Wednesday, April 28, 2010

Kursus Kenegaraan @ BTN =)





seminggu berada di johor.. ari ni me dah start masuk office balik.. well, bukan senang nak dapatkan mood bekerja balik huhuhu.. ok, me tak nak crita pasal kerja..me nak cerita pasal kursus kenegaraan atau BTN yang me hadiri selama 5 hari (22-26 april 2010) di Savannah Hill, ulu tiram, johor.

first of all, siapa yang cakap BTN tu bosan? siapa yang rasa BTN tu buang masa? me tau ramai yang bersangka negatif kan pasal BTN.. tapi, serius me cakap, rugi sangat2 siapa yang tak pergi BTN nih.. lain rasanya bila remaja dan dewasa nih tau..

masa kat BTN banyak sangat ilmu yang me dapat... tambah2 dapat mengimbau balik perit jerih dan deritanya pejuang2 kita untuk dapatkan kemerdekaan.. yang paling me tak boleh tahan, tengok movie HATI MALAYA 1957... sebelum nih macam tak berapa nak tengok pun cerita macam tu..tapi bila dah tengok, tak sedar air mata pun mengalir.. huhuhu...

LDK.. banyak berbincang dengan fasi..serius me tak suka politik.. me tak minat politik. tapi bila terbuka minda tentang perpaduan kaum.. ya, politik tu penting.. negara perlukan politik yang stabil untuk terus maju dan kekal aman. kalau ada yang kata BTN gunakan isu politik untuk raih undi atau nak racun fikiran ke apa ke, me tak berapa nak setuju. sebab bila berbincang pasal politik, fasi memang profesional..takda sangat nak sentuh bab2 yang sensitif tapi lebih kepada memahami apa tu politik yang sebenarnya.

masa LDK pengukuhan lagi la sedih.. terasa macam mana susahnya nak menjaga negara daripada anasir jahat.. macam mana susah payah kami semua nak selamatkan kepingan kertas yang dicantumkan dan ditulis nama kami semua daripada dirampas oleh fasi..biar kena simbah dgn air, kena tarik, tapi kami tetap selamatkan kertas tu.. masa tu dah tak kira dah panas berhimpit dalam bulatan semata-mata nak cover each other.. tak kira kaum.. tak kira agama.. kuatnya perpaduan kami masa tu...tapi di dunia realiti..me juga tertanya-tanya bolehkah begitu?

so kepada yang tak pergi lagi BTN..pergilah.. me harap BTN nih bukan ja kepada kakitangan kerajaan, tapi kepada semua golongan terutamanya remaja..supaya mereka lebih memahami negara dan bersedia untuk menjaga maruah negara.. sayang..negara kita merdeka tapi semakin lama semakin hilang semangat merdeka tu.. dengan BTN nih la semangat tu akan kembali... dan akan rasa sayangkan malaysia.. =)

Wednesday, April 14, 2010

Soal Hati


- Kata Hati -

Ikut hati mati.. ikut rasa binasa...
tapi bukankah dari hati itu lahirnya rasa?
maka, jika ikutkan hati maka akan mati dan binasa lah.
oleh itu, hendak ikutkan kata hati perlulah berlandaskan akal yang rasional..

- Mata Hati -

Kadang-kadang yang zahirnya tidak semua dapat dilihat dengan mata kasar kita. apatah lagi yang tidak terzahir kan? oleh itu, kelebihan mata hati adalah untuk melihat lebih daripada pandangan biasa.. mungkin juga untuk melihat isi hati?

- Gerak Hati -

Naluri.. sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.. tak semua apa yang dirasakan oleh gerak hati itu betul.. namun, sedikit sebanyak kita dapat merasakannya sendiri. jika kuat gerak hati itu, maka kemungkinan benarnya sesuatu itu juga tinggi dan tepat


apabila kata hati itu dituruti dengan akal yang rasional, diteliti dengan mata hati yang menilai dan ditambah pula dengan kekuatan gerak hati yang meyakinkan.. maka, soal hati akan terjawab. cuma yang menjadi halangannya apabila salah satu daripada semua ini tidak dapat untuk ditentukan.. maka, soal hati pun susah nak jawab =)

**** avissawella86: soal hati... memang susah nak jawab huhu..

Monday, April 12, 2010

Selangkah ke Alam Dewasa



Alhamdulillah.. genap 11 April me dah bertambah lagi usia di muka bumi nih.. dah melangkah ke alam dewasa.. angka yang boleh la dikatakan sudah matang... macam mana pun, masih ada banyak lagi benda yang me nak buat, yang me harapkan dalam hidup me belum tercapai..

semakin hari, semakin banyak dugaan dan cabaran yang datang.. doa me semoga dipermudahkan olehNya untuk me mengharungi hidup yang semakin mencabar ni demi mencapai semua impian me.. InsyaAllah.. =)

Thursday, April 8, 2010

Suratan atau Kebetulan?

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



Suratan atau kebetulan..

Suratan..apa yang sudah tersurat atau ditakdirkan, kebetulan pula apa yang terjadi secara tidak disengajakan. Tapi persoalannya, ada ke kebetulan dalam hidup nih? Bagi me apa yang terjadi itu adalah suratan kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai sebab dan hikmah di sebaliknya. Kan?

Bolehkah dikatakan takkan ada kemarau jika kebetulan hujan tidak turun? tidak ada banjir jika kebetulan hujan turun? Sedangkan jadinya kemarau disebabkan tiada hujan. Jadinya banjir pula disebabkan turunnya hujan. Setiap yang berlaku sudah ditentukan sejak dari mulanya ia berlaku… tiada kebetulan.

Andai kata kita ditimpa masalah, dan kita dapat menyelesaikannya dengan bantuan seseorang.. adakah kebetulan seseorang itu ada untuk membantu? Andai kata kita memerlukan seseorang, dan adanya seseorang ketika itu bersama kita..adakah kebetulan hadirnya dia? apa pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya =)


Friday, April 2, 2010

kebahagian yang abadi

kebahagiaan yang abadi..

sukar untuk dicari, tapi memerlukan sesuatu yang dinamakan pengorbanan. kebahagiaan yang berkekalan juga memerlukan kerjasama dari kedua2 pihak atau lebih senang kalau me cakap sebagai 'give and take'.

pengorbanan utk bahagia? ya.. sesuatu untuk dikorbankan tak kira la dalam apa bentuk sekalipun. mungkin perasaan, mungkin gak harta benda atau mungkin juga kebahagiaan itu sendiri.

bila kita dah rasa kita bahagia, cuba tanya diri sendiri.. cukup bahagiakah kita? sampai bila kebahagiaan ni akan kekal? kalau dah mula pudar, selidik la apa yang perlu kerana kebahagiaan pun perlu diselenggarakan, perlu maintain. sekali sekala memang akan goyah juga. di sini lah perlunya 'give and take' tadi.

jika tak dapat juga untuk dipulihkan, itu bermakna kebahagiaan yang sementara. mungkin perlu untuk mencari kebahagiaan yang abadi. dan pengorbanan tadi sebagai permulaan untuk kebahagiaan yang abadi..

**** apa yang me merapu nih entah??? huhu..