Tuesday, November 24, 2009

Cubalah Untuk Berterus Terang dan Jujur

" I terpaksa menipu untuk menjaga hati u..."

" Bukan I tak nak berterus terang, tapi I akan sakitkan hati u nanti.."

" I tak sampai hati nak beritahu u perkara sebenar..."
" Kalau I bercakap jujur, boleh ke u terima apa yang I katakan?"


Jika korang pernah atau mungkin mengalami situasi seperti di atas, maka elok sangatlah kalau korang berfikir dahulu sejenak sebelum perkara yang tidak diingini berlaku atau akan membuatkan korang rasa menyesal.

Dalam aspek menjaga hati, mungkin ramai yang akan memilih untuk tidak berterus terang berkenaan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan rasa sakit, tak puas hati atau sewaktu dengannya. Namun, percayalah bahawa menipu atau menjadi hipokrit adalalah lebih menyakitkan kepada orang yang menjadi mangsa. Bayangkan, setelah sekian lama kita cover dan cuba sembunyikan kebenaran, tiba-tiba ianya terbongkar... Tidakkah akan lebih menyakitkan daripada kita berterus terang awal-awal?

Bersikap jujur dan berterus terang memang susah.. tapi itulah yang terbaik. Kalau dengan niat hendak menjaga hati, sepatutnya kena kurangkan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati kelak contohnya jangan jadi hipokrit. Jika sudah bersikap hipokrit, maka kita telah berpura-pura. Secara tak langsung apa yang kita buat itu juga adalah pura-pura dan palsu belaka. Sedangkan di pihak sana sudah menaruh harapan yang tinggi dan percaya dengan apa yang berlaku. Kesiannya.. tidakkah itu lebih kejam daripada menjaga hati?

Soal seseorang itu boleh terima atau tidak itu perkara kedua. Percayalah, jika sesuatu perkara itu menyakitkan tetapi dinyatakan dengan jujur dan ikhlas masih boleh diterima bagi orang yang berfikiran rasional. Yang penting perkara itu sudah diberitahu. Jika tidak boleh terima sekalipun, sekurang-kurangnya kita sudah tidak menipu lagi kepadanya kerana sudah menyatakan hal sebenar. Itukan lebih baik daripada dia mendapat tahu dirinya ditipu bukan?

Kadang-kadang apabila kita berterus terang, jalan penyalesaian itu lebih mudah daripada kita cuba untuk menyembunyikan. Jangan menilai seseorang itu daripada sikapnya. Mungkin kita nampak dia seperti tidak boleh menerima sedangkan jika kita berterus terang, mungkin dia akan lebih baik dan perkara dapat diselesaikan. Jika tidak berterus terang, mana tahu boleh terima atau tidak kan?

Cuma perlu juga dititikberatkan cara untuk kita berterus terang itu.. janganlah berterus terang dengan cara yang menyakitkan hati pula. Lakukan dengan berhemah, cuba untuk bertenang dan serasional yang mungkin. Yang paling penting, jangan sesekali nak menipu lagi. 


Begitu juga kalau berterus terang untuk meluahkan perasaan. Kalau dah jatuh hati tu, jangan pendam lama-lama. Jadilah seorang yang jujur, kalau tidak nanti menyesal jika dia memilih yang lain. Biarlah terima atau tidak, yang penting kita sudah berterus terang dan dia sudah tahu apa yang kita rasa. Okeh?? =D


No comments: