Thursday, October 1, 2009

Back to Pulau Sayak =)


2 tahun yang lepas me praktikal kat Pulau Sayak sebagai seorang pelajar.. tak sangka 4 hari yang lepas, me kembali ke Pulau Sayak sebagai kakitangan jabatan lak hehe.. actually, me kat Pulau Sayak tu untuk Kursus Kemahiran Komunikasi dan Pengucapan Awam. Best kursus ni sebab penceramah pun best, banyak maklumat yang me dapat. Yang tak bestnya me tertinggal laptop so tak boleh la nak online =(


Well, Pulau Sayak tak banyak berubah pun.. Sama cam dulu.. suasananya, persekitarannya.. Me rindu sangat kenangan kat Pulau Sayak ni. bila dah ada kat Pulau Sayak, rasa cam kembali muda lak hehe.. Yang menjadi kegemaran me masa zaman praktikal dulu tu mestilah gi makan Mee Udang kat gerai atas bukit. Kalau dah ke Pulau Sayak ni, tak lengkap kalau tak makan mee udang tau (walaupun harga sekarang dah naik jadi RM8 sepinggan!) tapi rasanya lebih kurang macam dulu jugak la.. terubat rindu =)


Bagi yang tak tahu, Pulau Sayak ni dekat ja dengan Pantai Merdeka. me sempat la jugak gi Pantai Merdeka kelmarin. Dah ada kemajuan sikit dah, semakin cantik. Lepas ni kalau ke situ lagi tak la bosan sangat. tak lama lagi food court pun dah nak siap dah. kira ok la tu kan..


Tetiba me teringat satu pepatah.. "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" Maknanya, kita tak kan lupa kan sesebuah tempat yang kita pernah berada apatah lagi kalau banyak kenangan kita di situ.. So, sekali sekali kalau ada masa, pergi la melawat atau berkunjung ke tempat yang pernah kita pergi dan telah tinggalkan.. mungkin tak berapa penting, tapi satu masa nanti kita akan rasa kerinduan pada tempat tu =)

4 comments:

ekei47 said...

ni yg buat ako rs nk g melawat tganu balek neh. huhuhu...
ako rs ako x pnah rs bosan kalo g melawat tganu. huhuhu

Unknown said...

ko sebut tganu tetiba aku pun rindukan tganu la..huhuhu

aiN maNiSa said...

org2 kat sana still kenal amy? supervisor amy dulu tu sapa nama? ada lagi kat sana? :)

Unknown said...

en.fuad ek? dia ada tp amy x sempat nk jumpa dia.. tu yg frust sket tu huhu..