Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, September 7, 2015

Tips untuk rezeki / gaji lebih berkat

Tips untuk rezeki / gaji lebih berkat:

1. Dapat je gaji, terus hulur duit dekat mak ayah. Sikit pun takpe, JANJI BAGI. Mak ayah tu punca keberkatan. Lepas bagi duit kat parents, korang akan rasa perubahan dalam gaji. Tak percaya ? Cubalah.

2. Transfer duit ke akaun Tabung Haji tiap-tiap bulan. Daftar haji. Haji itu ibadah wajib apabila berkemampuan, kita ni lebih dari mampu sepatutnya sebab boleh berbelanja sehingga selalu beli barang yang tak perlu pun, berkereta lebih satu, berharta tanah dan rumah. Mulalah mengumpul dari usia muda, sekali seumur hidup tunaikan haji dan umrah. Jadikan ia salah satu matlamat.

3. Cuba untuk solat di awal waktu.

4. Jangan kedekut. Banyakkan bersedekah.

5. Kurangkan merungut. Banyakkan bersyukur.

6. Berhenti buat apa yg Allah larang. Banyakkan buat apa yg Allah suruh.

7. Didik diri untuk jadi manusia yg lebih sabar kerana orang yg sabar sentiasa menang.

#copypaste #tazkirah #motivasi

Monday, April 13, 2015

Doa Menghadapi Kesusahan

"La Hawla Wala Quwata Illa Billah"

Bacalah ketika menghadapi kesusahan atau keresahan. Alhamdulillah banyak perkara yang Allah permudahkan. Paling nampak kesan masa cari parking kereta. Banyak kali dah bila berpusing2 cari parking tak jumpa, me stop kereta dan baca "La Hawla Wala Quwata Illa Billah" berulang kali. Bila sambung drive, 2-3 biji kereta keluar parking. Bukan sekali dua, tapi banyak kali dah.

Bila kita yakin dgn kekuasaan dan bantuan Allah, segalanya menjadi mudah. Aamiin.

#motivasi #tazkirah #doa

Friday, May 9, 2014

Jemput Rezeki Dengan Solat Dhuha

Solat Dhuha merupakan salah satu cara menjemput rezeki. In sya Allah, apabila kita selalu mengerjakannya, pintu rezeki yang Allah bukakan kepada kita akan menjadi semakin luas. Sentiasalah berdoa supaya Allah murahkan dan luaskan rezeki kita.. Amin..
 
Waktu Dhuha
 
Dhuha bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter.
 
Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha adalah antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 
Cara Perlaksanaan
 
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
 
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
 
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat.Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
 
Niat Solat Dhuha
 
 Doa Solat Dhuha (Selepas Solat)
 
 

Friday, April 18, 2014

Doa Bagi Memohon Perlindungan Daripada Segala Bahaya Dan Mudarat

Doa Bagi Memohon Perlindungan Daripada Segala Bahaya Dan Mudarat
 
Jom kita amalkan. In sya Allah, semoga kita sentiasa di bawah perlindunganNya =)

Wednesday, April 16, 2014

Ketika Menghadapi Kesukaran..

Bismillah..

"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”

Maksudnya “Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Agak terkejar-kejar Subuh tadi hantar anak ke rumah pengasuh Jam 5.30 am.. sempat naik ERL dan Checked in walaupun ada masalah teknikal. Berkat "Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim" sepanjang jalan.. Alhamdulillah.

Jom kita amalkan =)

Thursday, March 20, 2014

Doa Supaya Dicukupkan Keperluan Keluarga






Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

(Surah At-Taubah, Ayat 129)