*** segmen "layan perasaan" kembali..hehe.. =P
kali nih me cuma nak ulaskan topik macam yg me dah sebut kat title tu.. "Tak perlu memaksa, tak perlu dipaksa.." dan spesifiknya lagi adalah berkenaan dengan perasaan. ya, perasaan. sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah untuk semua insan dalam dunia nih. cuma bagi yang menghargai saja yang akan merasainya...betul tak?
ok, bagi me perasaan nih adalah unik.. ia akan datang samada dengan sendiri secara sedar ataupun tak sedar. tapi selalunya perasaan nih boleh dipupuk sesama manusia. tapi yang menjadi isunya.. jika hendak dipupuk sekalipun, tak perlulah kita memaksa diri ataupun terasa dipaksa untuk merasainya kan? bila ada keterpaksaan, maka akan pudar la keikhlasan..betul?
setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya kan? biarlah perasaan tu datang sendiri.. sekiranya gagal, bermakna itu bukan milik kita. ada yang lebih berhak untuk mendapatkannya. biarkan saja.. bukankah sesuatu yang berlaku secara fitrah itu adalah yang sebaik-baiknya? ini pendapat me, klu tak setuju sila komen =P
walau apapun, jodoh pertemuan Allah yang menentukan. tak kira siapa, bila dan di mana... me bersyukur dan redha dengan ketentuan itu =)
No comments:
Post a Comment