Sunday, May 16, 2010
selamat hari guru =)
selamat hari guru kepada semua guru.. guru tak kira secara formal atau tidak.. ilmu yang disampaikan tu sangat bernilai. kepada guru2 di sekolah, matrik, U dan tak lupa juga guru di sekolah memandu, jasamu dikenang. terima kasih =)
Friday, May 14, 2010
Jawatan Kosong!!!
Assalamualaikum..
kepada kawan2 sekalian,Siapa2 berminat untuk apply job dengan CP Malaysia di bawah Asia Aquaculture Farm dan Processing Plant bagi jawatan Technician, Admin, QA dan QC bolehlah hantar resume anda ke HQ CP atau email saja. memang tak diiklankan tapi my x-big boss cakap boleh apply anytime sebab mmg diperlukan. buka www.cp-malaysia.com utk address. Head Office - Aquaculture Business Group tau =)
Maklumat tambahan, job nih utk ladang ternakan dan kilang pemprosesan. tapi utk position admin tu tak semestinya ada basic akua.
good luck =)
Thursday, May 13, 2010
kesayanganku...
ni namanya comel.. si kura2 yang me bela dari kecik.. tgk si comel besar duit 50 sen ja masa mula2 me jaga.. masa nih dh sem last kat UMT.. tahun 2008. comel nih manja sangat, klu tiap kali me mandikan, dia tau2 ja dan suka pulak tu. pastu dia suka sangat makan. tapi comel tak suka makanan semulajadi..dia makan pellet ja... tu yg me susah hati kalau nak lepaskan comel, mesti tak boleh nak hidup..hobi comel lak jalan2 dalam umah. nih abah la yang ajar. comel bising2 dalam akuarium abah angkat dia letak atas lantai. pastu comel pun jalan2, pusing2 dalam umah. bila dh penat baru dia diam. pastu skrg ni memang dia akan bising2 la nak kuar dari akuarium tu..
lagi satu, comel suka berkawan dengan Ciko.. ciko nih si kucing yang comel jugak. manja nya mengalahkan baby! huhu.. bila comel bising2, ciko akan jenguk kat akuarium comel. kalau comel kat luar akuarium, mesti akan gi dekat dgn ciko. apa yang dorang borak pun tak tahu..paham ke ciko dgn bahasa comel? hehehe...
ha..! ni la comel skrg.. dah besar dah.. satu tapak tangan me pun dah tak muat badan comel.. kalau nak mandikan dia, punya la degil nak gerak sana sini.. comel..comel.. yang ni lak si ciko, teman baik comel. me sayang sangat ciko dan comel.. ada lagi sekor, si Jimi yang manja mengalahkan Ciko (sebab jimi muda dari ciko). tapi gambar si jimi takdak lak.. jimi pun comel.. bulu putih, mata lak kaler lain2. nanti me upload kan.
sebenarnya.. me rindukan mereka semua huhuhu... nak balik umah!!!! =(
Friday, May 7, 2010
kesibukan <<('.')>>
sibuk..sibuk..sibuk.. huhuhu..
tak tahu la macam mana nak uruskan masa, rasa macam dah semakin tak cukup masa ja sekarang ni. balik ja dari kursus kenegaraan tu, kerja berlambak-lambak nak kena setel. macam-macam ada huhu!
tak sampai seminggu dok kat ofis, dapat surat untuk kursus lain pulak. ada lagi, seminar pengembangan dan bengkel usahawan IAT menyusul. tapi sebab dah clash masa, seminar pengembangan tu terpaksa ganti orang lain.
minggu ni jugak sibuk setel kan kerja-kerja pembangunan untuk usahawan baru dan juga untuk Program Mempelbagai 2009. banyak nak kena buat. dah pun masuk pertengahan tahun.. sekejap ja rasanya..
minggu depan 11-12hb ada exam jabatan lak. nak study apa pun tak tahu. rasa macam malas ja nak study tapi kang tak lulus lak huhu.. rasa cam nak pergi bercuti panjang tapi tak boleh lagi la nampaknya =(
kesibukan...kesibukan.. huhu!

Wednesday, April 28, 2010
Kursus Kenegaraan @ BTN =)

seminggu berada di johor.. ari ni me dah start masuk office balik.. well, bukan senang nak dapatkan mood bekerja balik huhuhu.. ok, me tak nak crita pasal kerja..me nak cerita pasal kursus kenegaraan atau BTN yang me hadiri selama 5 hari (22-26 april 2010) di Savannah Hill, ulu tiram, johor.
first of all, siapa yang cakap BTN tu bosan? siapa yang rasa BTN tu buang masa? me tau ramai yang bersangka negatif kan pasal BTN.. tapi, serius me cakap, rugi sangat2 siapa yang tak pergi BTN nih.. lain rasanya bila remaja dan dewasa nih tau..
masa kat BTN banyak sangat ilmu yang me dapat... tambah2 dapat mengimbau balik perit jerih dan deritanya pejuang2 kita untuk dapatkan kemerdekaan.. yang paling me tak boleh tahan, tengok movie HATI MALAYA 1957... sebelum nih macam tak berapa nak tengok pun cerita macam tu..tapi bila dah tengok, tak sedar air mata pun mengalir.. huhuhu...
LDK.. banyak berbincang dengan fasi..serius me tak suka politik.. me tak minat politik. tapi bila terbuka minda tentang perpaduan kaum.. ya, politik tu penting.. negara perlukan politik yang stabil untuk terus maju dan kekal aman. kalau ada yang kata BTN gunakan isu politik untuk raih undi atau nak racun fikiran ke apa ke, me tak berapa nak setuju. sebab bila berbincang pasal politik, fasi memang profesional..takda sangat nak sentuh bab2 yang sensitif tapi lebih kepada memahami apa tu politik yang sebenarnya.
masa LDK pengukuhan lagi la sedih.. terasa macam mana susahnya nak menjaga negara daripada anasir jahat.. macam mana susah payah kami semua nak selamatkan kepingan kertas yang dicantumkan dan ditulis nama kami semua daripada dirampas oleh fasi..biar kena simbah dgn air, kena tarik, tapi kami tetap selamatkan kertas tu.. masa tu dah tak kira dah panas berhimpit dalam bulatan semata-mata nak cover each other.. tak kira kaum.. tak kira agama.. kuatnya perpaduan kami masa tu...tapi di dunia realiti..me juga tertanya-tanya bolehkah begitu?
so kepada yang tak pergi lagi BTN..pergilah.. me harap BTN nih bukan ja kepada kakitangan kerajaan, tapi kepada semua golongan terutamanya remaja..supaya mereka lebih memahami negara dan bersedia untuk menjaga maruah negara.. sayang..negara kita merdeka tapi semakin lama semakin hilang semangat merdeka tu.. dengan BTN nih la semangat tu akan kembali... dan akan rasa sayangkan malaysia.. =)

Subscribe to:
Posts (Atom)