Assalamualaikum,
Waa... lamanya me tak menulis, jari2 dah gatal nak menaip tapi disebabkan agak sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya (padahal baru je masuk ofis selepas cuti yang panjang) tertinggal dulu la hajat nak menulis tu hehehe..
Kali nih nak bercerita sikit pasal tajuk kat atas tu.. bukan apa, dah banyak kali sangat berdepan dengan situasi orang yang suka menilai orang tanpa betul2 mengenali seseorang itu. Adil ke macam tu? Mana boleh... kita tak kenal orang, jangan la nak menilai berdasarkan pandangan orang lain atau 'surface' saja. Jadi apa yang patut dibuat?
Haa.. me nak kongsi cara me untuk me katakan me betul2 mengenali seseorang.. pertama sekali semestinya la kita kena berkenalan dengan orang tu. kalau setakat orang yang bagitau kita pasal orang tu memang sah kita tak boleh nak kata kita kenal, tu cuma tahu je.. Jadi cuba berkenalan dengan dia.
Seterusnya, kita kena la berkawan dengan orang tu.. kalau setakat kenal2 camtu je mana la nak tau baik buruknya seseorang kan? dah kenal, kawan la.. lepas tu cuba la memahami dia. Sebab utamanya untuk memahami adalah supaya kita tak salah anggap pada dia. yela, kalau kita paham cara dia cakap atau apa yang dia maksudkan, kan dah boleh elak daripada tanggapan negatif? Cara orang berbeza-beza, mana boleh nak samakan dan nak menilai mcam tu saja kan.
Kalau kata kita dah kenal, berkawan dan cuba memahami tapi rasa macam tak berapa nak ngam je nak dibuat kawan, boleh la kita membuat penilaian.. maknanya kita dah boleh la dikatakan betul2 mengenali dia dan tak ada keserasian di situ yang membolehkan kita nak berkawan. Boleh setakat nak kenal2 je.
Oh ya, berapa lama nak kenal? berapa lama nak berkawan? jawapannya... subjektif. Masa bukannya penentu atau faktor untuk mengenali seseorang. kadang2 kita kenal sekejap je kawan kita sorang ni.. tapi dah paham sangat perangai dia. kadang2 tu kita dah kawan bertahun-tahun dengan kawan kita ni.. tapi ishh... tak pahamnya la dengan perangai dia kan?
Jadi, kesimpulannya.. 'don't judge a book by its cover' dan 'don't jump to the conclusion' kalau kita nak betul2 mengenali seseorang... wokeh???