Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan tolonglah kawal emosi anda. Ini kisah benar. Me rasa nak kongsikan untuk diambil berat oleh yang terlibat.
Pagi tadi jam 3.30am kami ke Hospital Putrajaya (Kecemasan) sebab Ammar batuk teruk dan macam sesak nafas. So memang kena ambil Neb. Alhamdulillah my Ammar sangat behave dan tak meragam sangat masa ambil Neb yang kena ulang 3 kali (sebab batuk berkahak teruk sangat). Mungkin sebab doktor yang rawat dia pun nice and sweet ja pandai pujuk budak.. tq doktor =)
Dari jam 3.30am sampai jam 5.30am berada kat ER tu macam-macam me tengok berlaku dalam tu. Doktor ke sana ke mari dengan kes kecemasan, pesakit silih berganti tapi masih terkawal kerana doktor agak ramai dan pesakit dapat dirawat dengan cepat.
Masa tu juga ada 2 orang cleaner lelaki berbangsa asing sedang membuat kerja mereka. Mengelap lantai kawasan tu dan meletakkan tape tanda di kawasan basah. Masih ada laluan di sekeliling kawasan yang dibersihkan dan laluan tu agak luas untuk digunakan. Mungkin waktu ni paling sesuai untuk membersihkan kawasan memandangkan siang hari dan waktu bekerja ramai orang yang lalu lalang dan mungkin mengganggu keadaan yang sibuk.
Cuma apa yang membuatkan me rasa terkilan dan rasa tak patut bila seorang doktor wanita muda agak kurang sopan dan tidak profesional dengan keadaan tu. Me tengok doktor lain ok saja ambil laluan tepi, tak ada masalah pun. Tapi doktor yang seorang ni tiba-tiba emosi bila dia nak lalu kawasan yang sedang dibersihkan tu dan dengan kuatnya cakap "ni yang aku nak marah ni, aku nak tengok patient! " padahal pesakit tu ada ja kat depan dia dan boleh saja jalan sama-sama dengan pesakit tu ke katil sebelah. Pesakit tu pun bukan kritikal dan masih boleh berjalan elok.
Serius, sangat tak profesional. Cleaner tu terkebil-kebil.. doktor dan nurse lain tengok saja. Me yang dalam bilik Neb pun boleh nampak dan dengar dengan jelas apa yang berlaku di ruang depan tu. Dah la bahasanya 'Aku' dan kuat pula tu suaranya.
Me faham doktor tu mungkin tengah stress dan penat. Tapi sebagai seorang yang memberikan perkhidmatan, agak tak patut. Tolong lah kawal emosi. Me bukan lah nak komen sangat pun tapi bagi me itu memang tak patut. Me memang tak boleh terima kalau berdepan dengan situasi melibatkan perkhidmatan yang tak memuaskan hati ni. Pantang betul..huhu..
So kawan-kawan semua yang bekerjaya dalam bidang berkaitan perkhidmatan ni tolonglah kawal emosi anda semua bila menjalankan tugas.. macam mana kita nak perkhidmatan terbaik, macam tu lah kita kena berikan yang terbaik.. tak kira dari segi perbuatan atau perkataan. Ini pesanan untuk diri me sendiri juga. Sama-samalah kita harmonikan keadaan. In sha Allah.
Sekian bebelan hari ini. Peace yo! =)
No comments:
Post a Comment