Assalamualaikum..
Ngeri tak kalau bersalin normal tapi luka Episiotomi yang agak teruk dan banyak jahitan? Itu pengalaman me semasa kelahiran anak yang pertama. Tapi jangan risau.. tak semua ibu bersalin akan mendapat luka yang teruk.. kadang-kadang luka sikit saja. Walaupun sikit tetap kena jaga juga tau. Jadi kali ni me nak kongsikan 10 Tips Luka Episiotomi (luka bersalin) cepat sembuh. Jom baca lagi =)
**********************
10 Tips Luka Episiotomi (luka bersalin) cepat sembuh
1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering terutama selepas setiap kali membuang air kecil atau mandi
2. Pastikan kawasan luka bersih kerana darah nifas dan urin boleh menyebabkan jangkitan kuman
3. Boleh amalkan rendaman air garam yang dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka tersebut
4. Pastikan tidak sembelit dengan mengamalkan diet kaya serat
5. Elakkan duduk atau baring terlalu lama kerana tekanan akan menyebabkan luka lambat sembuh
6. Elakkan memakan makanan yang gatal seperti telur dan makanan laut bagi mengelakkan luka bernanah
7. Amalkan senaman Kegel untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka
8. Amalkan penggunaan bantal berbentuk bulat untuk menampung belakang badan bagi mengurangkan tekanan
9. Pemakaian seluar dalam yang menyerap peluh dapat mengelakkan kelembapan di kawasan luka
10. Amalkan Set Bepantang Shaklee. Zink complex dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka manakala Ostematrix dapat membantu mengelakkan sembelit.
Selain itu, Ibu-ibu berpantang sangat disarankan untuk mengambil set ini sepanjang tempoh berpantang untuk kesihatan dan kecergasan setiap hari. Bonus untuk ibu, set ini juga boleh diteruskan untuk tempoh menyusu. Jimat kan?
Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi kami segera. Jom amalkan Set Berpantang Shaklee untuk kecergasan sepanjang hari =)
#sayajualshaklee #shakleeputrajaya #setberpantang
No comments:
Post a Comment