Assalamualaikum.
First of all, me nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada me sepanjang anak me, Ammar Zafran berada di hospital akibat Severe Bronchopneumonia with severe Bronchospasm.
Ramai juga yang bertanya apakah puncanya dan apakah simptom yang boleh dijadikan sebagai petanda anak diserang Pneumonia. So me akan kongsikan pengalaman me sendiri supaya parents lebih alert dengan apa yang berlaku kepada anak masing-masing.
Actually, Aisya juga pernah diserang Pneumonia peringkat awal semasa berumur 9 bulan. Alhamdulillah kami cepat bawa Aisya untuk rawatan lanjut dan disedut kahaknya. Sama macam Aisya, Ammar sebelum ni pun batuk-batuk biasa saja. Apabila ke klinik doktor suggest ambil Neb sebab dia batuk jenis berkahak. Batuk dia berlanjutan dalam seminggu dan nampak tak ok lagi dan nafas dia semakin laju (itu tanda saluran pernafasan dah semakin sempit). Tapi selepas ambil Neb dia akan nampak ok dan aktif. Itu yang susah nak kesan.
Apabila waktu malam saja dia tidur mesti ada bunyi 'wheezing' dan nampak dada dia turun naik laju. Selain itu, boleh nampak jelas kat leher dia juga ada lekuk dalam kat tulang selangka tengah-tengah antara leher dan dada (maknanya memang dia ada masalah pernafasan). Me dah bawa Ammar ke klinik lagi sekali (Kalau lepas 3 hari batuk tak ok juga better pergi cek lagi skali). Sama juga doktor bagi Neb sahaja.
Semakin hari keadaan dia nampak macam semakin sesak nafas. Kali ni tulang kat dada tu dengan perut macam dah rapat bila dia bernafas tercungap-cungap (ni tanda paru-paru dia dah memang tak boleh nak function dengan baik sebab tu guna otot perut untuk bantu pernafasan.
Kemuncaknya pada 12 Mei 2014, Jam 3 pagi kami terus ke hospital untuk rawatan kecemasan disebabkan Ammar sesak nafas. Sama juga doktor bagi neb dan kata paru-paru dia clear. Memang nampak macam relax sikit.. sebab neb tu bantu buka saluran pernafasan. Tapi me tetap risau tengok keadaannya sebab tengah malam memang dia akan jadi macam teruk sesak nafas tu. Sekali lagi petang hari yang sama dia jadi macam sesak nafas sekali lagi. so me minta warded sebab risau jadi kat rumah.
Malam dia warded tu memang Allah nak bantu kami, dia sesak nafas dan pucat biru mukanya (tanda oksigen dah kurang dan paru-paru dia tak berfungsi untuk mengepam oksigen). Terus doktor bagi bantuan pernafasan. Esoknya jadi lagi dan dia collapsed terus. Kali ni terus ke ICU dan doktor masukkan tiub sampai ke paru-paru terus untuk bantu dia bernafas. Kalau lagi worse memang kena tebuk kat kerongkong. Tapi anak me sempat dapat bantuan pernafasan on the spot. Alhamdulillah.. Walaupun keadaannya kritikal tapi doktor sempat bantu Ammar dengan mesin pernafasan. Allahuakhbar!
Selama 5 hari hari Ammar kat ICU.. 18 Mei 2014 baru dia sedar dan esoknya dipindahkan ke wad pediatrik tapi masih dalam pemantauan rapi. Keadaannya semakin pulih dan semakin baik walaupun badannya lemah sangat (kesan ubat tidur sepanjang dia kat ICU). Alhamdulillah, anak me sekarang ni doktor kawal rapi walaupun dah masuk wad biasa. Dia kena treat macam kena astma walaupun dia tak ada astma. Ada inhaler utk bantu dia jika dia jadi spasm (serangan sesak nafas).
So kawan-kawan semua, me rasa eloklah bawa anak buat check up x-ray dan blood test jika batuk berpanjangan atau berulang. Sebab kalau doktor dengar bunyi pernafasan saja tak membantu sangat untuk kesan. Anak me bila dah x-ray baru nampak paru-paru dia banyak sangat infection. Teruk.. dia bukan pneumonia tapi severe bronchopneumonia with severe bronchospasm yang memang kalau lambat akan ragut nyawa dia.
In sha Allah, jika kita bertindak cepat untuk kesan awal sakit tu, peratusan nak survive tu tinggi.. bawalah anak jumpa pakar paed terus kalau nak lagi tepat dan jelas. In sha Allah.. semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
Salam sayang,
Amy
Amy
1 comment:
Sangat bermanafaat utk dikongsikan!! Good for parents' awareness.
Post a Comment