Saturday, May 12, 2012

Wanita Bekerjaya vs Surirumah

Assalamualaikum semua...

wah.. macam nak buat satu topik forum yang agak serius ja tajuk tu tapi sebenarnya tak ada apa pun.. saja ja nak cerita gini gitu pasal wanita bekerjaya vs surirumah sepenuh masa. Bukan apa, kadang-kadang me teringin gak nak jadi surirumah sepenuh masa tapi bila difikirkan balik..hurm rasanya me tak boleh kalau tak bekerja. sebab??? Ha.. ni la yang nak cerita ni =P

Me suka dapat meluangkan masa dengan famili terutama my lit' princess yang dah pun cukup 6 bulan ni. Me sangat suka memasak untuk suami.. Me rasa senang menjaga rumah dengan usaha me sendiri dan sangat berpuas hati dengan keadaan di rumah apabila me mengemas (kecuali bab melipat baju memang me tarik diri, tu kena bantuan hubby hehehe..)

Tapi.. disebabkan me seorang wanita bekerjaya rasanya agak terbatas me nak buat semua tu. nak luangkan masa dengan baby pun terhad, malam je dapat sembang-sembang dengan dia. Nak memasak pun hujung minggu je. Kalau sempat balik kerja memang akan masak, cuma kalau penat sangat atau balik lewat memang tak la jawabnya.. beli bungkus atau order je la huhu.. Bab mengemas rumah lagi la.. tu pun hujung minggu baru nak betul-betul mengemas.. dah balik kerja pun dah lewat, malam kemas gitu2 je la.. hurm macam mana tu?

Tapi... kalau me tak bekerja, rasanya macam tak ok pulak.. ye la, dalam keadaan ekonomi sekarang ni kalau suami saja yang bekerja macam agak sukar juga la (kecuali la gaji suami tu banyak dan hidup senang lenang). Bagi me, kalau me boleh membantu suami dalam keluarga kami jadi ringanlah sikit beban tu. Sama-sama susah, sama-sama senang. Me pun tak kisah nak berbelanja lebih sebab ada pendapatan sendiri, sekurang-kurangnya tak la rasa membebankan hubby (walaupun hubby tak kisah kalau nak belanja me). Lagi satu.. me dari zaman belajar lagi memang dah bercita-cita nak kerja dalam bidang me sekarang ni. Bukan senang apa yang kita nak, kita minat kita akan dapatkan.. dan bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Me pulak murah rezeki habis belajar terus dapat kerja. Jadi kalau me tak bekerja macam mana?

Hurm.. mungkin satu hari nanti bila me rasa dah penat bekerja baru nak jadi surirumah sepenuh masa kot.. bila ek? huhu.. InsyaAllah.. bila sampai masanya. Bagi yang menjadi surirumah, anda wanita yang beruntung, bagi yang bekerjaya, anda juga beruntung. Semua ada kelebihannya sendiri kan.. Yang penting, kita ada keluarga yang bahagia walau apa cara sekalipun. Sayangi keluarga anda wokeh! =)


Saturday, February 25, 2012

Berkenalan + Berkawan + Memahami = Betul2 Mengenali

Assalamualaikum,

Waa... lamanya me tak menulis, jari2 dah gatal nak menaip tapi disebabkan agak sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya (padahal baru je masuk ofis selepas cuti yang panjang) tertinggal dulu la hajat nak menulis tu hehehe..

Kali nih nak bercerita sikit pasal tajuk kat atas tu.. bukan apa, dah banyak kali sangat berdepan dengan situasi orang yang suka menilai orang tanpa betul2 mengenali seseorang itu. Adil ke macam tu? Mana boleh... kita tak kenal orang, jangan la nak menilai berdasarkan pandangan orang lain atau 'surface' saja. Jadi apa yang patut dibuat?

Haa.. me nak kongsi cara me untuk me katakan me betul2 mengenali seseorang.. pertama sekali semestinya la kita kena berkenalan dengan orang tu. kalau setakat orang yang bagitau kita pasal orang tu memang sah kita tak boleh nak kata kita kenal, tu cuma tahu je.. Jadi cuba berkenalan dengan dia.

Seterusnya, kita kena la berkawan dengan orang tu.. kalau setakat kenal2 camtu je mana la nak tau baik buruknya seseorang kan? dah kenal, kawan la.. lepas tu cuba la memahami dia. Sebab utamanya untuk memahami adalah supaya kita tak salah anggap pada dia. yela, kalau kita paham cara dia cakap atau apa yang dia maksudkan, kan dah boleh elak daripada tanggapan negatif? Cara orang berbeza-beza, mana boleh nak samakan dan nak menilai mcam tu saja kan.

Kalau kata kita dah kenal, berkawan dan cuba memahami tapi rasa macam tak berapa nak ngam je nak dibuat kawan, boleh la kita membuat penilaian.. maknanya kita dah boleh la dikatakan betul2 mengenali dia dan tak ada keserasian di situ yang membolehkan kita nak berkawan. Boleh setakat nak kenal2 je.

Oh ya, berapa lama nak kenal? berapa lama nak berkawan? jawapannya... subjektif. Masa bukannya penentu atau faktor untuk mengenali seseorang. kadang2 kita kenal sekejap je kawan kita sorang ni.. tapi dah paham sangat perangai dia. kadang2 tu kita dah kawan bertahun-tahun dengan kawan kita ni.. tapi ishh... tak pahamnya la dengan perangai dia kan?

Jadi, kesimpulannya.. 'don't judge a book by its cover' dan 'don't jump to the conclusion' kalau kita nak betul2 mengenali seseorang... wokeh???

Saturday, January 28, 2012

Sudah Pindah =)

Alhamdulillah, dah dapat kuarters di Putrajaya.. dekat sikit nak gi kerja nanti.. yang best dan sangat suka + bersyukur sangat2 dapat tinggal dengan hubby dan baby. tak payah nak ulang alik lagi macam dulu.. apa-apapun, semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. InsyaAllah =)

Sunday, January 15, 2012

Aisya Zafierah =)

My lit' princess dah 2 bulan sudah.. Alhamdulillah Aisya sihat dan semakin bijak.. sayang sangat omei-omei mama nih =)





Saturday, November 26, 2011

Memorable 11.11.11 - My lit' princess =)


Alhamdulillah... setelah sekian lama tak mengemaskini blog ni akhirnya hari ni dapat juga masa untuk kemaskini.. macam-macam cerita ada tapi yang paling me nak cerita semestinya yang berkenaan tajuk post ni.. memorable 11.11.11...

Setelah genap 1 bulan selepas ulangtahun perkahwinan me (me kahwin pada 10.10.10), Allah telah kurniakan me dengan anugerah yang tak ternilai.. tepat jam 7.22 am, 11.11.11, me telah selamat melahirkan seorang puteri. Betul-betul tak sangka rezeki baby lahir awal seminggu. Alhamdulillah semuanya selamat.. puteri kecil ni me dan suami namakan Aisya Zafierah.. maksudnya hidup bahagia yang memperoleh kemenangan =)

Betul la kata orang, pengalaman menjadi seorang ibu lebih dari segala-galanya. Sebaik saja menatap wajah baby buat pertama kali dalam labour room tu, ya Allah.. hilang semua sakit.. masa tengok baby yang masih merah diletakkan di atas dada me rasa macam tak percaya me telah lahirkan dia.. 9 bulan dalam kandungan.. akhirnya anak mama ni lahir ke dunia.. =)

Me nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan me selama ni, terima kasih banyak-banyak. ni me upload sekali gambar my lit' princess untuk tatapan semua =)



Aisya Zafierah dah 2 minggu =)

Aisya dah cukur rambut - hari ke-7 sudah =)


Aisya nyenyak je tido.. my lit' princess dah 6 hari..

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg