kalau aku tidak boleh menolak lamaran ini, biarlah Rizman saja yang membatalkan lamaran keluarganya. Itulah yang terlintas di fikiranku saat ini. Tapi mama? Ah, aku yang akan pertaruhkan seluruh hidupku kepada Rizman jadi akulah yang perlu menghadapinya.

“Ok, mama kasi nombornya. Malam nanti Rhea call Rizman. Ok mama sayang?” Ucapku sekadar ingin menyedapkan hati mama. Kata-kataku membuatkan mama cukup gembira. Ternyata tindakan yang bakal aku buat akan mengecewakan mama sekiranya pelanku berjaya dilaksanakan. Harap-harap Rizman akan menarik balik lamaran itu kerana tidak tahan dengan perangaiku nanti. Sudah banyak kali aku meminta di dalam hati. Rizman, moga-moga cepatlah kau mengalah nanti!


***

Kuliahku dibatalkan pada saat-saat akhir. Berapi juga aku dibuatnya. Sudahlah aku terlewat bangun pagi tadi, lepas itu kalut pula memandu meredah kesesakan jalan raya dan bila tiba saja di kelas, kelas pula sudah dibatalkan? hah! Aku mencapai telefon di dalam beg sandangku. Ada mesej. Pantas saja jari aku menekan punat telefonku.

“Morning princess, have a nice day!” Aku membaca ayat yang tertera di skrin telefonku. Huh! Mesej daripada Rizman. Semenjak kebelakangan ini aku asyik berbalas sms saja dengannya. Bukan apa, aku sekadar ingin menguji lelaki itu. Teringat semasa mula-mula aku menelefonnya. Macam nak terbakar hati aku dibuatnya!

“Saya Rhea. Awak Rizman kan?” Soalku agak keras. Tanpa salam aku terus menyemburnya.
“Erkk, wait a minute, awak Rhea dan saya Rizman. So?” Jawabnya agak keras jugak. Tercabar aku dengan kata-katanya. Melawan pulak dia!
“So awak tahulah siapa saya?”
“Kan awak dah cakap awak Rhea. Saya tahulah awak Rhea. Well, kenapa awak call saya malam-malam ni?” Eh, aku pulak yang di’sound’nya. Sepatutnya aku lah yang akan memulakan dulu sengketa, ini tidak, dia pulak yang membuatkan aku berasa geram.

“Saya bukan suka-suka nak call awak. Awak tahu tak pasal family kita?” Tanyaku lagi.
“Pasal family kita? Bila pulak kita jadi satu family?” Soalnya kembali. Ya Allah, aku betul-betul menyirap dengan lelaki ini. Sudahnya aku terus meletakkan telefon. Kalau macam ini punya perangai, jangan harap nak jadi suami aku, huh! Beberapa saat kemudian telefonku berbunyi. Aku terus menjawabnya tanpa melihat nombor siapa yang memanggilku.

“Assalamualaikum cik Rhea..” Lembut saja suara seorang lelaki memberi salam. Suaranya cukup romantik dan memikat. Aku kehairanan kerana seingatku belum pernah aku mendengar suara itu. Siapa pulak ni?
“Walaikumsalam.. erkk.. siapa ni?” Soalku agak lembut.

Kedengaran tawanya di hujung talian. Alamak, kenapa tiba-tiba saja dada aku berdebar-debar ni. Lelaki itu berhenti ketawa dan memanggil namaku sekali lagi. Terdetik jantungku setiap kali dia memanggil namaku dengan cara panggilan yang cukup romantik.

“Siapa ni? Janganlah main-main..” Nadaku sudah kembali keras.
“Opss, relaks.. janganlah marah-marah. Saya suka suara awak yang mula-mula tadi masa awak jawab salam. Lembut dan sopan.” Ucapnya.
“OK, saya tanya secara lembut ni ya, boleh saya tahu awak ni sapa?” Soalku dengan nada suara yang sengaja dilembutkan. Dia ketawa sekali lagi. Dan saat ini jantungku pula sudah mula berdebar kembali.

“Rhea, ni Rizman lah. Awak call saya tadi kan? Maaflah, saya pun terikut-ikut dengan cara awak bercakap tadi. Saya terkejut sebenarnya. Pertama kali bercakap dengan awak saya dah kena marah. Sorry ya..”

Aku tergamam. Ya Allah, macam mana aku boleh tak tahu ini Rizman? Suaranya betul-betul tak sama seperti yang mula-mula tadi. Kali ini lebih lembut dan sedap didengar. Malunya aku! Rizman memanggilku lagi. Seperti tadi nadanya cukup romantik.

“Erkk.. it’s ok..”
Aku kehilangan kata-kata! Sungguh, aku rasa betul-betul terpukul dengan tindakanku sendiri yang menelefonnya dan cuba memulakan sengketa. Salah aku juga. Terlalu awal untuk melaksanakan rancanganku. Aku perlu lebih berhati-hati. Dan sejak itu aku dan rizman mula berkawan melalui sms dan panggilan telefon. Bagiku dia seorang yang periang dan mudah berkawan. Selalu saja dia mengusikku. Namun hatiku belum terbuka untuknya lagi. Telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru. Aku membuka dan membacanya perlahan. Daripada Rizman lagi. Katanya dia sedang menungguku di rumah mama. Gila! Selalu saja dia menakutkan aku seolah-olah dia sedang memerhatikan aku. Mentang-mentanglah aku tidak pernah melihatnya. Aku biarkan saja mesej itu tidak berjawab. Malas hendak melayan.

Aku terus menapak ke keretaku. Hari ini aku agak lapang jadi aku bercadang untuk ke rumah mama. Lagipun mama sudah mula bising kerana aku tak menjenguknya sejak kedatangan Datuk Razif dan Datin Fauziah tempoh hari. Mama, mama... tak jumpa sehari dua pun sudah mula bising. Macam manalah kalau aku kahwin dan tinggal berasingan? Sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak sehingga tak sempat menjenguknya? Mesti mama sunyi. Iks, kenapa sampai hal kahwin aku fikirkan ni! Aku ketawa sendiri.

*** Bersambung

Inilah Namanya Jodoh ep.2

Hari itu aku berkunjung ke rumah mama. Rumah sewaku dengan rumah mama tidak lah jauh sangat, masing-masing di Shah Alam namun berat betul kaki aku untuk melangkah ke sana. Ketika kereta satria kesayanganku membelok masuk ke halaman rumah, mama sudah pun terpacak di depan pintu menyambut kedatanganku. Berseri-seri wajah mama. Baru aku perasan, ada sebuah kereta Proton Waja diparkir di halaman rumah. Tak kan babah beli kereta baru kot? Untuk siapa pulak? Aku berkira-kira sendiri.

“Mama..” Tegurku sampai mencapai tangan mama dan menciumnya. Satu kucupan hinggap di dahiku disertakan dengan pelukan yang erat. Sayang benar mama padaku. Mestilah, aku kan anak bongsunya. Lagipun mama hanya ada aku dan Kak Rini saja, tapi kakakku itu telah pun berkahwin dan tinggal berasingan.

“Rindunya mama pada Rhea. Baru seminggu tapi macam setahun ja mama tak tengok anak mama ni. Eh, lupa pulak mama. Kita ada tetamu, sayang. Jom, masuk... ” Ajak mama gembira. Tetamu? Rupa-rupanya itu kereta tetamu, melesetlah andaianku tadi hehehe!

Ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku dapat rasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikan tingkahku. Ini yang aku rimas ni. Kalau kawan-kawan mama datang saja pasti ada sesuatu yang akan diperkatakan tentangku. Tapi kereta tadi macam tak pernah kulihat pun sebelum ini. Lupa pula aku hendak tanyakan mama siapa tetamunya itu.

Aku memerhatikan sepasang suami isteri yang sedang duduk di ruang tamu. Mereka nampak sebaya mama saja. Wanita yang berbaju kurung itu merenungku dengan mesra. Aku hanya melemparkan senyuman. Niat di hati aku hendak terus ke bilik saja tapi mama memanggilku pula.

“Rhea, mari duduk sini. Ini mama perkenalkan, Datuk Razif dan Datin Fauziah, kawan baik mama masa zaman sekolah dulu. Dua-dua satu kelas dengan mama, jodoh mereka ni panjang sekarang dah beranak cucu dah dia orang ni..” Ucap mama ramah. Kata-kata mama disambut oleh gelak tawa kedua-dua tetamu yang tak pernah kukenali itu. Aku sekadar tersenyum saja.

“Lawa betul si Rhea ni ya Salmi. Dalam gambar nampak cantik, kat luar lagi bertambah-tambah cantik ditengok. Cantik betul dia. Sejuk mata saya memandangnya, bang..” Ucap Datin Fauziah sambil memandang ke arah suaminya.
“Awak ni, malu lah Rhea nanti. Hah kau pun satu Salmi, selama ni kau simpan saja ya anak dara kau ni. Dah besar panjang baru kami tahu kau ada seorang lagi anak dara..” Datuk Razif pula bersuara. Mama hanya ketawa dan memberi isyarat kepadaku untuk menyalami mereka berdua.

“Apa khabar Datuk, datin.. ” aku bersalaman dengan mereka. Ada riak kurang senang yang terukir di wajah Datin Fauziah. Hairan jugak aku kenapa dia bertindak begitu.
“Iksh, datin pulak yang dipanggilnya. Tak lama lagi kitakan akan jadi satu keluarga. Rizman panggil auntie ibu, apa kata kalau Rhea pun panggil ibu dari sekarang? Kat uncle panggil abah saja, boleh Rhea?”

Bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalaku saat ini! Ibu? Abah? Baru kutahu mereka ini rupa-rupanya orang yang melamarku. Nafasku betul-betul sesak, dadaku terasa macam nak pecah mendengarkan kata-kata Datin Fauziah. Aku memandang mama meminta penjelasan, tapi mama buat-buat tak paham. Tanpa menjawab pertanyaan Datin Fauziah aku terus meminta diri untuk ke bilikku di tingkat atas.

“Malu agaknya tu..” Terdengar suara mama ketika aku melangkahi anak tangga. Kenapa mama buat aku macam ni? Aku masih belum bersedia dan tiada kata putus pun dariku lagi. Tapi mama seolah-olah sudah menerima lamaran itu. Mama! Aku betul-betul binggung.

“Kenapa Rhea buat macam tu? Tinggalkan tetamu macam tu saja? Dia orang tu bakal mertua Rhea tau!” Tegas suara mama kedengaran. Aku berpaling ke arah lain. Sudah balik agaknya mereka. Kalau tak, mama tak akan mengamuk macam ni.
“Rhea dengar tak apa mama tanya? Kenapa Rhea buat perangai? Rhea tak kesiankan mama ke? Mama nak tengok Rhea bahagia saja. Rizman tu secocok sangat dengan Rhea, ada rupa dan kerja pun terjamin. Apa lagi yang Rhea nak?”

“Mama please, ma.. jangan paksa Rhea. Mama yang tak kesiankan Rhea. Mama nak Rhea hidup dengan orang yang Rhea tak pernah kenal? Langsung tak pernah tahu asal usulnya ke mama? Nak Rhea terseksa? Itu yang mama nak?” Soalku kembali bertalu-talu. Aku lihat mama betul-betul kecewa dengan kata-kataku.

“Rhea, mama yakin Rizman adalah pilihan yang paling tepat untuk Rhea. Mama nak Rhea hidup dengan orang yang boleh menjaga Rhea. Andai satu hari nanti mama dah tak ada, mama akan pergi dengan tenang sebab mama tahu ada orang yang boleh menjaga Rhea untuk mama.. itu saja yang mama nak...” Sayu betul kata-kata mama menusuk ke kalbuku. Aku rasa bersalah kerana membuat mama berkecil hati dengan kata-kataku tadi. Lantas aku memeluk mama seerat-eratnya.

“Ma, Rhea minta maaf... Rhea minta mama bagi Rhea masa untuk Rhea mengenali siapa Rizman sebenarnya. Rhea janji Rhea tak akan menolak sekiranya dia betul-betul seperti yang mama ceritakan... boleh ya mama?” Pujukku. Kali ini pujukan ku berjaya membuatkan mama kembali tersenyum. Aku tahu mama hanya hendak yang terbaik untukku. Namun aku juga punya perasaan, tak sebegitu mudah aku hendak menerima seseorang dalam hidupku apatah lagi sebagai suamiku.

*** Bersambung

Wednesday, August 26, 2009

Inilah Namanya Jodoh


Aku menongkat dagu sambil cuba mendengar kuliah yang sedang disampaikan oleh Prof. Mansor. Telinga aku saja yang mendengar namun sedikit pun aku tidak memahami tutur katanya. Yalah, macam-macam yang aku sedang fikirkan saat ini. Fikiranku bercelaru dengan pelbagai perkara. Kalau nak diikutkan hati, sekarang juga aku ingin meninggalkan dewan kuliah ini.

“Macam mana Rhea? Setuju?” soal Kak Rini, kakak sulungku ketika dia menghubungiku semalam. Aku mendengus perlahan.
“Rhea tak tahu la akak. Mama senang-senang ja nak terima lamaran tu. Entah sapa-sapa entah. Yang nak jadi mangsanya, Rhea la! Eei, geram betul lah..” Luahku kepadanya. Aku harap kak Rini boleh memujuk mama supaya mempertimbangkan dahulu lamaran yang telah dihantar untukku 2 minggu yang lepas itu.

Kak Rini mengeluh kecil. “Akak pun tak tahu nak cakap apa dah dengan mama. Pihak lelaki tu katanya orang baik-baik, bakal suami Rhea tu arkitek, muda dan handsome. Kalau tak silap, namanya Rizman. Akak pun tak pernah tengok tapi mama dah beriya-iya puji dia.”
“Tapi akak, Rhea kan masih belajar. Rhea ingat nak sambung lagi ke peringkat Phd pulak lepas dapat master ni. Tak lama dah pun. Mana la Rhea sempat nak pikir pasal kawin kak Rini..” Pujukku lagi. Namun pujukanku hampa bila kak Rini menyuruhku berbincang dengan mama secara peribadi. Lagi lah susah, mama pasti tidak akan mendengar kata-kataku.

Aku tersedar dari lamunan ketika semua pelajar berebut-rebut menuju ke pintu dewan kuliah. Sudah habis kuliah rupanya. Jauh betul aku mengelamun, nasib baik Prof. Mansor tak nampak kelakuanku. Harap-harap orang lain pun tak perasan. Aku terus bergegas menuju ke Medan Kuliah kerana masih ada satu lagi kelas yang perlu kuhadiri. Betapa bosannya aku saat ini hanya Tuhan yang tahu. Wahai masa cepatlah berlalu!
***
Telefonku sudah berkali-kali berbunyi namun sengaja aku biarkan ia berdering. Tertera nama mama di skrinnya. Sudah 4 hari aku tak menjenguk mama. Bukan apa, aku agak sibuk dengan Projek Tahun Akhir yang perlu aku siapkan secepat mungkin. Dalam masa 5 bulan saja lagi aku akan memperoleh master dalam bidang perakaunan. Betapa gembiranya aku, separuh daripada cita-citaku sudah hampir tercapai. Namun apabila memikirkan mama, aku tiba-tiba saja resah. Mama oh mama...

Telefonku berdering lagi. Kali ini aku terpaksa menjawabnya. Kesian pulak aku pada wanita separuh abad yang kupanggil mama itu. Semoga mama sekadar bertanya khabar sudahlah, janganlah soal jodoh yang disebutnya, aku meminta di dalam hati.

“Assalamualaikum, mama.. sorry Rhea ada hal tadi. Mama sihat?”
“Walaikumsalam. Ingatkan nak lari dari mama. Rhea ke mana sampai 4 hari tak jenguk mama? Rhea dah tak nak balik rumah mama dah ke?” Tanya mama. Aku menghela nafas panjang.
“Ma, rhea kan ada final projek. Itu yang busy sikit. Nanti weekend Rhea balik lah, ok? Mama sihat tak? Tak jawab pun soalan Rhea... sampai hati mama tuduh Rhea macam tu… sedih Rhea tau…” Aku berpura-pura merajuk.

Mama ketawa kecil. “Anak manja mama ni dah umur 26 tahun pun perangai macam budak-budak lagi. Patutnya dah kawin dah sekarang ni. Biar bermanja dengan orang lain pulak..”

Ah tidak! Mama sudah memulakan topik yang aku paling tak suka. Cepat-cepat aku mohon diri dari mama. Aku tahu mama hampa, tapi kalau aku melayan celoteh mama berkenaan hal-hal kahwin ini silap-silap aku yang terkena. Sudahlah aku masih belum memberikan kata putus. Baik aku lari dulu. Ampunkan anakmu yang seorang ini ya mama...

*** Bersambung

Tuesday, August 25, 2009

penat..

Me baru ja balik dari KL.. attend meeting kat Putrajaya, then me stay kat umah sepupu me satu malam. Meting lak 2 jam tak sampai tapi travel dari KB ke KL tu yang meletihkan (sebab puasa kot..)

dah la kat airport tu ramai pelancong, dengan pelbagai aksi lak tu... semuanya romantik yang melampau.. huhu...bulan puasa ni.. sabar ja la tengok dorang tu. tadi petang sebelum me balik KB sempat temankan sepupu me g klinik.. dah scan baby.. waaa.. sorang lagi nak dapat baby.. bestnya =) teringin lak nak ada baby gak (kawin pun belum lagi apa la huhuhu...)

ok la.. me just online kejap ja ni.. nak gi masak untuk sahur lak. terasa teringin nak makan sotong masak kicap =P k.. selamat berpuasa semua!

Saturday, August 22, 2009

Kalau Itu TakdirNya ep.akhir



“ Cuba you dengar dulu, please. You tahu tak kenapa I berkawan dgn dia? Sebab I sayangkan you lebih daripada seorang sahabat! Bila I cuba berterus-terang, you ketawakan I. I berkawan dgn Vanessa untuk buat you cemburu tapi you langsung tak beri respon. I kecewa, jadi I terus berkawan dgn Vanessa. Dia bukan girlfriend I, kami hanya berkawan..”

“ Tapi you jugak yg kata semua ni kerana Vanessa!”

Khairul menghela nafas. “ Marina, Vanessa cuba memiliki I, jadi dia pun tabur fitnah pasal you. Dia tak suka melihat kita bersama. I sedar semua ni bila kita dah jauh. Dia yg menyebabkan kita putus sahabat. I cuba cari you utk jernihkan keadaan tapi you dah pindah..I juga mahu berterus-terang pasal Vanessa tapi I tak jumpa you..”

Marina bungkam. Dia sedar khairul berkata benar. Dulu bila khairul berkawan dgn Vanessa sedikit-sebanyak dia rasa tergugat, tapi apa hak nya utk menghalang mereka berkawan? ketika itu, khairul dan Vanessa merupakan pasangan yg paling ideal. Khairul seorang lelaki berbangsa Cina yg sangat kacak, sentiasa menjadi buruan gadis-gadis di sekolahnya. Manakala vanessa pula cantik, dan lebih nyata mereka sebangsa. Memang mereka sangat padan.

“ You tahu kenapa I peluk Islam? Vanessa menghina agama you bila I cuba mencari you semula. Kemudian, I teringat kata-kata you mengenai Islam. You beritahu I, tiada paksaan dlm beragama. Apa yg dicakapkan oleh Vanessa sangat bertentangan. Jadi I cuba mencari kebenaran, dan hari ni I bukan lagi seorang kristian..”

“ Tapi..”
Marina kehilangan kata-kata. Perlukah diterima semula khairul dalam hidupnya? Dulu mereka sangat berbeza dari segi agama dan keturunan. Namun semuanya sudah berubah. Khairul sudah berterus-terang dan dia tahu bukan semuanya salah khairul.

“ Walaupun kita berbeza, tak salah kalau kita bersama kan? Terimalah I, please? 4 tahun I mencari you, I sangat berharap..” Rayu khairul penuh mengharap.

Mata mereka saling berpandangan. Marina dapat melihat ada keikhlasan di mata Khairul. Dia masih lagi mendiamkan diri dan sekali lagi mata lelaki itu ditenungnya. Mata tak akan menipu..

Agak lama kemudian Marina menganggukan kepala. Khairul tersenyum riang, kini mereka akan bersama. Tiada apa lagi yg dapat memisahkan mereka. Akhirnya penantian yang penuh penyeksaan itu sudah berakhir. Segala-galanya sudah suratan...kalau itu takdirNya, cinta sejati tidak akan ke mana..

**************** Hakcipta terpelihara aVissaWella86 *************

Friday, August 21, 2009

Nasi Lemak Sambal Sotong

Hari ni best sebab cuti, dan merupakan hari last untuk makan di siang hari sebelum menjelang Ramadhan esok (kecuali masa tu la hehe..). Pagi tadi me bangun awal nak sediakan nasi lemak ni. Selalunya hari cuti agak keberatan la nak bangun awal, tapi sebab nasi lemak punya pasal, tak dak hal la =P Lagipun, dah lama me tak makan nasi lemak buatan sendiri, selalunya mak yang masakkan.. i miss that Nasi Lemak =(

Lepas ja masak nasi lemak, me pun terus buat sambal sotong. Tapi sebelum tu me kena siangkan dulu sotong yang besar ni. Kalau sekor ni pun dah cukup untuk me sorang kan hehe.. sedar tak sedar dekat tengahari gak la baru siap semua. Sebabnya me terpaksa tumbuk cili kering sendiri, maklumlah rumah bujang blender pun tak beli lagi =D

Tapi puas hati la sebab lepas gak niat nak makan nasi lemak. Hujung minggu ni mungkin balik kampung, tapi nak berbuka puasa dengan Nasi Lemak macam heavy ja.. apa-apa pun me nak makan masakan my mom gak, rindunya... =(

Thursday, August 20, 2009

Kalau itu takdirNya ep.2


“ Khairul? Iksh..khairul Tan Abdullah..mana aku ada kawan nama khairul, pelik! Hurm..khairul Tan..Tan? Kelvin Tan..kelvin??”

Marina bergegas meninggalkan dewan kuliah. Fikirannya hanya tertumpu kepada kelvin. Bukankah kelvin pernah menyatakan sekiranya dia ingin memilih nama melayu, dia akan memilih nama khairul? Sekiranya khairul yang sedang bertarung nyawa itu ialah kelvin bagaimana? Dia tak sanggup menerima kehilangan kelvin biarpun dendamnya masih bersisa. Kelvin..maafkan aku!

Seorang jururawat membawa marina ke sebuah bilik khas. Marina betul-betul kaget ketika beberapa org doktor dan seorang petugas menyorong keluar troli dengan seseorang yang sedang ditutupi kain putih di atasnya. Namun jangkaannya meleset apabila jururawat itu terus membawanya ke sebuah katil di satu sudut bilik itu. Semuanya ada 4 buah katil dan 3 daripadanya telah dikosongkan.

“ Cik, itu katil En.Khairul, dia sedang tidur. Keadaanya dah stabil, cik tak perlu risau.” Jururawat itu tersenyum ke arah marina.
“ Terima kasih nurse..”

Marina menghampiri katil itu. Sebujur tubuh sedang terbaring membelakanginya. Perlahan- lahan marina menarik kerusi dan duduk menghadap ke wajah pucat ‘khairul’. Dia perasankan tubuh lelaki itu sudah susut. Menderitakah dia?

“ Kelvin.erkk..khairul..entahlah, I tak tahu apa sebenarnya yg berlaku..I betul-betul terkejut. I tak sangka you sakit..maafkan I..”

Ada sendu yg kedengaran. Marina tidak dapat menahan sebak melihat keadaan lelaki itu. Dia menatap wajah itu sekali lagi. Sebaknya bertalu-talu. Tiba-tiba ‘khairul’ terbatuk-batuk. Marina pantas memegang bahu ‘khairul’ utk membantunya bangun.

“ Marina? You..you kat sini?” nada terperanjat terpacul dari mulut ‘khairul’.
“ You jgn byk bergerak, you kena berehat supaya cepat sembuh. Tidur lah dulu, I akan tunggu you. Hurm..apa yg I patut panggil you?”
“ Nama I sekarang khairul..dah 3 tahun I peluk Islam..Masa tu kan kita baru tamat sekolah. I ada cari you tapi gagal, you hilang macam tu aje.”

Pengakuan khairul benar-benar membuatkan marina terlopong. 3 tahun? Maksudnya sudah 3 tahun khairul memeluk Islam? Dia binggung, hubungan mereka terputus kerana isu agama, dan sekarang? Dia cuba bertenang. Sebolehnya marina mahukan penjelasan tapi memandangkan kesihatan khairul yang tidak mengizinkan, dia hanya mendiamkan diri. Apa sebenarnya yg telah berlaku? Mahu saja soalan itu terpacul dari mulutnya.

“ I tahu you keliru. Sebenarnya semua ni kerana Vanessa..”
“ Vanessa? You peluk Islam kerana dia?” Tanya marina hairan.

Khairul ketawa kecil. Marina belum tahu cerita sebenar dan inilah peluang untuknya menebus segala kesilapan lalu. Dia sudah tidak tahan menanggung derita, peritnya menahan rindu yang tidak kesampaian kepada insan yg disayangi.

“ Selepas I putuskan persahabatan kita, baru I tahu Vanessa sebenarnya yg menabur fitnah terhadap you, Marina. Katanya, you sengaja berkawan dgn I semata-mata utk menarik I masuk ke dalam agama you. Mulanya I memang tak percaya, tapi Vanessa sudah rancangkan semuanya. Bila you tanya nama yg I suka jika I peluk Islam, I terus percayakan Vanessa..”

“ Huh, semudah itu? Apa yg I tahu, you putuskan hubungan kita disebabkan Vanessa, girlfriend you kan?” Marina memintas. Hatinya tiba-tiba saja panas mendengar pengakuan khairul.

“ Sebab tu la I cakap td semua ni disebabkan oleh Vanessa..”

Tersirap darah marina apabila nama Vanessa dikaitkan lagi. Dia sudah mencapai beg galasnya utk beredar, tak guna jika dia menunggu semata-mata utk bergaduh dgn khairul. Hatinya semakin sakit.

* **Bersambung

Tuesday, August 18, 2009

Kenalilah Jiran Anda.. =)

Tidak dinafikan jiran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jiran yang prihatin akan sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan jiran-jirannya yang lain. Namun, ada juga jiran yang ‘terlalu prihatin’ sehingga semua gerak geri jiran-jiran diperhatikan. Itu dah dikira ‘busy body’ sebenarnya kan? Hehehe..

Ni me nak cerita kisah me dengan jiran sebelah rumah yang me selalu bertegur sapa tapi tak tau nama. Mulanya masa me nak keluar gi beli barang kat Tesco semalam, jiran sebelah rumah tu tegur dan bertanya pasal bil elektrik yang baru dapat (Jumlahnya agak tinggi melebih RM100). Mungkin kerana kami menggunakan enjin pam air yang sentiasa ‘on’ sepanjang masa.

Kemudian me pun minta diri nak gi ke Tesco. So dia pun cakap la nak kirim barang sikit. Me dengan senang hati cakap ok ja la, takdak hal pun. So me dengan housemate pun gi membeli belah apa yang patut beserta barang-barang yang dikirim oleh akak sebelah rumah tu.

Dipendekkan cerita, sampai ja kat rumah me pun bagi la salam dari pagar rumah me (sebelah). Banyak kali gak la panggil tapi tak berjawab. Me pun Tanya la housemate siapa nama akak sebelah rumah tu, mungkin dia tak tau yang me tengah panggil dia.

Dengan yakinnya my housemate pun cakap nama dia Senah. So me pun panggil la nama ‘kak senah’ tu 2-3 kali gak tapi dia tak muncul-muncul gak kat pintu. Tiba-tiba ja my housemate yang dah masuk dalam rumah keluar jenguk me kat luar.

“amy, akak main-main ja la” sambil ketawa dengan syoknya.

Me pun rasa tersangat la kelakarnya, patut la 2-3 kali panggil tak berjawab. Rupa-rupanya salah panggil nama. Dah tu tak pasal-pasal ‘kak senah’ jadi mangsa hehehe..nasib baik la dah lama dok kat luar tu anak jiran me sedar yang me dok panggil mak dia. Masuk ja dalam rumah kitaorang ketawa lagi, rasa tak boleh nak berhenti lak bila terkenangkan insiden tadi tu.

Sebagai pengajaran, lepas ni kena la berkenalan dengan jiran-jiran. Bukan apa, senang kalau nak berurusan. Yang lebih penting, supaya kita tak tersalah panggil jiran dengan nama lain… malunya! Huhuhu =P


Monday, August 17, 2009

Kalau itu takdirNya ep.1


“ Marina, wait!”

Marina menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Kelvin? Kenapa lelaki itu masih mengekorinya, sedangkan sudah berkali-kali dia menegah. Tak paham bahasa ke? Dia mengomel sendiri. Terhenti sejenak langkahnya.
“ I just...oh God, Marina please. I cuma nak berkawan dengan you, itu saja. I janji tak kan menyusahkan you..please?”

Sah! Memang tak reti bahasa. “ Kelvin, boleh tak you jgn paksa I? Kita berbeza, sangat-sangat berbeza ok? You pun tahu I tak suka campur-adukan hal peribadi dan stadi I, kalau you just nak berkawan, ok fine. Tapi masalahnya sekarang, you dah hilangkan kepercayaan I terhadap you!”

Kelvin terdiam. Salahnya juga kerana memaksa marina, mungkin gadis itu masih menaruh dendam kerana peristiwa 4 tahun lalu. Peristiwa semasa di alam persekolahan itu memang menyakitkan hati, dia tahu itu kesalahannya dan sebab itulah dia mahu berkawan semula dgn Marina.

“ Sudahlah Kelvin, kalau you nak sangat berkawan dgn I, anggap je kita dah berkawan. Ok? Tapi, I dah tak sama macam dulu. Itu zaman sekolah, now kita masing-masing dah dewasa, dan tak lama lagi dah nak grad. So, I hope you paham.”

Tanpa pamitan marina mengatur langkah meninggalkan kelvin sendirian. Dia kecewa sebenarnya. Kelvin, sahabat baiknya suatu masa dulu sanggup memutuskan persahabatan semata-mata hanya kerana seorang perempuan. Lebih menyakitkan isu agama yang dijadikan alasan utk memutuskan hubungan yg telah terjalin hampir 5 tahun. Marina mengetap bibirnya. Sekarang lelaki itu mula menagih simpati, dia sendiri kebingungan.

Sudah beberapa hari kelibat Kelvin tidak kelihatan. Marina lega, sekurang-kurangnya diam sejenak gosip-gosip liar yang mula kedengaran di kalangan teman sekuliahnya. Semalam pun ada teman serumah yang bertanyakan hal yg sama, adakah dia dan kelvin ada hubungan istimewa? Marina tersenyum sendiri. Kalau 4 tahun dulu memang dia dan kelvin sangat rapat, kemana saja berdua tapi hubungan akrab mereka sudah diketahui umum. Marina dan kelvin, dua org pelajar cemerlang, bersahabat dan saling membantu dalam pelajaran. Tapi itu dulu..

Masih jelas di ingatan pada hari terakhir persekolahan semasa di tingkatan 5, ketika itu kelvin mahu menemuinya kerana ada hal penting. Dia tidak manaruh syak, kerana mereka berdua sangat baik. Namun pengakuan kelvin yang meminta persahabatan mereka diputuskan benar-benar membuatkan marina kecewa. Alasannya mereka berlainan agama, tak elok dipandang org. Ketika itu juga Vanessa muncul, menarik kelvin pergi seolah-olah tak mahu mereka mempunyai apa-apa hubungan lagi.

Marina menyedari penipuan kelvin apabila ada seorang rakannya yang memberitahu kelvin lakukan semua itu kerana vanessa, teman baru kelvin. Marina sedar Vanessa punyai segala-galanya. Cantik, bijak dan pandai bergaya jika dibandingkan dgn dirinya. Persoalannya, perlukah diterima semula lelaki itu? Hampir selama 4 tahun dia melarikan diri daripada kelvin, walaupun berada di universiti yg sama, Marina bijak melarikan diri. Namun sejak kebelakangan ini, kelvin sering mengekorinya, tak pernah berputus asa utk menjalinkan semula persahabatan itu. Sebaliknya dia pula yg semakin binggung..Ah, persetankan!

Sudah 5 hari kelvin terlantar di hospital. Setelah selesai dibedah kerana penyakit appendix, dia ditahan di wad hospital itu. Mungkin seminggu-dua lagi dia akan dibenarkan keluar. Kelvin mencapai wallet yg disimpan di dalam laci. Perlahan dibukanya wallet itu. Ada gambar seorang gadis di dalamnya. Manis bertudung, di pipinya terukir lesung pipit yang menambahkan lagi kecomelannya. Baginya, gadia itu sangat menarik, sentiasa ceria dan pandai membawa diri.

“ Marina..” nama itu sudah diucapkan beribu kali. Dia rindukan Marina. Gadis yang pernah membuatkan dia tidak lena tidur, gadis yang membuatkan dia mengenali apa itu rindu, malahan dia juga terjerat dalam cinta sahabat. Marina tak bersalah, dia yg melukai gadis itu. Kelvin betul-betul menyesal. Marina semakin jauh...Marina yg ditemuinya kini tak sama dgn Marina yg dulu.

Hari itu marina terlewat ke kuliah. Semuanya disebabkan panggilan telefon yang diterimanya pagi td. Panggilan daripada pihak hospital yang menyatakan ada kenalannya yg sedang menghadapi masalah akibat pembedahan, jadi mereka terpaksa membedahnya semula dan ketika mencari waris, hanya gambar dan alamat marina saja yang dijumpai di dalam wallet lelaki itu. Namun marina keliru, lelaki yg dimaksudkan ialah khairul dan seingatnya dia tidak ada kenalan yg bernama khairul.

****** Bersambung


Sunday, August 16, 2009

Nak Char Koay Teow



kenapa entah terasa ja nak makan char koay teow sekarang ni... teringin sangat nak makan char koteaw (paling best kat my hometown la) tapi kat sini tak jumpa lak...huhuhu.. waaa... nak char koteaw =(

Senyuman Terakhir episod akhir

Izam memandangku agak serius. Aku tahu dia marahkan aku kerana melanggar permintaannya supaya tidak memberikan hadiah lain. Entah mengapa, aku betul-betul mahu hadiahi izam sesuatu, dan kali ini aku menghadiahkan sebentuk cincin silver untuknya. Izam masih seperti tadi, tiada tanda-tanda utk menghadiahkan senyumannya kepdaku seperti selalu.

“Awk..saya ikhlas ni..hari ni baru betul-betul birthday wak, hari tu hadiah kasih sayang je, ambik la wak..” Aku cuba memujuk. Nampaknya pujukkanku berkesan apabila izam sedikit tersenyum.
“ Saya dah cakap, tak perlu hadiah wak..apa yg awak bagi selama ni pun dah cukup, kasih sayang, perhatian..hurm, memang degil. Awak igt saya nak biarkan awak je? Ni, utk awak..bukalah.”

Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku. Aku kaget, namun setelah didesak izam bungkusan itu bertukar tangan. Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya. Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan utk izam Cuma lebih kecil saiznya. Kubuka kotak itu, dan kali ini aku terharu. Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua. Cantik!
“ Awak..”
“ Awak pakai la..saya suka tgk awak happy. Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tgk awak..sepanjang masa. Kalau awak rindukan saya, tgk je gambar saya tu. Kalau saya pulak rindukan awak, hurm..saya nak buat apa ek?”

Aku ketawa. Izam betul-betul pandai mengambil hati.
“Kalau rindukan saya, awak senyumlah..”
“Senyum? Kenapa senyum?” Dia bertanya hairan.

Aku menarik nafas dalam-dalam. “Sebab senyuman awak tu saya boleh rasa. Setiap kali awk senyum, saya tahulah awk rindukan saya, ok?”

“hurm, macam ni?” izam menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yg pernah aku lihat di wajah izam. Tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum.
Tiba-tiba izam menepuk dahinya. “Saya tertinggal jam tangan tu dalam kereta la wak..saya pergi ambik kejap ya. Mana boleh tak pakai, hadiah special tu..”
“Ikhs..tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi? Kejap lagi la ek?” Aku cuba menghalangnya. Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu.

Izam berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku. Aku hanya mampu mengalah, izam terlalu sukar utk dihalang. Aku mengekori izam dgn pandanganku. Setelah kelibatnya hilang di celah-celah kereta yang berpusu, aku melihat loket itu sekali lagi. Kami memang padan, itu kata kawan-kawanku. Dan buktinya dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan. Aku melihat jam tanganku, sudah jam 9.30 mlm.

Beberapa buah kereta baru saja tiba dan diparkir berhampiran dengan restoren. Aku melemparkan pandangan ke arah jalan yang semakin sesak. Izam sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman lagi, malah lebih menawan. Aku membalas lambaiannya dan izam berlari-lari anak utk menyeberangi jalan. Malangnya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju melalui jalan itu.

DEBUMMMMM!!!!

Ketika itu segala-galanya berlaku terlalu pantas. Aku melihat tubuh izam melayang-layang sebelum jatuh ke atas sebuah kereta lain. Kemudian, tubuh yang sudah tidak bermaya itu tergolek jatuh di atas jalan raya. Izam cuba utk bangun, sedaya upaya digagahinya dan ketika itu juga sebuah kereta dari arah yang bertentangan merempuh laju tubuhnya. Izam terjatuh, malah tidak bergerak-gerak.
Dan aku? Aku kaku, tergamam dengan apa yg sedang berlaku. Aku betul-betul keliru. Setelah beberapa org mengerumuni tubuh izam yg sudah terbujur kaku itu barulah aku tersedar. Aku berlari pantas ke arah izam, keadaanya sangat parah. Aku sudah mula meraung ketika memangku kepalanya. Izam sudah tidak berdaya. Puas aku menjerit memanggilnya, dan izam akhirnya terus meninggalkan aku buat selamanya. Aku meratap, meraung sepuas-puas hati. Izam! Dan ditangannya, sebuah jam tangan yang berlumuran darah masih erat dipegang. Aku menatap wajah kaku izam, dan senyuman itu...senyuman terakhir itu juga pergi buat selama-lamanya...

********************* Hakcipta terpelihara aVissaWella86 *********************

Saturday, August 15, 2009

kebosanan melanda =(

hari-hari rutin yang sama... pagi gi keja, petang balik keja.. malam kuar makan, kadang-kadang malas nak kuar terus lepak kat umah. hujung minggu atau cuti baru la rajin dan ada masa nak masuk dapur..

hmm.. nak cari hobi baru kat sini macam tak jumpa lagi je.. semalam baru ja amik broadband, hopefully boleh la menghilangkan sikit kebosanan ni huhu..


me: tak jadi balik minggu ni... sedihnya =(

Thursday, August 13, 2009

Senyuman Terakhir episod 1

Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Izam, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yg terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Izam seorang lelaki yg simple, sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dgn senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia. Izam dan maira..

Hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu izam di kafe, ada sesuatu yg ingin kuberi kepadanya memandangkan hari lahirnya yg bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan izam sesuatu. Hampir 5 minit kemudian izam tiba dgn senyuman manis terukir di bibirnya.

“Assalamualaikum..sorry ye wak, saya ada hal td..” Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.
Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah izam agak panik, digaru-garu kepalanya yg tak gatal.
“Erk..apa ni wak? ”
“Untuk awk la..saya kasi wak, tgk la suka ke tak”

Dahi izam berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.

“Ya Allah..maira! ini jam hari tu kan? Awak, jam ni kan mahal. Kalau awak guna duit tu utk belanja kan lebih baik..”
“Suka tak?”

Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati izam, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan izam masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan utk keluar bersama.

Izam menggangguk kecil. “Suka, tp kurang suka awk bazirkan duit utk saya. Well, jam ni utk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan la maira..”

Aku tersenyum memandang gelagat izam. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah rasa bagaimana susahnya utk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dgn kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?

“Awk, salah ke kalau saya hadiahkan something utk awk? Lagipun sepanjang kita berkawan, saya jarang kasi awk hadiah kan? Takpe la, nanti birthday awk saya kasi lagi ok?”
“Abis saya slalu ke kasi awk hadiah? Ok, hadiah ni saya terima sebagai hadiah hari lahir, tp saya tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga wak..”

Mata izam memandangku penuh makna. Akhirnya aku mengalah di hadapannya. Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat izam. Sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana izam sudah berada di tahun akhir, banyak kerja yang perlu diuruskan jd aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.

Jam tanganku sudah menunjukkan jam 8.30 mlm. Hari ini, 19 Jun, usia izam genap 23 tahun. Hari lahirnya yang kuraikan utk kali ke-2. Awal-awal lagi aku sudah menanti kedatangan izam utk menjemputku di rumah. Kami berjanji utk meraikannya di sebuah restoren seafood. Itu semuanya cadanganku, aku mahu izam sentiasa gembira kerana setiap kali dia tersenyum, senyuman itu cukup menenangkan. Izam tiba tepat pada masanya. Kami sedondon biru tanpa disengajakan, atau memang sudah jodoh? Aku tertawa sendiri.

Kereta yg dipandu izam meluncur laju menuju ke destinasi. Kami tak banyak bercakap kerana izam lebih menumpukan perhatian utk memandu. Malam ini kereta berpusu-pusu, mungkin malam minggu jadi org ramai mengambil kesempatan utk bersantai di tepi-tepi pantai. Izam memandangku sekilas, sempat aku melihat dia tersenyum manis. Ah, senyuman itu lagi..
“ Jom, dah sampai. Awk turun dulu nanti saya follow, susah pulak nak cari parking. Takpe, saya parking jauh sikit..”
Aku menggeleng. “Saya ikut. Kita jalan sama-sama la, lagipun saya dah tempah meja so, don’t worry ok? Now, awk parking je kat depan tu..tu..”

Izam ketawa bila aku menjuihkan mulut ke arah parking yg kosong. Setelah meletakkan kereta kami sama-sama berjalan ke restoran itu. Aku sememangnya telah menempah meja yg terletak di hujung sudut restoran, betul-betul menghadap ke arah pantai. Agak romantik dan sesuai untuk kami berdua.
“Selamat hari lahir izam..ni utk awk, ikhlas daripada saya.” Sebuah bungkusan berbalut kemas aku serahkan kepada izam.

**** Bersambung***

Wednesday, August 12, 2009

warna warni mawar..

mawar merah : cinta romantis
makna lain : selamat atas keberhasilannya, anda melakukan tugas dengan baik.

mawar putih : kesucian dan rahsia

makna lain:kemurnian , selalu awet muda , aku pantas untukmu.

mawar pink : keanggunan dan kelembutan.

makna lain : kebahagiaan sempurna, percayalah padaku.

mawar kuning : persahabatan dan kegembiraan.

makna lain : aku peduli, selamat datang kembali, ingatlah aku.

mawar jingga : hasrat dan semangat. cinta mulai tumbuh dan tangkap segera romantismenya.

perpaduan mawar merah dan putih : kesatuan

perpaduan mawar merah dan kuning : mengucapkan selamat

perpaduan mawar kuning dan jingga : penuh hasrat cinta

Thursday, August 6, 2009

Rindunya...

Semalam me tiba-tiba ja rasa rindu sangat kenangan masa zaman kanak- kanak..entah la, maybe sebab me tengok budak-budak main bola kat depan umah ni kot. Tapi sekarang ni dah tak sama macam dulu.. kalau dulu mana ada nak main depan umah ja, tak lekat kat umah ada la. Mungkin gak faktor persekitaran sebab me dok kat kampung, dorang ni taman dalam bandar. Lagipun sekarang bahaya kalau budak2 main jauh dari umah, tak pasal2 kena kidnap lak nanti kan. Okla, ni me nak kongsi permainan atau aktiviti yang me selalu buat masa zaman kanak2. walaupun me ni perempuan, tapi kecik2 dulu lasak gak huhuhu!

- Main guli. Ni biasa la bagi budak2 kampung. Tapi me join budak2 laki sebab masa kecik tak ramai kawan perempuan =P

- Main perang2. Yang ni bukan setakat guna senapang mainan, tapi kitaorang guna senapang buatan kayu berpelurukan gelung getah. Sakit gak kalau kena tau

- Tangkap ikan laga dalam hutan nipah. Pernah kitaorang seronok sangat sauk ikan laga sampai tak perasan yang kitaorang terkacau ular air huhu..

- Main masak2. kalau masak2 ni, me dengan member perempuan la..tapi yang bestnya kitaorang masak betul2. suka2 hati ja g amik nasi kat dapur pastu masak guna dapur buatan kitaorang. Tapi tak sedap pun =D

- Panjat pokok buat markas. Ni lasak gak sebab bila dah ada kat atas pokok, kitaorang berperang dengan beg plastik berisi pasir, baling ke arah lawan yang ada kat pokok lain

- Tangkap ikan dalam sawah. Selalunya bila musim ambil padi kitaorang akan tangkap ikan yang ada dalam lopak tanah kesan tayar mesin padi tu. Banyak la jugak ikan puyu, sepat dan haruan kitaorang dapat =)

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang best2 masa zaman kanak2 dulu. Tapi sekarang rasanya dah takde kot budak2 nak buat aktiviti2 macam ni. Yang dorang tau nak main game, PS dan sewaktu dengannya. K la, nanti2 me post lagi.. c ya!

Tuesday, August 4, 2009

Kerja.. Kerja..

8 etos kerja dari Jansen H. Sinamo:

Kerja adalah rahmat:

Bekerja dengan tulus dan penuh rasa syukur

Kerja adalah Amanah:

Bekerja dengan penuh rasa tanggung jawab

Kerja adalah Panggilan:

Bekerja tuntas penuh integritas

Kerja adalah Aktualisasi Diri:

Bekerja keras penuh semangat

Kerja adalah Ibadah:
Bekerja dengan serius penuh kecintaan

Kerja adalah Seni:

Bekerja cerdas penuh kreativitas

Kerja adalah Kehormatan:

Bekerja tekun penuh keunggulan

Kerja adalah Pelayanan:

Bekerja sempurna penuh kerendahan hati

me: kerja oh kerja... =)