Monday, March 1, 2010
Kerana Aku Seorang Wanita
Aku seorang wanita..
zahirnya kau lihat aku ketawa..
kau lihat aku gembira..
malah tawa riang sentiasa bersamaku..
Namun, ada masanya aku juga bersedih..
kau tak lihat aku menangis..
malah tangisku sengaja aku diamkan..
Sedarkah bahawa aku hanya seorang wanita?
Yang hati kecilnya terlalu rapuh..
Sedikit saja kau guris tapi kesannya berpanjangan?
Sedarkah bahawa sekeras-keras hatiku sebagai wanita..
Jauh di sudut hati itu telah diciptakan naluri yang penuh kelembutan?
Aku seorang wanita..
Keikhlasan dan ketulusan itu lumrahnya..
Tak perlu diragukan lagi..
Apa yang lahir dari kataku itulah gambaran hatiku..
Tapi kenapa perlu kau menyangkal?
Dengar kataku.. bicara padaku..
Kerana aku seorang wanita, fitrahnya aku sebagai wanita..
Dalam setiap kelembutan itu ada kekerasan..
Dan di sebalik kekerasan itu tersembunyi kelembutan..
Kerana aku seorang wanita…
***** aVissaWella86****
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku jua wanita sepertimu.....
"Dalam setiap kelembutan itu ada kekerasan..
Dan di sebalik kekerasan itu tersembunyi kelembutan.."
(Tegas dlm syahdu)
Post a Comment