Saturday, November 26, 2011

Memorable 11.11.11 - My lit' princess =)


Alhamdulillah... setelah sekian lama tak mengemaskini blog ni akhirnya hari ni dapat juga masa untuk kemaskini.. macam-macam cerita ada tapi yang paling me nak cerita semestinya yang berkenaan tajuk post ni.. memorable 11.11.11...

Setelah genap 1 bulan selepas ulangtahun perkahwinan me (me kahwin pada 10.10.10), Allah telah kurniakan me dengan anugerah yang tak ternilai.. tepat jam 7.22 am, 11.11.11, me telah selamat melahirkan seorang puteri. Betul-betul tak sangka rezeki baby lahir awal seminggu. Alhamdulillah semuanya selamat.. puteri kecil ni me dan suami namakan Aisya Zafierah.. maksudnya hidup bahagia yang memperoleh kemenangan =)

Betul la kata orang, pengalaman menjadi seorang ibu lebih dari segala-galanya. Sebaik saja menatap wajah baby buat pertama kali dalam labour room tu, ya Allah.. hilang semua sakit.. masa tengok baby yang masih merah diletakkan di atas dada me rasa macam tak percaya me telah lahirkan dia.. 9 bulan dalam kandungan.. akhirnya anak mama ni lahir ke dunia.. =)

Me nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan me selama ni, terima kasih banyak-banyak. ni me upload sekali gambar my lit' princess untuk tatapan semua =)



Aisya Zafierah dah 2 minggu =)

Aisya dah cukur rambut - hari ke-7 sudah =)


Aisya nyenyak je tido.. my lit' princess dah 6 hari..

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

Aisya Zafierah hari pertama dilahirkan - 3.15 kg

No comments: