apabila ditanya pasangan yang bagaimanakah yang korang impikan, me yakin korang akan jawab ' yang sempurna' semestinya kan? pernah tak korang terpikir.. apa ertinya pasangan yang sempurna tu? adakah seseorang yang memenuhi kehendak? seseorang yang cukup terbaik untuk korang?
dari aspek berpasangan, kesempurnaan itu pada pendapat ramai mungkin boleh dikatakan dari segi rupa, kerjaya atau mungkin juga peribadi. namun, sedar atau tidak, untuk mendapat kesempurnaan yang kita kehendaki itu adalah satu kesukaran yang nyata kerana 'nobody is perfect'. kalau ada pun, mungkin one in the million.
kita sering saja melihat pasangan2 yang 'tidak seimbang' dari segi luarannya. contoh, lelaki handsome vs perempuan biasa2, perempuan cantik vs lelaki biasa2 dan lelaki/perempuan berkerjaya vs perempuan/lelaki kurang berkerjaya. dan dengan mudahnya kita akan melabelkan pasangan tersebut sebgai tidak sempurna. bagaimana pula bagi pihak mereka sendiri? teliti kisah berikut:
kisah 1 (lelaki handsome vs perempuan biasa2)
" I berkahwin dengan A sudah hampir 2 tahun. kami telah dikurniakan dengan sepasang anak kembar. ya, memang A orangnya biasa2 saja, tidak menarik. namun dia cukup membahagiakan. dia telah menjadikan I suami dan ayah yang sangat bahagia dengan family yang sempurna. I just love her"
kisah 2 (perempuan berkerjaya vs lelaki kurang berkerjaya)
" I sayangkan B.. dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Memang ramai yang menetang sebab I ada kerjaya yang melebihi B. tapi orang tak tahu yang B dah banyak bagi I sokongan dan semangat untuk I selama ni. dia sentiasa ada untuk I, sayangkan I. He completes my life after all"
Berdasarkan kisah2 ni, boleh dikatakan kesempurnaan pasangan itu bukanlah hanya sekadar pada zahiriah dan fizikal. mungkin ramai yang akan memilih pasangan yang cantik/handsome, berkerjaya, bijak dan sebagainya. namun ada sesuatu yang melebihi erti 'sempurna' itu sendiri iaitu 'menyempurnakan'.
"kita tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk kita, tetapi kita perlu mencari seseorang yang dapat menyempurnakan hidup kita"
Oleh itu, tidak perlu kita mengejar yang sempurna pada pandangan mata kasar sahaja, tetapi nilaikanlah dengan yang dapat menyempurnakan kita untuk kebahagiaan hidup yang berkekalan. tapi kalau dapat yang sempurna dan menyempurnakan.. Alhamdulillah =)
1 comment:
Like this post!
Post a Comment