Friday, March 26, 2010

selamat kembali

Alhamdulillah, selamat menghabiskan kursus 2 minggu dengan jayanya.. (jayanya tu lepas dapat result exam nanti baru betul) huhu..rindu sangat dengan my blog.. rindu dgn FB hehe.. well, selamat kembali =P

Saturday, March 6, 2010

“Test market”

Seringkali apabila seseorang itu merasakan dirinya punya daya tarikan atau “masih laku” maka secara semula jadi akan bermula lah episod untuk “test market”. Korang mesti paham la istilah ni. Boleh dikatakan perkara ni dah jadi trend dan normal di kalangan masyarakat. Tak kira lelaki mahupun perempuan.

Kenapa ek benda macam ni nak dibuat? Adakah bosan? Adakah suka-suka? Ataupun memang sifat yang sukar untuk dielak? Baik lelaki ataupun perempuan yang sudah mempunyai pasangan, masih berkeinginan dan cuba untuk “test market”. Memang la tak semua nak buat macam ni.. tapi maaflah, selalunya lelaki yang sering “test market” ni.. betul tak?

Walau apapun alasannya, lebih banyak buruk dari yang baik.. ok, kadang2 dari “test market” tu mungkin kita akan dapat yang lebih baik atau pun yang ok. Tapi itu jika niat kita memang nak cari yang better. Macam mana pula yang saja suka2 nak “test market” untuk tengok kebolehan diri atau lebih teruk untuk mempermainkan orang lain? Lagi-lagi teruk jika sudahpun mempunyai pasangan yang sah (suami atau isteri), tapi masih nak “test market” sebab nak tau masih power ke tak untuk mengayat.

“Please, please, please, kamu jangan nakal!”

Percaya tak dari kenakalan tu akan jadi sesuatu yang huru-hara? Dari suka-suka, kemudian jadi serba-salah, kemudian mula la nak diluah mati ayah..nak ditelan mati mak. Kemudian? Akan ada yang terluka. Tambah-tambah yang jadi mangsa “test market”.. macam dalam cerita SYURGA CINTA tu.. asalnya dari cabar mencabar ja.. kemudian ada hati yang terluka.. Tak mustahil akan timbul penyesalan..tapi tak semuanya akan berakhir dengan baik kan?

Sebaiknya fikir dulu sebelum bertindak.. setiap perbuatan ada balasannya. Jangan menyesal di kemudian hari. Kalau nasi dah jadi bubur.. pikirlah sendiri! =)

Monday, March 1, 2010

Kerana Aku Seorang Wanita



Aku seorang wanita..
zahirnya kau lihat aku ketawa..
kau lihat aku gembira..
malah tawa riang sentiasa bersamaku..

Namun, ada masanya aku juga bersedih..
kau tak lihat aku menangis..
malah tangisku sengaja aku diamkan..

Sedarkah bahawa aku hanya seorang wanita?
Yang hati kecilnya terlalu rapuh..
Sedikit saja kau guris tapi kesannya berpanjangan?

Sedarkah bahawa sekeras-keras hatiku sebagai wanita..
Jauh di sudut hati itu telah diciptakan naluri yang penuh kelembutan?

Aku seorang wanita..
Keikhlasan dan ketulusan itu lumrahnya..
Tak perlu diragukan lagi..
Apa yang lahir dari kataku itulah gambaran hatiku..
Tapi kenapa perlu kau menyangkal?

Dengar kataku.. bicara padaku..
Kerana aku seorang wanita, fitrahnya aku sebagai wanita..
Dalam setiap kelembutan itu ada kekerasan..
Dan di sebalik kekerasan itu tersembunyi kelembutan..

Kerana aku seorang wanita…

***** aVissaWella86****