Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Khasiat Bawang Putih Yang Perlu Anda Tahu

Bawang putih memang terkenal dalam sistem perubatan tradisonal. Sering kali bawang putih digunakan untuk merawat batuk, selsema dan juga membantu peredaran darah. Sebenarnya, bawang putih mempunyai banyak lagi khasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Nak tahu khasiat lain bawang putih? Jom me kongsikan kat bawah ni:
 
Khasiat Lain Bawang Putih Yang Perlu Anda Tahu
 
  • Mengawal tekanan darah bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
  • Membantu mengurangkan risiko kanser kerana ianya kaya dengan bahan antioksidan
  • Meningkatkan sistem imunisasi untuk melawan jangkitan dan tumor
  • Membantu menurunkan kolesterol dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jangkitan
  • Membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis
  • Membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan
  • Bertindak sebagai antivirus dan antibakteria untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya
  • Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid
 
Jadi, amalkanlah memakan bawang putih untuk khasiatnya yang semulajadi ini. Jika susah nak makan bawang putih, boleh cuba tablet bawang putih moden yang dikeluarkan oleh Shaklee tanpa bau dan rasa bawang putih (^_^)
 
 

Petua Guna Bawang Putih Penawar Semulajadi

Assalamualaikum =)
 
 
Hari ni me nak bercerita berkenaan bawang putih yang lazimnya digunakan dalam masakan. Tapi kali ni cerita petua Bawang putih sebagai penawar semulajadi yang memang berkesan. Sejak kebelakangan ni, kaedah tradisi menggunakan bawang putih semakin popular di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sering demam selsema dan batuk.
 
Pernah dengar tak ‘Garlic Sock’ atau Stoking Bawang Putih?
 
Garlic Sock ni sebenarnya stoking biasa saja tetapi diletakkan bawang putih yang sudah ditumbuk ke dalamnya dan dipakaikan pada kaki anak sepanjang malam. Awas, bawang putih ni panas, jadi gunakan seulas saja sudah mencukupi untuk anak anda. Cubalah pakaikan anak dengan garlic sock ni sehingga batuk atau selsema berkurangan.
 
 
 
Cara kedua adalah menggunakan minyak bawang putih.
 
Seulas bawang putih dibakar dalam kuali tanpa minyak kemudian ditumbuk/ lenyek sehingga hancur. Campurkan sedikit minyak (saya guna minyak angin baby) dan sapukan pada dada, belakang badan, kaki dan hidung anak yang selsema. In Sha Allah, kerap sapukan minyak bawang putih ni sehingga anak pulih.
 
Selain itu, bawang putih yang sudah dikupas dan dicucuk (bagi berlubang) elok diletakkan dalam piring dan dibiarkan berdekatan anak yang selsema atau batuk. Campur sekali dengan bawang merah / bawang besar juga supaya lagi efektif mencegah kuman di sekeliling.
 
Bagi ibu yang menyusu pula, jika bayi masih terlalu kecil, caranya si ibu yang makan bawang putih ektra. Caranya, bakar bawang putih tanpa minyak dan makan begitu saja atau lebihkan bawang putih dalam sup dicampur kunyit hidup. In Sha Allah, khasiat bawang putih ini akan sampai kepada anak melalui susu ibu =)
 
Jika nak lagi mudah, ibu boleh amalkan makan tablet Garlic Shaklee yang telah diformulasikan dengan 500mg bawang putih. Ianya semulajadi dan berkesan untuk membantu meningkatkan sistem imun si Ibu dan juga anak.
 
 
Selamat mencuba ya ibu sekalian, In Sha Allah bawang putih sebagai penawar semulajadi =)
 
Salam sayang,
Amy
 

Friday, April 25, 2014

Kenapa Perlu Makan Bawang Putih???

Siapa tak kenal bawang putih yang sememangnya sedap dijadikan sebagai bahan tumis dalam masakan. Roti yang disalut minyak bawang putih lepas tu dicicah dengan sup cendawan pun sangat yummy kan??? Memang tak menjadi masakan kalau tak ada bawang putih ni.. Haa.. Siapa tak makan bawang puti rugi sangat tau.. Tahu tak apa kaitan Bawang Putih dengan Sel Darah Putih? Klu nak tahu jom kita selidik ya =)
 
Bawang Putih

 
Berikut merupakan fungsi-fungsi semulajadi bagi bawang putih.. Wow, sangat menarik ni. Bukan sikit khasiat bawang putih yang ramai tak tahu.. Ok teruskan membaca:
 
 
1. Mengurangkan risiko strok
  • Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok

2. Mengurangkan risiko kanser
  • Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser
 
3. Anti bakteria dan antivirus
  • Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya
 
4. Antiinflamasi
  • Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis
 
5. Mengandungi banyak iodin
  • Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid
 
6. Membantu sistem pencernaan
  • Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan
 
7. Meningkatkan sistem imunisasi
  • Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor
 
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
  • Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung
 
*******
 
Ok sekarang kita tengok pula berkenaan Sel Darah Putih:
 
Sel Darah Putih
 
 

Sel darah putih, leukosit (bahasa Inggris: white blood cell, WBC, leukocyte) adalah sel yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit infeksi sebagai sebahagian dari sistem kekebalan tubuh. Sel darah putih tidak berwarna, memiliki inti, dapat bergerak secara amoebeid, dan dapat menembus dinding kapiler/diapedesis.
 
 
*********
 
Haa... Nampak tak apa key word di situ? Bawang Putih dan Sel Darah Putih kedua-duanya Meningkatkan sistem imunisasi. Allahuakbar! Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita kan? Bawang Putih yang biasa kita lihat hari-hari dan kadang-kadang kita buangkan saja itulah yang sangat berkhasiat.
 
Jadi, lepas ni jom kita amalkan makan bawang putih ya. Kalau boleh semua masakan kita letak bawang putih. Kalau nak makan seulas mentah-mentah pun boleh saja, lagi bagus. Nak lagi mudah ambil saja Garlic Complex Shaklee ni:
 
 
 

 
Berminat? Hubungi kami segera ya =)
 
Amy (ID: 929625)
SMS/WA: 0174336075