Friday, January 27, 2012

Sudah Pindah =)

Alhamdulillah, dah dapat kuarters di Putrajaya.. dekat sikit nak gi kerja nanti.. yang best dan sangat suka + bersyukur sangat2 dapat tinggal dengan hubby dan baby. tak payah nak ulang alik lagi macam dulu.. apa-apapun, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. InsyaAllah =)

Sunday, January 15, 2012

Aisya Zafierah =)

My lit' princess dah 2 bulan sudah.. Alhamdulillah Aisya sihat dan semakin bijak.. sayang sangat omei-omei mama nih =)





Friday, November 25, 2011

Memorable 11.11.11 - My lit' princess =)


Alhamdulillah... setelah sekian lama tak mengemaskini blog ni akhirnya hari ni dapat juga masa untuk kemaskini.. macam-macam cerita ada tapi yang paling me nak cerita semestinya yang berkenaan tajuk post ni.. memorable 11.11.11...

Setelah genap 1 bulan selepas ulangtahun perkahwinan me (me kahwin pada 10.10.10), Allah telah kurniakan me dengan anugerah yang tak ternilai.. tepat jam 7.22 am, 11.11.11, me telah selamat melahirkan seorang puteri. Betul-betul tak sangka rezeki baby lahir awal seminggu. Alhamdulillah semuanya selamat.. puteri kecil ni me dan suami namakan Aisya Zafierah.. maksudnya hidup bahagia yang memperoleh kemenangan =)

Betul la kata orang, pengalaman menjadi seorang ibu lebih dari segala-galanya. Sebaik saja menatap wajah baby buat pertama kali dalam labour room tu, ya Allah.. hilang semua sakit.. masa tengok baby yang masih merah diletakkan di atas dada me rasa macam tak percaya me telah lahirkan dia.. 9 bulan dalam kandungan.. akhirnya anak mama ni lahir ke dunia.. =)

Me nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan me selama ni, terima kasih banyak-banyak. ni me upload sekali gambar my lit' princess untuk tatapan semua =)



Aisya Zafierah dah 2 minggu =)

Aisya dah cukur rambut - hari ke-7 sudah =)


Aisya nyenyak je tido.. my lit' princess dah 6 hari..

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri Pertamaku =)















Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin =)

Pertama kali menyambut aidilfitri sebagai seorang isteri hehe.. banyak juga benda baru.. kalau dulu bangun pagi lambat sikit, mandi dan siap2 pastu tolong mak.. sekarang kena bangun awal pagi, siapkan baju suami, sediakan sarapan suami (nasib baik mak yang sediakan awal2 makanan hehe..) dan paling best beraya dengan baju raya sedondon.. dulu nak sedondon dengan adik beradik, sekarang dengan suami la pulak hehe..


Alhamdulillah, raya kali nih meriah.. ramai saudara mara yang balik kampung. me pun ada rezeki lebih tahun ni bolehlah bagi duit raya kat budak2 yang datang beraya (budak2 datang kutip duit raya je, bukan makan pun huhu..). tapi beraya kat kampung sekejap je la. raya ketiga dah bertolak balik ke kampung nenek hubby. itu pun pengalaman baru bagi me.. beraya di kampung suami =)

ni gambar2 raya me dengan suami untuk dikongsi =)

Thursday, August 25, 2011

Balik kampung.. Yea! Yea!

Alhamdulillah, dan masuk 25 hari berpuasa.. syukur dapat mengharungi bulan puasa ni walaupun sedang berbadan dua. cuma kesian sikit kat baby, tadi me gi check up di klinik berat yang sepatutnya kena naik 2.0 kg cuma naik 0.8 kg je.. biasa la bulan puasa.. tapi nurse cakap kena makan banyak.. kena minum banyak...huhu..

Hari ni me dah mula cuti.. sebab esok pun my hubby cuti jadi hari ni kitaorang bertolak balik ke perlis. apa lagi, balik kampung la =P dah tak sabar rasanya nak jejak kaki kat kampung tu.. lain sikit feel tahun nih.. tahun lepas balik beraya sorang je... tahun nih balik berdua (kalau kira dengan baby bertiga la hehe... ) Moga perjalanan kami selamat.. kepada kawan2 juga... semoga perjalanan balik kampung selamat dan sampai ke destinasi.. InsyaAllah...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin =)

Thursday, August 18, 2011

Shopping! Shopping! =P

Wah.. hari ni dah masuk 19 Ramadhan.. dah tak lama dah nak raya... sekejap je masa berlalu kan. Alhamdulillah, masih lagi larat dan bertenaga untuk berpuasa, baby pun sihat dan aktif je =)

Tengok topik kali nih 'shopping'.. biasa la bila dah nak menyambut aidilfitri ni macam-macam la nak dibeli.. tapi me tahun ni tak shopping sangat la.. awal2 dah beli sepasang jubah je (yela.. jubah je yang muat untuk dipakai hehe..). lagipun ada 3 pasang lagi baju kurung yang ditempah untuk pakai kerja belum lagi dipakai, boleh la dipakai sebagai baju raya. Untuk suami pulak dah siap beli sepasang baju melayu siap dengan songket lagi.. takpe, baju melayu pakai hari raya pertama je, pastu pakai kemeja atau tshirt untuk jalan-jalan... =)


Me sekarang lebih kepada nak shopping barangan keperluan bayi.. rasanya macam awal lagi, tapi bila dah masuk 7 bulan ni ramai yang kata elok beli siap-siap... bukan apa, risau kalau kelahiran awal.. at least dah buat persediaan. cumanya sekarang ni pening tak tau nak beli apa dulu. kalau pakaian tu bolehlah nak beli sikit-sikit.. tapi barang-barang lain belum berkesempatan lagi.. yela, me dengan suami dok asing-asing... belum ada rezeki lagi pindah dan tinggal dengan suami, jadi barang-barang bayi ni kalau beli awal-awal nih tak tau nak letak mana huhu...

Lagi satu.. bila tengok kat internet je macam-macam jenama barangan keperluan bayi ada.. tak tahu nak yang mana satu.. tapi me rasa lepas raya nih bolehlah nak fokus untuk beli barangan bayi.. shopping sakan nanti hehe! =)

oklah, selamat berpuasa dan bakal menyambut aidilfitri semua! =)


Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak semua =)

Assalamualaikum..


alhamdulillah, setahun lagi kita semua dapat menikmati bulan yang mulia, bulan yang penuh berkat... bulan Ramadhan Al - Mubarak. Semoga bulan ini dapat membuatkan kita lebih beramal dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T hendaknya..


Bercerita pasal ramadhan.. ini kali pertama me menyambut ramadhan bersama suami. InsyaAllah, walaupun berjauhan tapi nikmat ramadhan akan dirasai bersama. Tambah-tambah lagi akan ada 'orang baru' dalam keluarga kami nanti.. Moga-moga hari yang mendatang akan lebih bermakna dan menceriakan =)


Kepada kaan-kawan semua.. selamat berpuasa ya! =)