Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak semua =)

Assalamualaikum..


alhamdulillah, setahun lagi kita semua dapat menikmati bulan yang mulia, bulan yang penuh berkat... bulan Ramadhan Al - Mubarak. Semoga bulan ini dapat membuatkan kita lebih beramal dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T hendaknya..


Bercerita pasal ramadhan.. ini kali pertama me menyambut ramadhan bersama suami. InsyaAllah, walaupun berjauhan tapi nikmat ramadhan akan dirasai bersama. Tambah-tambah lagi akan ada 'orang baru' dalam keluarga kami nanti.. Moga-moga hari yang mendatang akan lebih bermakna dan menceriakan =)


Kepada kaan-kawan semua.. selamat berpuasa ya! =)

Saturday, July 9, 2011

Food Tester =)


Cerita pasal makan-makan lagi =P

Bulan lepas me 2 kali terlibat dengan Pertandingan Masakan.. yang pertama tu sebagai penyelaras Pertandingan Masakan Berasaskan Tiram sempena Karnival Halal Kelantan, lepas tu me jadi juri lak untuk Pertandingan Mencipta Resipi Menggunakan Isi Ikan sempena Karnival yang sama.

Best juga terlibat secara langsung ni, boleh jadi 'food tester' hehe.. banyak juga la yang me belajar daripada juri-juri yang dilantik. macam mana nak menilai, dari segi apa, dan rasa yang macam mana. kira 2 dalam 1 la, dapat ilmu, dapat merasa makanan yang sedap2 hehe =)

Sekarang nih, dah jadi macam satu kemestian lak bagi me kalau tau atau nampak restoren/ kedai makan baru mesti nak try. tak kira la kecik atau besar restoren tu tapi yang penting bersih dan nampak ok la. Yela, kalau nampak kotor tak nak la singgah, tapi kalau bersih tepi jalan pun tak kisah.

Minggu ni my hubby datang sini. Sebelum sampai KB lagi hubby dah bagitau nak try makan kat Muzdalfa Fried Chicken (MFC) yang dia tengok dalam internet. Mulanya me tak berapa nak excited sangat sebab tak tahu pun tempat tu tapi bila dah sampai restoren makanan segera ala2 fast food KFC ni me rasa excited lak huhu.. yang bezanya, kat MFC nih pizza pun ada selain sajian ayam goreng. MFC nih terletak kat tengah-tengah bandar KB dekat Mydin lama dan betul-betul sebelah Nagoya.

Jadi untuk tidak membuang masa, me pun mencuba beberapa menu. antaranya Nasi Arab, Zee Burger dan juga pizza Chicken Tikka. Menu yang me pilih ni kira basic la. Tunggu apa lagi, makan time! =)


Dalam menu kat atas tu, yang paling me suka ialah Nasi Arab. ada 2 jenis nasi arab yang disajikan di MFC ni. satu yang dihidang dengan 1/4 ayam, satu lagi yang me makan ni, dihidang dengan ayam kebab. Sedap! memang boleh dipuji la. Zee Burgerdan pizza pun sedap. kira okla makan kat sini sebab makanan yang dibayar tu tak dikenakan cukai pun. Kita bayar harga makanan saja =)

Oklah, kepada yang belum mencuba bolehlah mencuba. My hubby bagitau MFC nih dah ada cawangan kat Bandar Baru Bangi. Mungkin lepas nih akan ada lagi banyak cawangan. Cuba ya! =D

Friday, June 24, 2011

Makan.. Makan.. =)

kerang masak lemak

ketam goreng cili

best..best...!!!!

1st of all.. thanks to my lovely hubby sebab tunaikan permintaan me nak makan ketam dengan kerang puas2 hehe =P minggu nih balik klang, jadi mak mertua me masak ketam goreng cili + kerang masak lemak. tapi sebelum makan masakan nih, me dah ratah 2 ekor ketam dengan kerang rebus dah awal2.. punya la tak sabar..huhu... yang penting, dapat makan2.. alhamdulillah =)

Monday, June 20, 2011

masa berlalu..

pejam celik.. pejam celik.. dah bulan 6.. sekejap ja kan masa berlalu? me pun sangat bz sampai tak sedar blog nih dah lama tak update huhu.. well, dah bulan 6 nih, macam2 la yang berlaku. paling ketara, kehadiran 'org baru' dalam keluarga me. bermula dengan kehadiran org baru (Amy Noor Shazila) yang merupakan anak kepada abg me yang sulung, kemudian me sendiri yang bakal menerima org baru, kakak2 ipar dan juga adik ipar yang sama2 bakal menerima org baru.. ramainya umat tahun nih yang bertambah =)


Alhamdulillah... semoga rezeki kami semua pun bertambah. bercakap berkenaan dengan masa nih, sekarang dah masuk 8 bulan menjadi isteri kepada en.kamarul, baby pun dah nak masuk 5 bulan.. sekarang nih sibuk berulang-alik ke klinik la pulak huhu..


macam mana pun, kepada kawan2 semua, harap-harap dapat la berjumpa balik.. dah lama rasanya tak jumpa kawan2 zaman U, zaman sekolah apatah lagi.. rindu rasanya bila ingat2 balik kenangan zaman muda2.. sekarang me dah nak jadi mak budak pun, ramai yg dah jadi mak budak pun ada =P


insyaAllah, semoga yang terbaik untuk kita semua =)

Friday, April 22, 2011

selangkah lagi ke alam baru =)





Alhamdulillah.. selangkah lagi ke alam baru.. semoga Allah melindungi dan melimpahkan rahmat kepada kami semua.. InsyaAllah =)