Monday, January 17, 2011

Jangan Boros!

masa single mingle dulu rasa tak terbeban pun dengan masalah kewangan.. nak shopping boleh kata tutup sebelah mata je walaupun dah habis beratus ringit.. (sebab tak ada kawalan huhu..) pendek kata boros bukan main lagi.

bila dah dekat-dekat nak kawin mula la rasa banyak benda nak beli, itu dan ini nak disediakan tambah2 yang belanja kawin guna duit sendiri, lagi la terasa keperluan duit tu. kalau tak menyimpan dari awal memang sangat susah dan pilihan yang ada apa lagi selain buat pinjaman bank. cuba elakkan yer..

kemudian dah kawin.. mula2 tak terasa sangat la belanja sana sini..almaklumlah, tengah honeymoon.. nak habiskan masa bersama, hujung minggu tengok wayang, keluar makan, keluar jalan2.. shopping sama2 dan macam2 lagi aktiviti yang dibuat bersama. jadi banyak juga wang yang dibelanjakan tanpa sedar..

dah lama sikit kawin.. mula la rasa "alamak.. kena kawal perbelanjaan nih".. mula la rasa " kita kena buat pengurusan kewangan yang bijak nih".. huhu.. serik dah boros! nih baru berdua.. kalau dah ada 2-3 orang tambahan ahli keluarga nanti macam mana? dah tak boleh nak boros2 dah nih..

beringat la wahai teman2 sekalian, walau sebesar mana pun pendapatan kita, kalau dah boros dan tak berbelanja dengan berhemah alamatnya mula la akan ada masalah kewangan... jadi sebelum terlambat, jangan boros! silalah berjimat cermat dan menyimpan untuk masa depan anda dan keluarga okeh! =)


** p/s kawan-kawan yang rancang nak kawin boleh mula menyimpan yer hehe.. =P

Monday, January 10, 2011

jawatan kosong

jawatan kosong

sila la memohon jika berminat..

info dari kawan2 =)

good luck!

Wednesday, December 15, 2010

PJJ...

Di awal perkahwinan kena banyak bersabar.. kena banyak belajar untuk memahami dan yang paling penting kena saling mempercayai..

Tambahan lagi kalau PJJ... PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh.. lagi banyak cabaran.. banyak suka duka.. yang sukanya bila hujung minggu dapat jumpa, yang dukanya bila nak balik huhu..

Tapi, mesti ada gak bagusnya PJJ ni.. bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. ada la tu hikmahnya kan? susah-susah dulu..senang-senang kemudian.. setiap pengorbanan pasti akan berbalas kebahagiaan.. insyaAllah..

to my hubby.... i'll always love you! =)

Friday, December 3, 2010

Selera menyelerakan =)

Makan..makan..makan.. huhu.. sesekali ‘crush diet’ rasa puas hati gak hehe =P tapi lepas tu kena la berdiet balik, kalau tak.. berat pun naik la mendadak. Nak ke? Tak nak la… Nih me nak bercerita pasal makan-makan. Sejak dua menjak nih, me suka sangat makan lamb chop… rasa kambing tu walaupun tak berapa nak ok bagi sesetengah orang, tapi sedapnya tu memang kalah daging lembu. Yummy!

Minggu nih saja dah 3 kali me makan lamb chop… boleh kata setiap bulan paling kurang sekali la. Nih tak ada kena mengena dengan mengidam, tapi lebih kepada kesukaan ok hehe.. =P jadi, oleh sebab me dah suka makan lamb chop nih, pergi mana-mana ja mesti me akan cari kedai makan yang ada hidangkan lamb chop. Banyak dah kedai me cuba, tapi rasa lamb chop nya biasa-biasa ja.. dari Kota Bharu, Terengganu, KL, Kedah, Perlis semuanya rasa ok la..


Tapi ada satu tempat nih di Manjung, Perak… lamb chop yang terbaik! Sedap, cukup masak dan memang yummy! City Kopitiam, nama restoren tu.. mulanya Nampak macam biasa-biasa ja.. tapi dia punya hidangan memang terbaik la. My hubby cakap steak yang dihidangkan pun taraf hotel 5 bintang.. waa… baik punya promote kan hehe =P



City Kopitiam, Manjung, Perak


Jadi kawan-kawan, cubalah rasa jika berkesempatan ke Manjung ye.. jangan lupa cuba skali ‘Tea C Special’.. ala-ala 3 layer tea.. memang sedap digandingkan dengan lamb chop.. Pendek kata menyelerakan la. Kalau siapa-siapa dah suka berjalan, memang tak lengkap kalau tak cari kedai makan yang best kan? Nih namanya jalan-jalan cari makan =)

Sunday, October 31, 2010

Kekasih Halal... =)





Majlis Sambut Menantu di rumah pihak lelaki.. 24 Oktober 2010, Klang, Selangor..