Wednesday, September 2, 2009

Inilah Namanya Jodoh ep. akhir


“Apa hal sebenarnya ni?” Tiba-tiba saja terpacul soalan itu daripada mulutku. Mama kelihatan agak terkejut dengan reaksi tegangku. Begitu juga dengan Datin Fauziah. Masing-masing memandangku meminta penjelasan. Aku yang sepatutnya diberi penjelasan. Aku betul-betul binggung!

“Rhea... saya Rizman..”
“Tapi awak kan Hafiz? Senior saya semasa sekolah dulu?” Potongku laju. Mama dan Datin Fauziah sudah mula resah menyaksikan drama tak bertajuk di antara kami berdua.
“Saya Rizman Hafiz...”

Serentak itu aku terus berlari menuju ke dalam rumah. Rupa-rupanya selama ini Rizman adalah Hafiz? Jadi dia sudah mengenaliku dan selama ini sanggup pula dia menipuku! Mama memanggilku dan turut bergegas menuruti langkahku yang laju memanjat anak tangga.

“Rhea! Kenapa buat macam ni? Kan ramai tetamu kat bawah tu?” Marah mama sambil menarik tanganku. Langkahku terhenti.
“Dia tipu Rhea, mama! Selama kami berkawan dia langsung tak pernah perkenalkan dirinya sebagai Hafiz pun. Bukan dia tak kenal Rhea. Sengaja dia nak mempermainkan Rhea!” Bentakku kepada mama.

Ketika itu Kak Rini datang diikuti oleh Rizman di belakangnya. Aku cuba melarikan diri tapi mama terlebih dahulu menangkap tanganku. Aku merengus geram. Rizman sudah berdiri di hadapanku, betul-betul mengadapku. Ketika itu barulah mama dan Kak Rini meninggalkan kami berdua. Aku cuba berpaling namun Rizman sudah bersedia untuk menghalangku.

“Maaf, Rhea.. Rizman dan Hafiz adalah orang yang sama. Tapi perasaannya berlainan. Masa di sekolah, saya hanya menjadi peminat setia awak. Tapi saya tak berani untuk meminta lebih. Bila saya sudah mula bekerja dan umur pun semakin meningkat, ibu melamar seorang gadis untuk saya. Betul, saya tak tahu pada mulanya awak adalah gadis itu. Ibu ada bagi saya sekeping gambar awak tapi saya langsung tak terasa untuk melihatnya sehinggalah pada malam awal call saya.. perasaan saya berubah ketika itu, Rhea. Saya ingin memiliki awak sepenuhnya, bukan sekadar meminati..” Terang Rizman panjang lebar.

“Tapi awak menipu saya!” Bentakku. Walaupun aku marah dengannya, namun sedikit sebanyak penjelasan Rizman membuatkan aku lega.
“Sebab saya tak nak awak terima saya sebagai orang lain. Saya nak awak terima saya sebagai Rizman, orang yang melamar awak. Tahu tak saya terseksa bila tak dapat mendengar suara awak? Saya dah nekad, apa jadipun kita akan berkahwin..”
“Awak tak boleh paksa saya! Saya tak nak kahwin dengan awak..” Potongku laju walaupun hatiku sudah mula berlagu riang mendengarkan kata-katanya itu.

Rizman merenung mataku tanpa berkedip. “Mama awak dah pun terima pinangan saya. Malam ini majlis kesyukuran sempena pertunangan yang bakal kita langsungkan minggu depan, Rhea..”
Aku tersentak. “Minggu depan? Kenapa cepat sangat?” Laju saja bibirku menuturkan kata-kata itu.

Rizman ketawa mendengarkan kata-kataku. Aku menepuk dahi. Baru aku perasan yang aku telah melakukan kesilapan besar. Konon tak nak kahwin dengan Rizman, tapi bila sebut nak bertunang cepat pulak aku respon! Aduh!

“Dahlah, princess... jangan merajuk.. kita kawin ek? Nak tak? Nak la..”
“Tak nak.. sapa nak kawin dengan awak?” Sengaja aku ingin menutupi kesalahanku tadi. Sebenarnya aku sudah mula menerima kehadiran Rizman sewaktu kami mula-mula berkawan, cuma aku begitu takut untuk berdepan dengannya. Aku takut kalau-kalau aku dipermainkan oleh insan yang bernama lelaki.

“Kita kawin ek?” Rizman merenungku mesra.
“Tak nak lah. Sapa nak kawin dengan awak?” Ulangku sengaja mahu mengenakannya.
“Awak la kawin dengan saya.. ok? Ok, setuju! Saya nak jumpa mama awak sekarang jugak!”

Tanpa sempat aku menghalang Rizman telahpun menuruni anak tangga untuk mendapatkan mama dan ibunya. Aku tersenyum sendiri. Kalau inilah jodohku, aku akan terima seadanya. Rupa-rupanya lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku suatu ketika dahulu adalah lelaki yang bakal bergelar suamiku kini. Semoga hidupku bahagia di samping Rizman. Inilah namanya jodoh.. kalau sudah ditentukanNya, tak kan lari gunung dikejar..

****************** Hakcipta Terpelihara aVissaWella86 *****************

No comments: