Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk hari ke-5 Ammar berada di ICU. Walaupun belum sepenuhnya Ammar sembuh tapi ada berita gembira yang disampaikan oleh doktor. Ammar dah beri respon positif kepada Antibiotik kedua yang diberikan kepadanya. Sebelum ni memang tiada perubahan kerana antibiotik pertama tu tak memberikan kesan kepada Ammar. Alhamdulillah!
Me sebagai mama memang tak putus-putus berdoa supaya Ammar kembali sihat dan ceria seperti biasa. Memang jika diikutkan rasa hati, me nak menangis dan menangis saja sepanjang masa. Balik rumah nampak baju Ammar pun me menangis. Sedih, sayu, semua ada. Tak tertanggung rasanya.
Hari pertama dan kedua Ammar di ICU boleh kata sepanjang masa me menangis.. masa tu belum boleh terima anak terbaring dengan wayar berselirat, lesu tak berdaya. Hati ibu mana tak tersentuh. Sedih.. Sangat sedih. Mungkin disebabkan rasa sedih dan lemah masa tu membuatkan Ammar pun dapat aura negatif. Ammar tak stabil dan keadaannya lemah. Setiap kali me sentuh dia me mesti nak menangis. Sebak dada...
Alhamdulillah.. kata-kata semangat dan doa daripada semua membuatkan me sedar. Anak me perlukan kekuatan daripada mamanya untuk terus kuat dan bersemangat. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Benarlah, dugaan yang datang itu sebabnya Allah nak menguji kita. Dugaan untuk kesabaran.. ya, apabila kita sabar dan redha, Allah akan beri jalan.. Allah akan bantu.. kerana Allah sentiasa sayangkan hambaNya ni..
Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini lemah.. bila datang dugaan macam ni, tahulah sekuat mana iman.. secekal mana hati dan setabah mana jiwa dalam menghadapi dugaan tu.. apabila me mula kuatkan hati dengan dorongan suami dan semua, setiap kali jumpa dan sentuh Ammar me akan cakap perkara-perkara yang positif.. me tak nak Ammar sedih.. me tak nak Ammar tahu mamanya tak kuat tengok dia macam tu. Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Ammar mula berikan respon positif.. Alhamdulillah! Walaupun sedikit sahaja perubahannya tapi cukup untuk memberikan semangat dan kekuatan yang lebih buat mamanya ni. In sha Allah..
Terima kasih semua.. terima kasih kerana memberikan me semangat untuk menghadapi situasi ni. Doakan semoga kami sekeluarga dapat mengharungi dugaan ini dengan kesabaran. Semoga Allah makbulkan doa kami supaya Ammar kembali sembuh.. sihat dan ceria.. in sha Allah..
Semoga anak mama Ammar Zafran pun kuat dan bersemangat untuk sembuh.. mama, papa, kakak dan semua sayangkan adik.. tabah dik, mama sentiasa doakan adik sembuh.. in sha Allah. . Amin..
2 comments:
Macamana ammar boleh kne pneumonia tu me?
Asalnya batuk biasa ja. Dah seminggu lebih. Tapi kali ni dia macam sesak nafas. Dah 3 kali jumpa doktor, dan doktor kata paru2 dia clear. So memang tak sangka akan jadi lebih teruk. Bila dah xray dan cek darah memang jangkitan kat paru2 tu dah teruk sebab tu dia sesak nafas sampai collapsed
Post a Comment