Sunday, November 8, 2009

Budaya Niaga Cina

Kita sedia maklum bahawa dalam perniagaan kaum cina boleh dikatakan merupakan peneraju utama. jom kita tengok serba sedikit budaya niaga yang diamalkan oleh mereka..

1. Keberanian

selalunya, keberanian untuk mencuba, menanggung risiko dan rugi merupakan satu halangan yang besar bagi kaum melayu. Namun, bagi kaum cina pula, keberanian ini adalah salah satu cara untuk mereka menguji kemampuan serta kebolehan mereka. sekaligus, mereka akan belajar dari kesilapan jika ianya berlaku.

2. Keyakinan

Apabila sudah bermula, mereka akan meneruskan dengan keyakinan bahawa usaha mereka pasti akan membuahkan hasil. Biar pun lambat, mereka tetap berpegang kepada keyakinan itu.

3. Kerjasama

Dalam sesuatu perniagaan, mustahil jika anda mampu untuk memulakan atau memajukan perniagaan itu seorang diri. Jika ada, hanya segelintir sahaja. Oleh itu, anda perlu bekerjasama dengan perniaga lain atau mempunyai rantaian perniagaan yang boleh membantu anda untuk terus kekal dalam perniagaan. Inilah yang diamalkan oleh peniaga cina, mereka mementingkan rantaian perniagaan yang kukuh berbanding peniaga melayu yang kebanyakannya mempunyai P.H.D. (paham2 sendiri maksudnya)

2. Keuntungan

Keuntungan yang tinggi adalah pilihan peniaga cina berbanding peniaga melayu yang mementingkan keuntungan yang melampau, seterusnya akan membuatkan perniagaan mereka kecundang di tengah jalan.

contoh yang nyata, jika harga kos sepinggan mee udang adalah RM1.50, peniaga cina akan menjual pada harga RM4.00. Maka keuntungan yang diperoleh adalah RM2.50. Mereka akan mengekalkan margin keuntungan ini supaya perniagaan mereka berterusan. Jika peniaga melayu pula, jika hari ini keuntungan adalah RM2.50, maka semakin hari harga makanan tersebut akan ditingkatkan untuk mendapat keuntungan yang lebih lagi. sebab tu la harga mee udang kat pulau sayak dah jadi RM8.00 sepinggan. Keuntungan yang melampau bukan? seterusnya pelanggan tidak akan berkunjung lagi ke gerai tersebut dan akhirnya tutup kedai.

Kesimpulannya, mana yang baik kita ikutkan.. mana yang tak baik kita jangan buat.. wokeh??? =D

4 comments:

Encik Shino said...

kita pun kena berani mcm cina gak kan... i tengah kumpul semangat ni..
td dah kena smash dengan sorang tokey cina.. masakk ooo

Unknown said...

tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi nyata =)xpe shino, ada rezeki u nanti.insyaAllah.. =)

Encik Shino said...

u bila nak mula...?
:)

Unknown said...

insyaAllah.. =)