Saturday, September 12, 2009

Dia Untuk Ku ep.2


Suasana di pusat membeli belah Jusco begitu sesak sekali. Adriana berjalan seorang diri sambil memerhati gelagat orang ramai yang sibuk membeli belah. Sekarang sudah tiba musim perayaan, sebab itulah ramai yang bersesak untuk membeli persiapan raya. Sedang dia memilih beberapa helai pakaian, seseorang melanggarnya dari belakang. Adriana segera berpaling. Jantungnya berdegup kencang apabila matanya menangkap seraut wajah yang sangat dirinduinya.

“Riana?”Hanya itu yang dapat didengarinya. Selebihnya Adriana tidak tahu apa lagi yang diucapkan oleh Dani kerana dia bertindak meninggalkan lelaki itu. Dia sedar Dani mengekorinya dan serentak itu dia membelok masuk ke bahagian pakaian dalam wanita. Fikirnya Dani tidak akan berani masuk ke situ. Adriana lega apabila kelibat Dani sudah tidak kelihatan. Namun di dalam hatinya ada suatu rasa yang sukar untuk ditafsirkan saat itu. Adakah dia gembira bertemu Dani semula? Ah, perasaannya saja.

“Riana tak boleh lari dari Dani.. Dani tahu Riana masih sayangkan Dani kan? Beri peluang pada Dani untuk buktikan yang Dani tidak bersalah Riana.. Please, listen to me first ok?”Laung Dani sebaik saja Adriana keluar dari bahagian pakaian dalam wanita.

Adriana terkejut dengan tindakan berani Dani. Beberapa pasang mata memerhatikan mereka berdua. Dia cuba mempercepatkan langkah namun terasa begitu berat kakinya untuk melangkah meninggalkan Dani. Benar, biarpun hatinya luka tetapi perasaan sayang kepada bekas tunangannya itu melebihi segalanya. Ariana adalah pencinta yang setia, sukar baginya untuk melupakan lelaki itu.

“Tolonglah Riana, Maya perangkap Dani. Dia memang nak rosakkan hubungan kita. Riana sendiri tahu kan dia macam mana? Dani terpaksa kahwin dengan dia sebab ayahnya paksa papa Dani. Mereka kan share partner dalam syarikat tu. Ayah Maya tak nak menanggung malu..”

“Malu? Riana lagi malu tau. Tunang Riana ditangkap khalwat dengan sepupu Riana sendiri. Mana Riana nak letak muka? Dani tak pikir ke perasaan keluarga Riana?”Soal Adriana. Hatinya tiba-tiba saja membara apabila nama Maya diucapkan oleh Dani. Mahu saja dia meninggalkan Dani ketika itu juga namun Dani menghalangnya.

“Dani minta maaf, salah Dani kerana percayakan Maya. Dia perangkap Dani. Tolonglah faham keadaan Dani. Siapa lagi yang nak tolong Dani selain Riana sendiri? Sebelum majlis tu Dani dah cuba hubungi Riana tapi Riana tak jawab. Dani diperangkap, Riana!”Ucap Dani mengharapkan simpati Adriana.

“Sudahlah Dani, Riana dah tak boleh nak buat apa dah. Kepercayaan Riana pada Dani dah hilang. Riana tak boleh nak kusutkan lagi keadaan. Cukuplah dengan sindiran dan umpatan yang keluarga Riana terima. Dani, tolonglah lepaskan Riana.. Dani dah ada Maya..”

“Dani tak ada perasaan pada Maya! Dani tak cintakan Maya! Kenapa Riana tak percayakan Dani? Malam tu Maya datang ke rumah Dani ketika Dani sedang tidur. Dia kata nak bincangkan hal berkaitan Riana. Tapi Dani tak sedar ketika itu hanyalah muslihat dia. Dani diperangkap Riana!”Suara Dani merintih.

Adriana bingung. Antara percaya dan tidak dia dapat melihat kesungguhan Dani untuk menyakinkannya. Tetapi itu mungkin juga kerana dia masih sayangkan Dani, jadi hatinya menjadi lembut dan simpati kepada lelaki itu. Walau apa sekalipun, hakikatnya Dani sudah menjadi suami Maya. Adriana semakin bingung.
*** Bersambung

1 comment:

ekei47 said...

pergh... bangga siot name jusco ade dlm karya ko.. bangga plak keje dgn jusco. heheheh jusco 4 life!