Thursday, December 31, 2009

April Girl..

sifat bagi individu yang lahir pada bulan April...

  • individu yang amat sukar untuk jatuh cinta
  • selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai
  • sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • sentiasa ingin diberi perhatian
  • amat cemburu dalam perhubungan
  • kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
  • romantik dan terlalu romantik
  • sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan

Saturday, December 26, 2009

Kenduri Kahwin

sekarang nih musim kahwin..merata-rata ada kenduri. kawan-kawan pun ramai yang dah naik pelamin. tinggal la yang masih solo nih hehe.. dan soalan yang selalu diajukan pada yang masih single ni pulak '"bila lagi?" soalan yang susah tu.. mengalahkan soalan exam huhu..

InsyaAllah.. bila sampai masanya nanti.. =)

with cik bie, amik berkat kat kenduri umie =)

with umie.. dah bergelar isteri org =)

Friday, December 25, 2009

Saling memerlukan..

lelaki dan wanita diciptakan untuk berpasangan.. lelaki memerlukan wanita, begitu juga wanita memerlukan lelaki. namun, untuk menemui pasangan yang kita boleh untuk saling memerlukan adalah satu kesulitan. saling memerlukan adalah dari segala segi.. bukan sekadar luaran, tetapi hati dan perasaan juga perlu diambil kira.

Sememangnya mudah untuk berpasangan, mencari kekasih atau bercinta dengan sesiapa saja. namun, berapa peratus kah yang betul-betul ada dan tersemat dalam hati sebagai insan yang akan bersama kita sehingga ke hujung nyawa? saling memerlukan perlu ada 'give and take'... itulah yang perlu dicari.

Perkahwinan adalah salah satu cara yang menunjukkan kita saling memerlukan pasangan hidup kita itu. namun, jika hanya di sebelah pihak saja yang memberi, sedangkan sebelah pihak lagi seperti tidak endah.. adakah perkahwinan itu akan bahagia hingga ke akhirnya? hidup hanya sekali.. adakah kita sanggup untuk hidup dengan pasangan yang kita tidak boleh untuk saling memerlukan?


sememangnya perlu untuk saling memerlukan... =)

Sunday, December 20, 2009

Shopping Time!! =D




kasut tumit tinggi, purse dan handbag. Nih la antara barang yang me akan shopping gila sampai tak sedar dah berabis sampai ratusan ringgit hanya untuk 3 benda nih...

Bukan nak membazir.. bukan nak menghabiskan duit.. tapi me rasa 2-3 bulan sekali kalau shopping ok kot? macam kasut tumit tinggi tu.. me pakai dah 3 bulan lebih, so me perlukan kasut baru. sebabnya rasa macam dah bosan dengan kasut yang dah ada walaupun bertukar pakai kasut yang lain.

purse lak dah beli yang ok.. tapi kalau dah full sangat, terlalu padat pun akan sebabkan kerosakan. so purse nih beli bila perlu ja. tapi kalau jumpa purse yang menarik, me akan beli jugak walaupun tak perlu hehehe..

handbag pun sama gak macam kasut tumit tinggi.. kalau dah masuk 3 bulan me akan beli yang baru sebab dah mula bosan dengan yang dah ada. tapi, yang lama tu tetap akan guna gak sekali sekala =) so.. kesimpulannya.. shopping ikut time ok kot?? hehe..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal hijrah 1431

"Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah"

Monday, December 14, 2009

Majlis Perunding Industri (MPI)

bermula 15-17 Disember me akan berada di Sweet Beach Resort, Tok Bali untuk program nih. kat sini nanti semua anak angkat jabatan bawah unit pengembangan akan berkumpul. kat sini juga peluang me untuk mengenali dorang semua.. tak kenal maka tak tahu kan? =P walaupun jadual pack, me harap tak la meletihkan sangat. so sambil2 program, sambil2 bercuti hehe.. =D

Sunday, December 13, 2009

Al-Fatihah...

 Al - Fatihah untuk arwah Arif Abd Kadir (SMKD 1999-2001)

pergi buat selamanya pada 11 disember 2009...

Tuesday, December 8, 2009

Rindu Si Kecik

rindu sangat budak2 nih.. "mak yang miss both of u dearest bb and wawa =( " mak yang tu panggilan me (actually mak lang) hehe..

nih si kakak amy nur nabila.. me panggil "bb" walaupun dah besar dan debab =P

cute sleeping baby..right?


nih pulak si adik amy nur najwa.. me panggil "wawa".. si kecik nih pandai posing dan suka bergambar tau.. (macam mak yang dia hahaha!


cute kan si kecik dengan skaf dia nih..


Saturday, December 5, 2009

Mencari??

Bingung.. 

Dibelenggu..

Keliru...

apa sebenar yang dicari??