Kerana seekor perkasam...
Semalam masak nasi (Aisya dan papa Kamz Zabri suruh mama masak), tapi lauk basah dalam peti ais semua dah habis. Hujung minggu ni baru nak restock barang dapur.
Tengok ada telur dan perkasam kat dalam peti ais. Jadilah.. mama cuma nak temankan je dorang makan je so mama tak kisah hehe 😄
Dah siap masak, Aisya minta suapkan dia. Ammar macam biasa nak makan sendiri, hero la katakan.. mana nak dia suap2 nih 😅
Mula-mula mama nak temankan je.. pastu suap sesuap nak rasa perkasam dan telur mata separuh masak tu. Alamak.. sedap la pulak.. suap lagi.. lagi.. tengok2 habis sepinggan nasi mama share dengan Aisya huhu 😂
Aisya pula minta tambah. Mama pun ambil sikit nasi Ammar (dia makan nasi bukan banyak sangat tapi meratah telur ja banyak). Memang layan betul makan nasi panas-panas dengan berlaukkan perkasam tu. Walaupun tak ada lauk sedap-sedap tapi dah sangat buat kami sekeluarga berselera.
Alhamdulillah, ada juga lauk.. teringat pula orang susah yang tak ada makanan langsung.. macam manalah keadaan mereka.. dengan anak kecil lagi.. Allahuakhbar!
Makanya, bersyukurlah kita dengan nikmat kurniaan Allah tak kira sikit ke banyak. Yang penting kita ingat semua rezeki tu Allah bagi kita. Bersyukur dan bersyukur..
Tapi kerana seekor perkasam, crush diet mama malam2 ni huhu.. mama pun telan Lechitin dan Herblax Shaklee sebagai persediaan nak hadamkan cepat-cepat hehe 😆
No comments:
Post a Comment