Peristiwa 1:
Me beli sehelai baju. Harga yang ditunjukkan memang ok so me pun tanpa ragu2 nak beli baju tu. Tapi bila sampai kat cashier harganya tak sama. lagi mahal. so me pun argue la dengan cashier tu. last2 kena gi kat customer service. Puncanya dorang salah letak tag. Diskaun dah tak dak dah tapi tag tak bukak lagi. so setel.
Peristiwa 2:
Me beli barang2 berikut:
-Storage box saiz sedang2 (1)
- Yogurt Dutch Lady (2)
- Telur (30 bijik)
- Mamee Monster (2 paket besar)
- Mamee Slurp (1 paket)
- Sabun Basuh (2 paket)
- Syampu Head & Shoulder (1)
- Perapi Head & Shoulder (1)
- Colgate (combo)
- Soflan 2L (1)
sampai ja kat kaunter me pun tunggu nak bayar. kira2 semua jumlahnya agak memeranjatkan la jugak..
Cashier: Semua RM 92.47 kak.
Me: Ha? betul ke ni.. tengok balik.
Cashier: Betul dah.
Tetiba me teringat colgate combo yang harganya tu murah (RM7.50).
Me: Colgate ni brapa ek?
Cashier: RM 13.24.
Me: Eh, saya tengok kat tag RM7.50 ja. semuanya combo, sebab tu saya amik.
cashier tu pun sibuk memanggil staf yang jaga bahagian tu. Pastu me pun teringat nak tanya harga barang2 lain.
Me: Syampu ni lak brapa? perapinya? telur? sabun?
Cashier: Syampu RM19.00..
Me: Eh, kat tag tulis RM16.90. camna lak boleh jadi harga lain?
cashier tu pun sekali lagi panggil orang untuk semak. dan kaunter tu pun stuck sebab masalah yang dihadapi. semak punya semak, cashier tu cakap syampu tu dorang salah letak tag. tu untuk syampu head & shoulder jenis yang lain. colgate lak harga RM13.24 bila scan. tapi bila taip kod, harga jadi RM7.50. so camna? me dah mula nak bengang dah (my housemate cakap me nampak agak kerek gak tambah2 me pakai glasses lak time tu..huhu).
Me: saya nak harga yang kat tag. kalau harga lain saya tak nak la. tak jadi beli.
Cashier tu pun panggil manager dia. apa yang dorang buat tah la, last2 me dapat gak harga yang kat tag tu. lama gak la me tunggu nak setel. last2 baru la kena dengan bajet me sebab sebelum nak bayar tu, me dah bajet2 kena brapa rm dah. setel.
Moral of the story...
1. Bila korang nak beli barang, tengok harga betul2, then bajet2 la brapa RM yang nak kena bayar nanti kat kaunter. so korang boleh agak2 la kalau ada kesilapan teknikal.
2. Kalau dah bayar, semak resit tu.. ramai yang tak semak, kadang2 ada ja yang silap tapi tak sedar. betul x?
3. Jangan malas nak bertanya kat cashier tu kalau ada sebarang keraguan. tu hak korang sebagai pengguna hehe..
Selamat Membeli Belah =)
5 comments:
Ish2 teruk betul Tesco.. kalau customer yg malas nk argue free2 ja untung Tesco... taktau plak mcm ni pun ada.. tak penah g kena.. nway thanx coz kongsi cita.. ;)
kesilapan teknikal tu.. yang penting kita sendri kena la jadi pengguna yang beware. tp kira ok la gak, sb dorang masih kasi me harga kat tag. customer 1st hehe..
byk kali kena dah..dari giant sampai tesco..sume sama je..
bese la tu. berdasarkan pengalaman ako sbg best employee kt jusco, tu kesilapan staff bahagian tu. psl die x tuka harga. harga brg2 tu akn berubah pd ms tertentu. Price Alteration dlm bhs retail nye. besenye sistem akn update dulu. sbb tu la bile scan harge jd lain.
kalo kastemer kt tmpt ako, mmg kompom akn dpt harga ikut tag tu. tu blom kire terlepas ckp. diorg snggup bertekak2 utk dptkn harga yg trsalah sebut tu. mmg hancing.hahaha
cavcite,
sebab tu kena berhati2 kan? =)
ekei,
tu la perlunya ada good management kan.. aku tau ko mmg best employee hehe..
Post a Comment