BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU..
DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU..
ALLAH MAHA MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK.
i love myself,
so i wouldn't let anyone to hurt me again, neva.
i love myself,
so, don't u ever dare to come closer if u want to disappoint me.
i love myself,
i'll do anything i want to make myself happy, so don't stop me.
i love myself,
i'm everything i am, if u don't like it just go away.
apabila ditanya pasangan yang bagaimanakah yang korang impikan, me yakin korang akan jawab ' yang sempurna' semestinya kan? pernah tak korang terpikir.. apa ertinya pasangan yang sempurna tu? adakah seseorang yang memenuhi kehendak? seseorang yang cukup terbaik untuk korang?
dari aspek berpasangan, kesempurnaan itu pada pendapat ramai mungkin boleh dikatakan dari segi rupa, kerjaya atau mungkin juga peribadi. namun, sedar atau tidak, untuk mendapat kesempurnaan yang kita kehendaki itu adalah satu kesukaran yang nyata kerana 'nobody is perfect'. kalau ada pun, mungkin one in the million.
kita sering saja melihat pasangan2 yang 'tidak seimbang' dari segi luarannya. contoh, lelaki handsome vs perempuan biasa2, perempuan cantik vs lelaki biasa2 dan lelaki/perempuan berkerjaya vs perempuan/lelaki kurang berkerjaya. dan dengan mudahnya kita akan melabelkan pasangan tersebut sebgai tidak sempurna. bagaimana pula bagi pihak mereka sendiri? teliti kisah berikut:
kisah 1 (lelaki handsome vs perempuan biasa2)
" I berkahwin dengan A sudah hampir 2 tahun. kami telah dikurniakan dengan sepasang anak kembar. ya, memang A orangnya biasa2 saja, tidak menarik. namun dia cukup membahagiakan. dia telah menjadikan I suami dan ayah yang sangat bahagia dengan family yang sempurna. I just love her"
kisah 2 (perempuan berkerjaya vs lelaki kurang berkerjaya)
" I sayangkan B.. dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Memang ramai yang menetang sebab I ada kerjaya yang melebihi B. tapi orang tak tahu yang B dah banyak bagi I sokongan dan semangat untuk I selama ni. dia sentiasa ada untuk I, sayangkan I. He completes my life after all"
Berdasarkan kisah2 ni, boleh dikatakan kesempurnaan pasangan itu bukanlah hanya sekadar pada zahiriah dan fizikal. mungkin ramai yang akan memilih pasangan yang cantik/handsome, berkerjaya, bijak dan sebagainya. namun ada sesuatu yang melebihi erti 'sempurna' itu sendiri iaitu 'menyempurnakan'.
"kita tidak perlu mencari seseorang yang sempurna untuk kita, tetapi kita perlu mencari seseorang yang dapat menyempurnakan hidup kita"
Oleh itu, tidak perlu kita mengejar yang sempurna pada pandangan mata kasar sahaja, tetapi nilaikanlah dengan yang dapat menyempurnakan kita untuk kebahagiaan hidup yang berkekalan. tapi kalau dapat yang sempurna dan menyempurnakan.. Alhamdulillah =)
Peristiwa 1:
Me beli sehelai baju. Harga yang ditunjukkan memang ok so me pun tanpa ragu2 nak beli baju tu. Tapi bila sampai kat cashier harganya tak sama. lagi mahal. so me pun argue la dengan cashier tu. last2 kena gi kat customer service. Puncanya dorang salah letak tag. Diskaun dah tak dak dah tapi tag tak bukak lagi. so setel.
Peristiwa 2:
Me beli barang2 berikut:
-Storage box saiz sedang2 (1)
- Yogurt Dutch Lady (2)
- Telur (30 bijik)
- Mamee Monster (2 paket besar)
- Mamee Slurp (1 paket)
- Sabun Basuh (2 paket)
- Syampu Head & Shoulder (1)
- Perapi Head & Shoulder (1)
- Colgate (combo)
- Soflan 2L (1)
sampai ja kat kaunter me pun tunggu nak bayar. kira2 semua jumlahnya agak memeranjatkan la jugak..
Cashier: Semua RM 92.47 kak.
Me: Ha? betul ke ni.. tengok balik.
Cashier: Betul dah.
Tetiba me teringat colgate combo yang harganya tu murah (RM7.50).
Me: Colgate ni brapa ek?
Cashier: RM 13.24.
Me: Eh, saya tengok kat tag RM7.50 ja. semuanya combo, sebab tu saya amik.
cashier tu pun sibuk memanggil staf yang jaga bahagian tu. Pastu me pun teringat nak tanya harga barang2 lain.
Me: Syampu ni lak brapa? perapinya? telur? sabun?
Cashier: Syampu RM19.00..
Me: Eh, kat tag tulis RM16.90. camna lak boleh jadi harga lain?
cashier tu pun sekali lagi panggil orang untuk semak. dan kaunter tu pun stuck sebab masalah yang dihadapi. semak punya semak, cashier tu cakap syampu tu dorang salah letak tag. tu untuk syampu head & shoulder jenis yang lain. colgate lak harga RM13.24 bila scan. tapi bila taip kod, harga jadi RM7.50. so camna? me dah mula nak bengang dah (my housemate cakap me nampak agak kerek gak tambah2 me pakai glasses lak time tu..huhu).
Me: saya nak harga yang kat tag. kalau harga lain saya tak nak la. tak jadi beli.
Cashier tu pun panggil manager dia. apa yang dorang buat tah la, last2 me dapat gak harga yang kat tag tu. lama gak la me tunggu nak setel. last2 baru la kena dengan bajet me sebab sebelum nak bayar tu, me dah bajet2 kena brapa rm dah. setel.
Moral of the story...
1. Bila korang nak beli barang, tengok harga betul2, then bajet2 la brapa RM yang nak kena bayar nanti kat kaunter. so korang boleh agak2 la kalau ada kesilapan teknikal.
2. Kalau dah bayar, semak resit tu.. ramai yang tak semak, kadang2 ada ja yang silap tapi tak sedar. betul x?
3. Jangan malas nak bertanya kat cashier tu kalau ada sebarang keraguan. tu hak korang sebagai pengguna hehe..
Selamat Membeli Belah =)
Alhamdulillah.. dah makin pulih sket idup me sekarang ni. 2-3 hari yang sangat memenatkan dah berlalu. walaupun hujung minggu nih me kena bekerja, kira ok la sebab outstation. So boleh gak me lupakan kejap ofis tu. Pheww.. ada beberapa hal lagi yang tak setel ni tapi me harap sangat everything's gonna be fine. Me rasa me pn dah ok... Biasa la, masa 'jiwa kacau' sket tu memang la nak merapu tah apa apa tah huhuhu..
So now, time to release.. tak sabarnya nak gi bercuti.. tu baru la boleh nak betul2 release huhuhu..
"Jika kita sayangkan seseorang, kita perlu melepaskannya pergi.. dan jika dia kembali untuk bersama kita, maka itu bererti dia sememangnya ditakdirkan untuk kita"
hmm.. korang mesti pernah atau selalu dengar ayat ni kan.. memang betul, sakit untuk melepaskan. tapi bila dengan rela kita melepaskan, Alhamdulillah.. semuanya kembali ok. kita dah tak perlu pikirkan lagi pasal hati, kita dah boleh lupakan apa yang terjadi. tapi sebenarnya kita selalu akan terlupa sesuatu.. kita tak pikirkan bahagian kedua ayat tu. "jika dia kembali.."
sekarang kalau orang yang kita lepaskan tu kembali.. apa yang patut kita buat? terima semula? beri peluang kedua? atau biarkan saja, sebab dia dah tak bermakna? huuu.. soal hati.. memang merumitkan kan..hurm.. =I
first of all, tq korie sebab sudi buat makan2 untuk kami =) and sorry la korang sebab me sampai lewat (me gi open house umah bos dulu hehe). walaupun bukan 1 batch yang datang, tapi dapat berkumpul sket2 ni pun kira cam reunion dah. lama gak tak jumpa dengan korang semua.. bila jumpa teringat lak zaman study kat UMT dulu. rindu.. huhuhu..
hopefully, pasni boleh jumpa korang lagi.. doa me, semoga kita semua akan mencapai apa yang kita impikan selama ni. kalau nak kawin jemput2 ek =P
Sepi itu indah...
Di kala sepi, aku hanya sendiri
Mengenali hati yang sukar ditafsiri
Di saat datangnya sepi,
Diriku kian mengerti...
Sepi itu indah...
Sepi memberiku ketenangan
Sepi mengajarku erti kesabaran
Sepi membawaku kepada kedamaian..
Usah dikesali segala yang terjadi
Khilaf itu bukannya abadi
Dan sepi, mengubahku ke satu dimensi
Supaya aku akan lebih mengerti...
Sepi itu indah...
Sepi mendekatkan aku kepadaNya
Sepi membuatku tidak lagi bertanya
Sepi mengajakku akur akan ketentuanNya...
Sepi itu indah...
***** Hakcipta terpelihara aVissaWella86*******
me suka tengok filem syurga cinta.. banyak kali jugak me ulang tengok, sebabnya me sukakan skrip filem tu. dan ayat yang me paling suka ialah berkenaan kategori jodoh.. jom kita teliti..
Kategori Jodoh:
1. Jodoh syaitan adalah apabila lelaki & perempuan yang saling suka mula berpegangan tangan dan membuat maksiat, lalu lahirlah anak hasil zinanya. akhirnya mereka dinikahkan.
2. Jodoh jin adalah apabila salah seorang membomohkan orang yang mereka suka untuk membuatkan si dia jatuh hati, lalu mereka bernikah.
3. Jodoh Allah adalah apabila si lelaki dan perempuan yang saling menyayangi lalu menyalurkan rasa cinta mereka dengan bernikah.
So hopefully kita semua akan mendapat jodoh yang terbaik.. iaitu Jodoh Allah.. =)
Apa itu suka? Apa itu serasi? Yang pasti, suka dan serasi adalah 2 perkara yang berbeza. Korang mungkin pernah sukakan seseorang tetapi pernah tak korang terpikir adakah korang serasi dengannya?
Cuba teliti situasi ini:
1. Pilih seseorang yang kita ada perasaan suka tapi tak berapa nak serasi
2. Pilih seseorang yang serasi dengan kita tapi tak ada perasaan suka sangat
Perasaan suka tu mungkin lahir dari sifat atau ciri fizikal yang ada pada seseorang tu. Suka juga mungkin kerana kita tertarik padanya disebabkan memiliki apa yang kita mahukan. Dari perasaan suka ni mula la akan lahir perasaan2 lain seterusnya.. korang pun boleh agak kan. Tapi serasi tu pulak adalah kesesuaian, kesepadanan atau lebih senang harmoni. Ini termasuk la dari segala segi dan aspek samada perasaan, perhubungan, perbuatan atau perlakuan.
Bagi me, keserasian tu penting.. bukan senang untuk lahirnya keserasian ni. bak kata orang putih 'chemistry' tu.. kalau tak serasi pun susah gak.. perasaan suka dan sayang tu boleh dipupuk kan.. tapi keserasian? serasi ni bukannya boleh dibuat2.. ia datang sendiri. kita akan tau kita serasi bila kita selesa dan berasa senang dengannya..
Bak kata member me si Ekei "keserasian will make both of u look good and picture perfect, keserasian gak akan buat komunikasi akan jadi lebih berkesan, apa2 urusan mudah nk setelkan.. keserasian boleh menghilangkan perasaan jemu/bosan. in short, keserasian = great fun" =)
Tapi ramai yang salah paham antara suka dan serasi, dan ramai yang memilih apa yang disukai terlebih dahulu. Biasa la, bila hati dah suka ni semua benda pun dah jadi blur kan? Jadi, ramai yang akan end up dengan perpisahan yang alasannya 'Tidak Serasi". Sedangkan dari mula lagi aspek keserasian ni memang tak dititikberatkan pun..
Jadi, sebelum membuat apa2 keputusan lebih elok sekiranya korang berfikir sejenak dengan tindakan yang akan korang nak ambik. Buat la pilihan yang terbaik untuk diri korang.. sukai lah seseorang yang serasi dengan korang =)
2 tahun yang lepas me praktikal kat Pulau Sayak sebagai seorang pelajar.. tak sangka 4 hari yang lepas, me kembali ke Pulau Sayak sebagai kakitangan jabatan lak hehe.. actually, me kat Pulau Sayak tu untuk Kursus Kemahiran Komunikasi dan Pengucapan Awam. Best kursus ni sebab penceramah pun best, banyak maklumat yang me dapat. Yang tak bestnya me tertinggal laptop so tak boleh la nak online =(
Well, Pulau Sayak tak banyak berubah pun.. Sama cam dulu.. suasananya, persekitarannya.. Me rindu sangat kenangan kat Pulau Sayak ni. bila dah ada kat Pulau Sayak, rasa cam kembali muda lak hehe.. Yang menjadi kegemaran me masa zaman praktikal dulu tu mestilah gi makan Mee Udang kat gerai atas bukit. Kalau dah ke Pulau Sayak ni, tak lengkap kalau tak makan mee udang tau (walaupun harga sekarang dah naik jadi RM8 sepinggan!) tapi rasanya lebih kurang macam dulu jugak la.. terubat rindu =)
Bagi yang tak tahu, Pulau Sayak ni dekat ja dengan Pantai Merdeka. me sempat la jugak gi Pantai Merdeka kelmarin. Dah ada kemajuan sikit dah, semakin cantik. Lepas ni kalau ke situ lagi tak la bosan sangat. tak lama lagi food court pun dah nak siap dah. kira ok la tu kan..