Wednesday, December 15, 2010

PJJ...

Di awal perkahwinan kena banyak bersabar.. kena banyak belajar untuk memahami dan yang paling penting kena saling mempercayai..

Tambahan lagi kalau PJJ... PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh.. lagi banyak cabaran.. banyak suka duka.. yang sukanya bila hujung minggu dapat jumpa, yang dukanya bila nak balik huhu..

Tapi, mesti ada gak bagusnya PJJ ni.. bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. ada la tu hikmahnya kan? susah-susah dulu..senang-senang kemudian.. setiap pengorbanan pasti akan berbalas kebahagiaan.. insyaAllah..

to my hubby.... i'll always love you! =)

Friday, December 3, 2010

Selera menyelerakan =)

Makan..makan..makan.. huhu.. sesekali ‘crush diet’ rasa puas hati gak hehe =P tapi lepas tu kena la berdiet balik, kalau tak.. berat pun naik la mendadak. Nak ke? Tak nak la… Nih me nak bercerita pasal makan-makan. Sejak dua menjak nih, me suka sangat makan lamb chop… rasa kambing tu walaupun tak berapa nak ok bagi sesetengah orang, tapi sedapnya tu memang kalah daging lembu. Yummy!

Minggu nih saja dah 3 kali me makan lamb chop… boleh kata setiap bulan paling kurang sekali la. Nih tak ada kena mengena dengan mengidam, tapi lebih kepada kesukaan ok hehe.. =P jadi, oleh sebab me dah suka makan lamb chop nih, pergi mana-mana ja mesti me akan cari kedai makan yang ada hidangkan lamb chop. Banyak dah kedai me cuba, tapi rasa lamb chop nya biasa-biasa ja.. dari Kota Bharu, Terengganu, KL, Kedah, Perlis semuanya rasa ok la..


Tapi ada satu tempat nih di Manjung, Perak… lamb chop yang terbaik! Sedap, cukup masak dan memang yummy! City Kopitiam, nama restoren tu.. mulanya Nampak macam biasa-biasa ja.. tapi dia punya hidangan memang terbaik la. My hubby cakap steak yang dihidangkan pun taraf hotel 5 bintang.. waa… baik punya promote kan hehe =P



City Kopitiam, Manjung, Perak


Jadi kawan-kawan, cubalah rasa jika berkesempatan ke Manjung ye.. jangan lupa cuba skali ‘Tea C Special’.. ala-ala 3 layer tea.. memang sedap digandingkan dengan lamb chop.. Pendek kata menyelerakan la. Kalau siapa-siapa dah suka berjalan, memang tak lengkap kalau tak cari kedai makan yang best kan? Nih namanya jalan-jalan cari makan =)

Sunday, October 31, 2010

Kekasih Halal... =)





Majlis Sambut Menantu di rumah pihak lelaki.. 24 Oktober 2010, Klang, Selangor..

Saturday, September 25, 2010

Karma - Hukum Alam.. percayalah =)


Alhamdulillah.. raya dah pun berlalu... walaupun agak kurang meriah sikit tahun ni, tapi tetap seronok dapat berkumpul dengan sedara mara yang ada. bila berjumpa dengan sepupu, kawan2 yang dah lama tak jumpa, macam-macam la cerita yang jadi topik =)

kali ni me berminat nak bercerita pasal 'Karma'.. bak kata orang putih, "what u give, u'll get back". secara lumrahnya juga dikatakan hukum alam.. ya, me percaya setiap perbuatan tu ada balasannya. yang baik perbuatannya, maka baiklah balasannya.. begitu la sebaliknya.

dalam soal perhubungan sesama manusia pula, me aplikasikan karma ini sebagai salah satu kaedah dalam menjalinkan hubungan. maksudnya, bila kita berbuat baik kepada orang maka InsyaAllah baik la yang kita akan dapat. tapi, kadang-kadang bila kita buat baik, orang balas jahat.. jadi biarkan saja.. bila setiap perbuatan jahat kita balas dengan kebaikan maka itulah yang terbaik, percayalah =)

dan jika kita memberikan kasih sayang kepada seseorang.. walaupun bukan dengan orang tersebut, percayalah yang kita juga akan mendapat kasih sayang daripada orang lain.. dan rasa sayang dan disayangi itulah yang mendamaikan.. dan jangan sesekali pula kita menyakiti orang lain.. kerana sudah pasti orang lain akan menyakiti kita.. dan rasa sakit itu sangat tidak menyenangkan.. percayalah =)

so.. pendek kata setiap apa yang kita buat ada balasannya...baik mahupun jahat.. karma tetap karma =)

Tuesday, September 7, 2010

Isteri Sholehah - Saff One

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Monday, September 6, 2010

salam Aidilfitri =)

assalamualaikum...

selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam.. Alhamdulillah, sekali lagi kita berkesempatan untuk menyambut hari mulia ni.. dan InsyaAllah me akan sambut raya kali ni last sebagai 'single' hehe.. tahun depan dah tukar status dah =)

selamat hari raya, maaf zahir dan batin semua =)

Sunday, August 15, 2010

For the Rest of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Thursday, August 12, 2010

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN






assalamualaikum..kawan2, me nak jemput ke majlis me.. jadi kawan2 yang nak hadir dan kad boleh send alamat ke dalam email me yer.. me akan pos kad nanti.. Walaupun lg 2 bulan, tp rasanya perlu untuk diberitahu awal supaya kawan2 dapat rancang untuk ke majlis me... tq =)

**** amy_anzeq@yahoo.com ****

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan.. =)

ramadhan tiba lagi.. Alhamdulillah... sekali lagi berkesempatan menyambut bulan mulia ni.. sekejap ja masa berlalu.. dan tak lama lagi ramadhan yang akan datang akan lebih bermakna.. InsyaAllah... =)

Tuesday, August 3, 2010

.:. I love my life .:.


alhamdulillah... semuanya dah semakin jelas.. semakin bertambah keyakinan.. semakin memberikan ketenangan dan kesenangan dalam hati.. me dah tak serabut.. dah tak keliru dan yang paling penting dah kuat keyakinan dalam hati.. =)

insyaAllah, segalanya akan baik-baik saja.. semoga apa yang bakal terjadi adalah yang terbaik untuk me dan insan-insan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung =) sekarang ni me banyak tersenyum bila me ingatkan balik, kenangkan balik apa yang pernah jadi.. ya memang betul kenangan tu indah, tapi tak seharusnya kenangan indah tu menghalang kita daripada mendapat kebahagiaan yang sebenar kan?

hidup perlu diteruskan..biarkan kenangan yang lalu pergi sebagai kenangan..banyak lagi yang akan kita hadapi di masa depan.. banyak lagi cabaran dan dugaan.. tapi di sebalik semua tu akan ada kemanisannya..akan ada erti sebenar kehidupan.. memang kadang-kadang kita tak yakin dengan sesuatu keputusan yang kita nak buat.. tapi percayalah yang Allah akan beri yang terbaik buat kita.. usahakan.. insyaAllah kita akan dapat yang terbaik.. dan yang penting kena berani untuk mencuba.. mana tau kalau kita mencuba dan kita berjaya kan?

semoga kebahagiaan dan ketenangan serta kedamaian menjadi milik kita semua.. insyaAllah..

***** i love my life.... =)

Thursday, July 22, 2010

kesabaran...

di saat-saat macam sekarang ni..macam2 jadi... ada masalah sana sini.. ada yang tak kena kat sini.. ada tak kena kat situ.. tapi yang penting kena banyak2 bersabar.. sabar..dan bersabar... kesabaran itu akan menenangkan... insyaAllah =)

Monday, July 12, 2010

Apabila tiba saatnya...

apabila tiba saatnya..

ikrarku..
di saat terlaksananya ijab dan kabulmu..
akan ku sayangi dirimu sepertimana sayangnya hawa kepada adam..
cintanya zulaikha kepada yusuf..
dan taatnya Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w..

andainya saat ini dirimu tidak merasai semua itu..
serta keikhlasanku tidak seperti yang diharapkan olehmu...
bersabarlah duhai hati... saat indah kan menjelma jua.. =)

Sunday, July 11, 2010

"Fallin' For You"

"Fallin' For You"

I don't know but... I think I maybe
fallin' for you
Dropping so quickly
Maybe I should
keep this to myself

Waiting 'til I.. know you better
I am trying.. Not to tell you..
But I want to..

I'm scared of what you'll say
So I'm hiding.. what I'm feeeling..
But I'm tired of
Holding this inside my head

I've been spending all my..time
Just thinking about ya
I don't know what to do
I think I'm fallin' for you

I've been waiting all my.. life
and now i found ya
I dont know what to do
I think I'm falling for you...
I'm falling for you...

As I'm standing here
And you hold my hand
Pull me towards you
and we start to dance

All around us I see nobody
Here in silence It's juusst
you and me

I'm trying.. Not to tell you..
But I want to..

I'm scared of what you'll say
So I'm hiding.. what I'm feeeling...
But I'm tired of
Holding this inside my head

Ooh, I just can't take it.. My heart is racing..
Emotions keep spinning out...

I think I'm fallin' for you
I can't stop thinking about it
I want you all around me
And now I just can't hide it
I think i'm fallin' for you
I can't stop thinking about it
I want you all around me
And now I just can't hide it
I think I'm fallin' for you...
I'm fallin' for you...

Oooh, I'm falling' for ya

Friday, July 9, 2010

kerna kamu...

"Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta"

Tuesday, July 6, 2010

Alhamdulillah...


kadang-kadang sesuatu yang dirancang dan diharapkan tidak semestinya terlaksana.. dan kadang-kadang sesuatu yang di luar jangkaan yang berlaku itulah yang terbaik =)

Saturday, June 26, 2010

Apabila tiba saatnya...

apabila tiba saatnya..
tak perlu untuk menunggu
tak perlu sebarang alasan
tak perlu untuk mempersoalkan lagi..
yakinkan hati..
inilah yang terbaik untuk mu..

Sunday, June 20, 2010

Tak perlu memaksa, tak perlu dipaksa..


*** segmen "layan perasaan" kembali..hehe.. =P

kali nih me cuma nak ulaskan topik macam yg me dah sebut kat title tu.. "Tak perlu memaksa, tak perlu dipaksa.." dan spesifiknya lagi adalah berkenaan dengan perasaan. ya, perasaan. sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah untuk semua insan dalam dunia nih. cuma bagi yang menghargai saja yang akan merasainya...betul tak?

ok, bagi me perasaan nih adalah unik.. ia akan datang samada dengan sendiri secara sedar ataupun tak sedar. tapi selalunya perasaan nih boleh dipupuk sesama manusia. tapi yang menjadi isunya.. jika hendak dipupuk sekalipun, tak perlulah kita memaksa diri ataupun terasa dipaksa untuk merasainya kan? bila ada keterpaksaan, maka akan pudar la keikhlasan..betul?

setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya kan? biarlah perasaan tu datang sendiri.. sekiranya gagal, bermakna itu bukan milik kita. ada yang lebih berhak untuk mendapatkannya. biarkan saja.. bukankah sesuatu yang berlaku secara fitrah itu adalah yang sebaik-baiknya? ini pendapat me, klu tak setuju sila komen =P

walau apapun, jodoh pertemuan Allah yang menentukan. tak kira siapa, bila dan di mana... me bersyukur dan redha dengan ketentuan itu =)

Tuesday, June 15, 2010

Bijaknya wanita...



"bijaknya seorang wanita itu bukan terletak pada tingginya taraf pendidikan yang dimiliki.. namun terletak pada akalnya untuk menilai dan membezakan baik buruknya sesuatu perkara.."

Thursday, June 10, 2010

You make me smile like the sun



You're better then the best
I'm lucky just to linger in your light
Cooler then the flip side of my pillow, that's right
Completely unaware
Nothing can compare to where you send me,
Lets me know that it's ok, yeah it's ok
And the moments where my good times start to fade

You make me smile like the sun
Fall out of bed, sing like bird
Dizzy in my head, spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold, buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh, you make me smile

Even when you're gone
Somehow you come along
Just like a flower poking the sidewalk crack and just like that
You steal away the rain and just like that

You make me smile like the sun
Fall out of bed, sing like bird
Dizzy in my head, spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold, buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh, you make me smile

Don't know how I lived without you
Cuz everytime that I get around you
I see the best of me inside your eyes
You make me smile
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold, buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild

You make me smile like the sun
Fall out of bed, sing like bird
Dizzy in my head, spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold, buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh, you make me smile

Monday, June 7, 2010

CONTEST CIK ALENG INDAH


cik aleng ada buat contest nih " CONTEST CIK ALENG INDAH" di blog beliau. so me dengan senang hati nak join la (kita support cik lin yeay! hehe...)

ok, cik lin nak tau tak kenapa me suka tempat nih? sebabnya tempat nih memang indah sangat.. nama tempat nih "Taman Budaya Gua Sami" terletak di Perlis (my hometown). kalau musim kawin, tempat nih la jadi venue untuk pengantin buat shooting outdoor, memang sangat indah! =) lagi2 taman nih penuh dengan bunga2 dan kehijauan.. depan taman nih pulak ada sawah padi.. wahh...memang indah kan? kalau bersantai di taman nih rasa tenang je jiwa.. tak sakit kepala.. hilang stress tau.. so cik lin datang la ke perlis, me bawak cik lin ke sini =)

Tuesday, June 1, 2010

Love Ur Life... =)


love ur life...
Kerana hidup nih terlalu singkat..
kita tak tahu pun bila kita kan bernafas lagi seperti biasa..kan?
esok..lusa..entah2 sedetik selepas ni kita dah tak bernyawa..mana tau kan?

oleh itu..
sebelum kita kembali kepada Pencipta
sempurnakan lah hidup ni.. berkati dengan rahmatNya..
bernafaslah dalam erti kesyukuran..

Juga penuhilah hidup dengan keriangan..
janganlah bersedih.. hidup ini hanya sekali..
jangan biarkannya suram.. senyumlah selalu =)

Hidup juga seperti aiskrim.. kan?
Maka nikmatilah ia sebelum cair..
sekiranya masih belum dapat apa yang diimpikan dalam hidup
Teruskan dan sentiasa berusahalah ke arah itu..

love ur life... =)

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru =)

selamat hari guru kepada semua guru.. guru tak kira secara formal atau tidak.. ilmu yang disampaikan tu sangat bernilai. kepada guru2 di sekolah, matrik, U dan tak lupa juga guru di sekolah memandu, jasamu dikenang. terima kasih =)

Friday, May 14, 2010

Jawatan Kosong!!!


Assalamualaikum..

kepada kawan2 sekalian,Siapa2 berminat untuk apply job dengan CP Malaysia di bawah Asia Aquaculture Farm dan Processing Plant bagi jawatan Technician, Admin, QA dan QC bolehlah hantar resume anda ke HQ CP atau email saja. memang tak diiklankan tapi my x-big boss cakap boleh apply anytime sebab mmg diperlukan. buka www.cp-malaysia.com utk address. Head Office - Aquaculture Business Group tau =)

Maklumat tambahan, job nih utk ladang ternakan dan kilang pemprosesan. tapi utk position admin tu tak semestinya ada basic akua.

good luck =)


Thursday, May 13, 2010

kesayanganku...

ni namanya comel.. si kura2 yang me bela dari kecik.. tgk si comel besar duit 50 sen ja masa mula2 me jaga.. masa nih dh sem last kat UMT.. tahun 2008. comel nih manja sangat, klu tiap kali me mandikan, dia tau2 ja dan suka pulak tu. pastu dia suka sangat makan. tapi comel tak suka makanan semulajadi..dia makan pellet ja... tu yg me susah hati kalau nak lepaskan comel, mesti tak boleh nak hidup..

hobi comel lak jalan2 dalam umah. nih abah la yang ajar. comel bising2 dalam akuarium abah angkat dia letak atas lantai. pastu comel pun jalan2, pusing2 dalam umah. bila dh penat baru dia diam. pastu skrg ni memang dia akan bising2 la nak kuar dari akuarium tu..

lagi satu, comel suka berkawan dengan Ciko.. ciko nih si kucing yang comel jugak. manja nya mengalahkan baby! huhu.. bila comel bising2, ciko akan jenguk kat akuarium comel. kalau comel kat luar akuarium, mesti akan gi dekat dgn ciko. apa yang dorang borak pun tak tahu..paham ke ciko dgn bahasa comel? hehehe...



ha..! ni la comel skrg.. dah besar dah.. satu tapak tangan me pun dah tak muat badan comel.. kalau nak mandikan dia, punya la degil nak gerak sana sini.. comel..comel.. yang ni lak si ciko, teman baik comel. me sayang sangat ciko dan comel.. ada lagi sekor, si Jimi yang manja mengalahkan Ciko (sebab jimi muda dari ciko). tapi gambar si jimi takdak lak.. jimi pun comel.. bulu putih, mata lak kaler lain2. nanti me upload kan.

sebenarnya.. me rindukan mereka semua huhuhu... nak balik umah!!!! =(



Friday, May 7, 2010

kesibukan <<('.')>>

sibuk..sibuk..sibuk.. huhuhu..
tak tahu la macam mana nak uruskan masa, rasa macam dah semakin tak cukup masa ja sekarang ni. balik ja dari kursus kenegaraan tu, kerja berlambak-lambak nak kena setel. macam-macam ada huhu!

tak sampai seminggu dok kat ofis, dapat surat untuk kursus lain pulak. ada lagi, seminar pengembangan dan bengkel usahawan IAT menyusul. tapi sebab dah clash masa, seminar pengembangan tu terpaksa ganti orang lain.

minggu ni jugak sibuk setel kan kerja-kerja pembangunan untuk usahawan baru dan juga untuk Program Mempelbagai 2009. banyak nak kena buat. dah pun masuk pertengahan tahun.. sekejap ja rasanya..

minggu depan 11-12hb ada exam jabatan lak. nak study apa pun tak tahu. rasa macam malas ja nak study tapi kang tak lulus lak huhu.. rasa cam nak pergi bercuti panjang tapi tak boleh lagi la nampaknya =(

kesibukan...kesibukan.. huhu!

Wednesday, April 28, 2010

Kursus Kenegaraan @ BTN =)





seminggu berada di johor.. ari ni me dah start masuk office balik.. well, bukan senang nak dapatkan mood bekerja balik huhuhu.. ok, me tak nak crita pasal kerja..me nak cerita pasal kursus kenegaraan atau BTN yang me hadiri selama 5 hari (22-26 april 2010) di Savannah Hill, ulu tiram, johor.

first of all, siapa yang cakap BTN tu bosan? siapa yang rasa BTN tu buang masa? me tau ramai yang bersangka negatif kan pasal BTN.. tapi, serius me cakap, rugi sangat2 siapa yang tak pergi BTN nih.. lain rasanya bila remaja dan dewasa nih tau..

masa kat BTN banyak sangat ilmu yang me dapat... tambah2 dapat mengimbau balik perit jerih dan deritanya pejuang2 kita untuk dapatkan kemerdekaan.. yang paling me tak boleh tahan, tengok movie HATI MALAYA 1957... sebelum nih macam tak berapa nak tengok pun cerita macam tu..tapi bila dah tengok, tak sedar air mata pun mengalir.. huhuhu...

LDK.. banyak berbincang dengan fasi..serius me tak suka politik.. me tak minat politik. tapi bila terbuka minda tentang perpaduan kaum.. ya, politik tu penting.. negara perlukan politik yang stabil untuk terus maju dan kekal aman. kalau ada yang kata BTN gunakan isu politik untuk raih undi atau nak racun fikiran ke apa ke, me tak berapa nak setuju. sebab bila berbincang pasal politik, fasi memang profesional..takda sangat nak sentuh bab2 yang sensitif tapi lebih kepada memahami apa tu politik yang sebenarnya.

masa LDK pengukuhan lagi la sedih.. terasa macam mana susahnya nak menjaga negara daripada anasir jahat.. macam mana susah payah kami semua nak selamatkan kepingan kertas yang dicantumkan dan ditulis nama kami semua daripada dirampas oleh fasi..biar kena simbah dgn air, kena tarik, tapi kami tetap selamatkan kertas tu.. masa tu dah tak kira dah panas berhimpit dalam bulatan semata-mata nak cover each other.. tak kira kaum.. tak kira agama.. kuatnya perpaduan kami masa tu...tapi di dunia realiti..me juga tertanya-tanya bolehkah begitu?

so kepada yang tak pergi lagi BTN..pergilah.. me harap BTN nih bukan ja kepada kakitangan kerajaan, tapi kepada semua golongan terutamanya remaja..supaya mereka lebih memahami negara dan bersedia untuk menjaga maruah negara.. sayang..negara kita merdeka tapi semakin lama semakin hilang semangat merdeka tu.. dengan BTN nih la semangat tu akan kembali... dan akan rasa sayangkan malaysia.. =)

Wednesday, April 14, 2010

Soal Hati


- Kata Hati -

Ikut hati mati.. ikut rasa binasa...
tapi bukankah dari hati itu lahirnya rasa?
maka, jika ikutkan hati maka akan mati dan binasa lah.
oleh itu, hendak ikutkan kata hati perlulah berlandaskan akal yang rasional..

- Mata Hati -

Kadang-kadang yang zahirnya tidak semua dapat dilihat dengan mata kasar kita. apatah lagi yang tidak terzahir kan? oleh itu, kelebihan mata hati adalah untuk melihat lebih daripada pandangan biasa.. mungkin juga untuk melihat isi hati?

- Gerak Hati -

Naluri.. sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan.. tak semua apa yang dirasakan oleh gerak hati itu betul.. namun, sedikit sebanyak kita dapat merasakannya sendiri. jika kuat gerak hati itu, maka kemungkinan benarnya sesuatu itu juga tinggi dan tepat


apabila kata hati itu dituruti dengan akal yang rasional, diteliti dengan mata hati yang menilai dan ditambah pula dengan kekuatan gerak hati yang meyakinkan.. maka, soal hati akan terjawab. cuma yang menjadi halangannya apabila salah satu daripada semua ini tidak dapat untuk ditentukan.. maka, soal hati pun susah nak jawab =)

**** avissawella86: soal hati... memang susah nak jawab huhu..

Monday, April 12, 2010

Selangkah ke Alam Dewasa



Alhamdulillah.. genap 11 April me dah bertambah lagi usia di muka bumi nih.. dah melangkah ke alam dewasa.. angka yang boleh la dikatakan sudah matang... macam mana pun, masih ada banyak lagi benda yang me nak buat, yang me harapkan dalam hidup me belum tercapai..

semakin hari, semakin banyak dugaan dan cabaran yang datang.. doa me semoga dipermudahkan olehNya untuk me mengharungi hidup yang semakin mencabar ni demi mencapai semua impian me.. InsyaAllah.. =)

Thursday, April 8, 2010

Suratan atau Kebetulan?

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan



Suratan atau kebetulan..

Suratan..apa yang sudah tersurat atau ditakdirkan, kebetulan pula apa yang terjadi secara tidak disengajakan. Tapi persoalannya, ada ke kebetulan dalam hidup nih? Bagi me apa yang terjadi itu adalah suratan kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai sebab dan hikmah di sebaliknya. Kan?

Bolehkah dikatakan takkan ada kemarau jika kebetulan hujan tidak turun? tidak ada banjir jika kebetulan hujan turun? Sedangkan jadinya kemarau disebabkan tiada hujan. Jadinya banjir pula disebabkan turunnya hujan. Setiap yang berlaku sudah ditentukan sejak dari mulanya ia berlaku… tiada kebetulan.

Andai kata kita ditimpa masalah, dan kita dapat menyelesaikannya dengan bantuan seseorang.. adakah kebetulan seseorang itu ada untuk membantu? Andai kata kita memerlukan seseorang, dan adanya seseorang ketika itu bersama kita..adakah kebetulan hadirnya dia? apa pun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya =)