Saturday, July 9, 2011

Food Tester =)


Cerita pasal makan-makan lagi =P

Bulan lepas me 2 kali terlibat dengan Pertandingan Masakan.. yang pertama tu sebagai penyelaras Pertandingan Masakan Berasaskan Tiram sempena Karnival Halal Kelantan, lepas tu me jadi juri lak untuk Pertandingan Mencipta Resipi Menggunakan Isi Ikan sempena Karnival yang sama.

Best juga terlibat secara langsung ni, boleh jadi 'food tester' hehe.. banyak juga la yang me belajar daripada juri-juri yang dilantik. macam mana nak menilai, dari segi apa, dan rasa yang macam mana. kira 2 dalam 1 la, dapat ilmu, dapat merasa makanan yang sedap2 hehe =)

Sekarang nih, dah jadi macam satu kemestian lak bagi me kalau tau atau nampak restoren/ kedai makan baru mesti nak try. tak kira la kecik atau besar restoren tu tapi yang penting bersih dan nampak ok la. Yela, kalau nampak kotor tak nak la singgah, tapi kalau bersih tepi jalan pun tak kisah.

Minggu ni my hubby datang sini. Sebelum sampai KB lagi hubby dah bagitau nak try makan kat Muzdalfa Fried Chicken (MFC) yang dia tengok dalam internet. Mulanya me tak berapa nak excited sangat sebab tak tahu pun tempat tu tapi bila dah sampai restoren makanan segera ala2 fast food KFC ni me rasa excited lak huhu.. yang bezanya, kat MFC nih pizza pun ada selain sajian ayam goreng. MFC nih terletak kat tengah-tengah bandar KB dekat Mydin lama dan betul-betul sebelah Nagoya.

Jadi untuk tidak membuang masa, me pun mencuba beberapa menu. antaranya Nasi Arab, Zee Burger dan juga pizza Chicken Tikka. Menu yang me pilih ni kira basic la. Tunggu apa lagi, makan time! =)


Dalam menu kat atas tu, yang paling me suka ialah Nasi Arab. ada 2 jenis nasi arab yang disajikan di MFC ni. satu yang dihidang dengan 1/4 ayam, satu lagi yang me makan ni, dihidang dengan ayam kebab. Sedap! memang boleh dipuji la. Zee Burgerdan pizza pun sedap. kira okla makan kat sini sebab makanan yang dibayar tu tak dikenakan cukai pun. Kita bayar harga makanan saja =)

Oklah, kepada yang belum mencuba bolehlah mencuba. My hubby bagitau MFC nih dah ada cawangan kat Bandar Baru Bangi. Mungkin lepas nih akan ada lagi banyak cawangan. Cuba ya! =D