Tuesday, May 6, 2014

Dah Tukar Botol Susu Anak?

 "Alah membeli, menang memakai"

Pernah dengar tak pepatah ni? Mesti selalu dengarkan tambah-tambah geng suka shopping macam me ni kan hehe.. Tapi betul tau, kalau sesuatu yang berkualiti biarpun mahal memang sangat berbaloi untuk kita. Ok, hari ni nak bercerita pasal botol susu anak la pula. Terasa nak berkongsi cerita sebab me perhatikan ramai yang tak berapa nak 'aware' pasal keselamatan anak masing-masing.
  
First of all, kita tengok dulu Ciri-ciri Botol Susu Yang Baik:
  • Selamat - Bebas BPA / BPA Free
  • Tahan Lama
  • Tidak Mudah Calar
  • Kualiti Botol Terjamin
  • Anti - Colic (Mengelakkan Kembung Perut)
  • Mudah Di Cuci Dan Selamat
  • Jenama Yang Dikenali
  • Tidak Bocor
  • Mudah Di Pegang

'Bisphenol A' (BPA)

Ramai yang dah tahu kan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan kimia industri 'Bisphenol A' (BPA) telah diharamkan penjualannya? Sebabnya penggunaan botol susu BPA ni akan memberi risiko kepada bayi dan kanak-kanak. Sekiranya botol susu BPA dipanaskan ataupun terdedah kepada suhu tinggi, ia akan membebaskan molekul BPA ke dalam apa-apa cecair yang berada di dalam botol susu tersebut. Kesannya? Haa.. BPA ni boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi tau.

Jadi macam mana nak tahu botol susu bayi polikarbonat tu? Perhatikan gambar kat bawah tu. Selalunya botol yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar macam yang sebelah kanan tu:
 
 
Selalunya juga botol BPA boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. Kod tersebut adalah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'. Make sure tengok label ya sebelum membeli. 
 
Jadi sebagai alternatif, pilihlah botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol. Mahal? Memang mahal tapi dari segi keselamatannya sangat tak ternilai kan untuk anak kita? Berapa sangatlah harga botol susu jika dibandingkan dengan kehidupan anak.. kan???
 
Untuk peringatan bersama juga, botol susu perlu dijaga dengan baik supaya tak ada risiko penyakit yang berpotensi terkena pada anak kita.

Ok, me kongsikan juga panduan pengendalian botol susu bayi seperti berikut: 
  •  Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada. 
  • Jika tiada panduan, ibu perlu merendam botol susu bayi dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 
  •  Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi untuk membancuh susu. (Air suam mencukupi untuk membancuh susu)
  •  Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
  •  Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  •  Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Bila disebut pasal ganti botol susu, ramai yang terlepas pandang. seeloknya 6 bulan sekali kena tukar. Kalau botol jenis kaca jangka hayatnya lebih lama. Macam me sendiri, me suka guna botol jenis PES jenama Puku ni (tak ada kaitan dengan produk ni ya hehe..) sebab senang nak cuci dan tahan calar. Harga sebotol ni pun tak adalah mahal sangat dalam RM30 sahaja tapi ketahanannya dan kualitinya sangat berbaloi-baloi. Guna setahun pun masih macam baru. Satu lagi sebab me suka Puku ni sebab ada peguin comel yang Aisya juga suka hehe..
 
Botol dengan Puting pink Aisya punya, yang biru Ammar punya <(^_^)>
 

Ok kawan-kawan semua, harapnya perkongsian me berkenaan botol susu ni membantu kawan-kawan ya. "Sharing is Caring' kan? lagipun, kita sayang anak-anak kita semua.. mestilah kita beri yang terbaik untuk mereka.. kan? Jangan lupa tukar botol susu anak ya kalau dah perlu ditukar ok =)
 
Salam sayang,
 
Amy

No comments: