Tuesday, April 29, 2014

Testimoni Nutriwhite Cleanser Dan Collagen Shaklee

Testimoni Nutriwhite Cleanser Dan Collagen Shaklee
 
Bila customer puas hati, me senang hati. Alhamdulillah dapat membantu ramai orang dengan Shaklee. Me nak kongsikan kebaikan Shaklee dengan semua. Jangan risau, me dah jadi tester sendiri supaya me tau apa rasa, kesan dan yang terbaik untuk dicadangkan kepada anda.
Semoga bermanfaat =)
 
#pencucimuka #sayajualshaklee #shakleeputrajaya #nutriwhitecleanser #collagen
 

Friday, April 25, 2014

Kenapa Perlu Makan Bawang Putih???

Siapa tak kenal bawang putih yang sememangnya sedap dijadikan sebagai bahan tumis dalam masakan. Roti yang disalut minyak bawang putih lepas tu dicicah dengan sup cendawan pun sangat yummy kan??? Memang tak menjadi masakan kalau tak ada bawang putih ni.. Haa.. Siapa tak makan bawang puti rugi sangat tau.. Tahu tak apa kaitan Bawang Putih dengan Sel Darah Putih? Klu nak tahu jom kita selidik ya =)
 
Bawang Putih

 
Berikut merupakan fungsi-fungsi semulajadi bagi bawang putih.. Wow, sangat menarik ni. Bukan sikit khasiat bawang putih yang ramai tak tahu.. Ok teruskan membaca:
 
 
1. Mengurangkan risiko strok
  • Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok

2. Mengurangkan risiko kanser
  • Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser
 
3. Anti bakteria dan antivirus
  • Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya
 
4. Antiinflamasi
  • Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis
 
5. Mengandungi banyak iodin
  • Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid
 
6. Membantu sistem pencernaan
  • Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan
 
7. Meningkatkan sistem imunisasi
  • Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor
 
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
  • Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung
 
*******
 
Ok sekarang kita tengok pula berkenaan Sel Darah Putih:
 
Sel Darah Putih
 
 

Sel darah putih, leukosit (bahasa Inggris: white blood cell, WBC, leukocyte) adalah sel yang membentuk komponen darah. Sel darah putih ini berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit infeksi sebagai sebahagian dari sistem kekebalan tubuh. Sel darah putih tidak berwarna, memiliki inti, dapat bergerak secara amoebeid, dan dapat menembus dinding kapiler/diapedesis.
 
 
*********
 
Haa... Nampak tak apa key word di situ? Bawang Putih dan Sel Darah Putih kedua-duanya Meningkatkan sistem imunisasi. Allahuakbar! Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita kan? Bawang Putih yang biasa kita lihat hari-hari dan kadang-kadang kita buangkan saja itulah yang sangat berkhasiat.
 
Jadi, lepas ni jom kita amalkan makan bawang putih ya. Kalau boleh semua masakan kita letak bawang putih. Kalau nak makan seulas mentah-mentah pun boleh saja, lagi bagus. Nak lagi mudah ambil saja Garlic Complex Shaklee ni:
 
 
 

 
Berminat? Hubungi kami segera ya =)
 
Amy (ID: 929625)
SMS/WA: 0174336075
 

Tuesday, April 22, 2014

Hebat Sangat Ke Vivix Shaklee?

Vivix memang hebat!
Dapat panggilan daripada customer melalui blog yang bertanyakan Vivix. Katanya dah banyak testimoni best dan cerita2 hebat berkenaan Vivix yang beliau dengar. Betul, Vivix memang HEBAT dan terbaik!
Nak awet muda, cegah kanser dan kesihatan menyeluruh boleh cuba Vivix. Rasanya sangat sedap. 1 sudu sehari memang tak puas minum. Memang tak rugi cuba Vivix tau (^_^)
Jom jaga kesihatan dan kecantikan jom!
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075

 ------- ORDER NOW ------- 
#sayajualshaklee #setkulitcantik #awetmuda #shakleeputrajaya #vivix #antipenuaan

Monday, April 21, 2014

Cabaran 7 hari =)

Photo Challenge by Mami Hadha untuk 7 hari ni. In sya Allah, I'll follow hehe.. =)
 

Saturday, April 19, 2014

Vitamin C Shaklee Ada Bunga Mawar????

Tau tak Vitamin C Shaklee mengandungi ekstrak Bunga Mawar?

Ya, Bunga Mawar atau Rose ni merupakan kandungan yang terdapat dalam ramuan SR Vita C Shaklee. Siapa tak tahu Rose memang dah terkenal sangat dengan khasiatnya terutama dalam bidang kosmetik dan kecantikan ni. Wow.. Vitamin C bergabung dengan Rose.. awesome!

Patutlah kulit jadi cantik dan mulus ja makan Vitamin C Shaklee ni. Ha.. rugi siapa tak cuba. Dah lah murah sangat harganya cuma RM92.50 sahaja untuk 6 bulan. Ya, 6 bulan tau! khasiatnya memang tak padan harga. Tak nak cuba ke??? PM sekarang ok! ;)

Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075

#sayajualshaklee #setkulitcantik #vitaminc #shakleeputrajaya


Friday, April 18, 2014

Doa Bagi Memohon Perlindungan Daripada Segala Bahaya Dan Mudarat

Doa Bagi Memohon Perlindungan Daripada Segala Bahaya Dan Mudarat
 
Jom kita amalkan. In sya Allah, semoga kita sentiasa di bawah perlindunganNya =)

Wednesday, April 16, 2014

5 Perkara Jangan Kepada Anak Kecil

Sebagai ibu bapa dan bakal ibu bapa memang kena ambil tahu dunia kanak-kanak tak kiralah melalui pembacaan, kursus atau forum. Kali ni me nak kongsikan 5 Perkara Jangan Dibuat Kepada Anak Kecil. Yelah, zaman bujang berblog pasal cerpen, perasaan dan kerjaya. Dah jadi mak budak ni nak berblog pasal anak-anak la pulak =)
 
Alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat me dah jadi parents. Anak-anak pun sebaya ja dengan anak-anak me. Yang belum ada rezeki pun jangan berhenti berharap.. in sya Allah,  perancangan Allah tu terbaik. Bagi yang dah ada anak, jom lah kita jaga anak-anak kita sebaiknya. Mereka harta kita. Harta dunia akhirat nanti.. in sya Allah.
 
Ok, jom me kongsikan apa yang jangan tu (Peringatan untuk diri sendiri juga) stay read! ;P
 
 
1. JANGAN ABAIKAN
 
Sekarang ni ramai ibu yang bekerjaya. Kalau dulu bapa saja yang kerja tapi disebabkan tuntutan ekonomi ibu juga bekerja. Masa di pejabat atau di tempat kerja 8 jam lebih. Awal-awal pagi lagi dah 'berpisah' dengan anak, lewat petang atau malam baru berjumpa semula. Agak-agak apa perasaan anak kita? Masa baru-baru dapat baby dan habis cuti bersalin kan kita rasa rindu membuak-buak kan pada baby bila dah masuk kerja. Macam tu juga lah perasaan anak-anak. Jadi kenapa bila balik rumah ja anak-anak tu tidak dihiraukan? Anak panggil kita cakap "penatlah!", anak nak kita ajar dia atau ajak main permainan kita cakap "nak tengok tv lah!" Sedihnya anak bila kita tak hiraukan dia.. Hentikan.. Jangan abaikan anak..  kesian sangat.. terganggu emosi anak-anak kita.
 
 
2. JANGAN MARAH / TENGKING
 
Ada sesetengah ibu bapa yang suka memarahi anak-anak walaupun kesalahan kecil yang dilakukan. Marah atau menengking bukanlah jalan terbaik untuk membuatkan anak mendengar cakap. Seperti yang me pernah kongsikan sebelum ni dalam topik Anak Mengamuk memang sangat tak sesuai memarahi anak kecil yang belum mengerti sepenuhnya. Marah, tengking dan sewaktu dengannya akan membuatkan anak menjadi lebih 'Keras' dan lagi susah nak mendengar kata. Percayalah! 
 
 
3. JANGAN PUKUL
 
Selalu me tengok ada ibu bapa yang memukul anak di khalayak ramai. Jangan sahabat, memukul anak terutama di depan orang ramai akan membuatkan anak berasa malu dan hilang keyakinan diri. Bayangkan kita dimarah, dipukul di depan umum. Agak-agak kita rasa best tak?
 
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
 
 
 
4. JANGAN BANDINGKAN
 
Jika anak masih kecil mungkin juga anak belum kisah jika dirinya dibanding-bandingkan dengan rakan seusia ataupun saudara mereka. Walaupun begitu, anak kecil juga punyai perasaan... tau apa itu sayang, apa itu marah. Jika anak dibanding-bandingkan, sedikit sebanyak apa yang ibu bapa cakapkan itu akan mengganggu emosinya.
 
Contoh " Apa lah abang ni, tengok adik lagi pandai, dengar cakap mama. Abang tak nak dengar pun."
 
Semestinya anak kecil akan terpengaruh dengan apa yang kita cakapkan walaupun sekadar ucapan. Tapi kan apa yang kita cakap tu doa.. kalau dah selalu sebut dan bandingkan anak-anak rasanya tak patut kot.. Jadi, jangan bandingkan.
 
 
 
5. JANGAN TURUTI
 
Anak-anak kecil menangis nak kan sesuatu itu adalah perkara biasa, dan normal bagi yang seusia dengannya. Cuma sebagai ibu bapa, kitalah yang kena pujuk dan fahamkan anak kecil tu. Jangan sesekali kita turutkan sahaja semua kemahuan anak sehinggakan jadi membazir atau tidak perlu pun. Jangan terlalu menuruti kehendak anak. Ya, anda perlu ada ketegasan tetapi ketegasan yang dalam kelembutan. In sya Allah, anak akan faham.
 
 
oklah, sekian sahaja yang me nak kongsi kali ni. Semoga bermanfaat ya! =)
 
Salam sayang,
Amy
 

Ketika Menghadapi Kesukaran..

Bismillah..

"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”

Maksudnya “Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Agak terkejar-kejar Subuh tadi hantar anak ke rumah pengasuh Jam 5.30 am.. sempat naik ERL dan Checked in walaupun ada masalah teknikal. Berkat "Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim" sepanjang jalan.. Alhamdulillah.

Jom kita amalkan =)

Saturday, April 12, 2014

Nak Cuba Minyak Ikan?

Omega Guard - Minyak Ikan Terbaik!
 
Rasanya ramai dah tahu fungsi minyak ikan terutama untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas kan. Ia juga sangat elok untuk semua lapisan umur. Tapi pastikan minyak ikan yang diambil adalah semulajadi, selamat dan berkesan macam Omega Guard Shaklee ni =)
 
In sya Allah,  Omega Guard dapat membantu anda. Jom cuba! =)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
#sayajualshaklee #omegaguard #minyakikan #shakleeputrajaya
 

Testimoni Set Mengandung Shaklee

Bertenaga Dengan Set Mengandung Shaklee =)
 
Walaupun mengandung, badan tak letih, sihat dan paling penting ibu happy sepanjang tempoh mengandung. Me kongsikan testimoni set mengandung ni untuk semua. Sis yang cuba Set ni memang tak menyesal pilih Shaklee. Jom sihat dan cergas dengan Shaklee!
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
#sayajualshaklee #setmengandung #shakleeputrajaya
 

Thursday, April 10, 2014

Apa Nak Buat Bila Anak Mengamuk???

 
 
 
Pernah tak anda menghadapi situasi anak mengamuk di khalayak ramai? Kalau tak di tempat umum pun, di rumah sendiri. Me pasti ramai yang pernah merasai situasi ni. Lagi-lagi bukan seorang tapi 2 orang anak sekaligus buat perangai, memang sakit kepala kan? 

Situasi ni juga disebut sebagai "Temper Tantrum" atau luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri pada kanak-kanak. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Jadi apa yang perlu anda buat? Marah? Pujuk? Pukul anak?
 
Apa yang me nak kongsikan ni adalah daripada pembacaan dan juga pengalaman me sendiri ya. Memang me bukannya pakar pun tapi me dah cuba cara ni dan berkesan. Mungkin juga caranya berbeza dengan orang lain tapi sedikit sebanyak boleh membantu anda yang menghadapi situasi yang sama buat kali pertama. So, here we go:
 
Apa yang perlu anda buat apabila anak mengamuk?

1. Beri perhatian

Ya, anda kena beri perhatian kerana anak mengamuk selalunya disebabkan mereka mahukan perhatian. Fokuskan kepada apa sebenarnya yang mereka nak atau apa yang membuatkan mereka tidak selesa. Please, jangan fokus kepada handphone anda saja tau! Anak anda akan rasa tidak dihargai kerana anda lebih memberikan tumpuan kepada perkara lain. Makanya, sesi mengamuk akan terjadi lagi dan lagi.

2. Beri pujukan

Anak-anak kalau dah menjerit menangis memang nak dipujuk. Pujuklah, beritahu mereka perkara yang positif. Jangan biarkan mereka terus menangis sendiri. Please, jika anda tidak hiraukan mereka maka sesi mengamuk tu akan menjadi semakin lama dan semakin teruk. Ramai yang biarkan anak mengamuk begitu saja tanpa cuba memujuk. Malah, ada yang terus tak pedulikan pun. Kesiannya anak tu..

3. Beri pelukan

Semasa anak sedang berguling-guling di lantai, membaling barangan atau menjerit-jerit, terus ambil dan peluk sambil usap lembut kepala mereka. Bisikan di telinga mereka supaya jangan begitu. Pengalaman me sendiri, apabila me peluk Aisya yang sedang berguling-guling kat lantai tu memang dia akan jadi slow.. at least dia dah tak berguling-guling kat lantai tu walaupun mulutnya menjerit dan masih menangis. Pelukan ibu menenangkan.. betul tak?

4. Bercakap lembut

Siapa tak rasa nak marah bila tengok anak mengamuk kan tambah-tambah kita penat bekerja. Opss! Anda perlu kawal perasaan anda kerana apabila anda marah, anda akan bercakap kasar dengan anak. Percayalah, anak yang sedang mengamuk tak akan mendengar langsung apa yang anda cakap dalam keadaan marah. Malahan mereka sendiri akan berasa marah juga dengan keadaan tegang tu. Ada kalanya, mereka pun menengking anda sepertimana anda menengking mereka. Pernah tak terjadi kepada anda? Kalau pernah, hentikan marah-marah ok.

5. Cuba alihkan perhatian

Kadang-kadang anak yang menangis ni kerana nak kan sesuatu seperti mainan yang memang dah ada atau benda lain yang membuatkan mereka tertarik. Anda boleh cuba alihkan perhatian mereka dengan perkara lain yang mereka juga suka. Contohnya, Aisya mengamuk nak beli Kinder Joy yang memang dah dibeli. Jadi me cuba alihkan perhatian Aisya dengan mengajak dia mencari CD Frozen (Walaupun dah beli dah cd tu) supaya dia 'lupa' Kinder Joy. Lepas tu apa lagi, tinggalkan tempat tu secepat mungkin sebelum dia mengamuk balik. Alhamdulillah, selalunya menjadi taktik ni =P

6. Bersabar

Memang apabila situasi anak mengamuk ni terjadi, batas kesabaran kita sebagai ibu bapa ni akan teruji sangat-sangat. Banyakkan bersabar.. Anak tu masih kecil dan tak faham apa pun yang dibuatnya. Kita sebagai dewasa lah yang perlu banyak bersabar dan bertolenrasi. Agak-agak nak hilang sabar tu, minta pasangan ambil alih keadaan tu. Ya, kerjasama ibu bapa adalah sangat perlu dalam mengawal keadaan anak. Me pun bukannya seorang yang penyabar sangat pun. Tapi sejak Aisya dah pandai bercakap, dah pandai tunjuk protes, me secara sendiri akan ingatkan diri me supaya bersabar.
 
Ingatlah kawan-kawan semua.. kita ni ibarat cermin kepada anak-anak kita. Apa yang kita buat, itulah yang akan mereka akan buat. Melenting kita, melentinglah mereka. Baik kita, baiklah mereka. Semoga apa yang me kongsikan ni memberi manfaat kepada anda. In sya Allah, anak-anak tu pembawa rezeki kepada kita. Amanah Allah untuk kita jaga dan sayang selamanya =) 
 
Salam sayang,
Amy 
 

Sunday, April 6, 2014

Lobak Merah Moden Untuk Kesihatan Mata Anda!

Lobak Merah Moden???? Apa tu?
 
Haa.. itulah Carotomax Shaklee. Vitamin yang kaya dengan Vitamin A untuk kesihatan mata. Carotomax sangat sinonim dengan masalah rabun mata. Bukan setakat itu, malahan Carotomax mempunyai banyak lagi khasiat yang pasti membuatkan anda semua teruja!
 
Lihat sahaja 1 hidangan Carotomax bersamaan dengan beberapa makanan lain yang sememangnya dalam kuantiti yang besar dan memberi kebaikan untuk badan anda =)
 
Apa yang Carotomax boleh bantu anda? Jom kita kongsi:
 
Mempertingkatkan penglihatan :
Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata. 
 
Meredakan penyakit kulit :
Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne. 
 
Melawan kanser dan oksidasi:
Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida
 
Menghalang Infeksi:
Melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
 
Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi.
 
Carotomax sangat sesuai bagi anda yang nak mencuba untuk mengurangkan masalah rabun. Sekurang-kurangnya kita berusaha kan. Tak rugi pun untuk menjadikan Carotomax sebagai makanan tambahan =)
 
Hubungi kami segera untuk konsultansi terbaik ya!  (^_^)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
#sayajualshaklee #Carotomax #shakleeputrajaya
 

Kenapa Ostematrix Best?

Ostematrix sebagai rutin =) Sebelum tidur, makan 4 biji Ostematrix ni. Kalau rasa banyak sangat 4 biji, boleh ambil 2 biji siang dan 2 biji sebelum tidur.
 
Paling best, bangun pagi badan segar ja dan tak sakit belakang atau sengal-sengal badan dah. Kalau yang ada sembelit, elok sangatlah amalkan Oste ni. Terutama bagi kaum ibu yang mengandung, ibu berpantang dan sesiapa saja yang tak nak ada masalah tu lagi. Ostematrix ni memang best!
 
Jom cuba Ostematrix jom! =)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 

CoqHealth Plus Untuk Diabetes???

Ramai yang bertanya CoqHealth tu apa dan apa fungsinya?
 
Sebelum ni me ada kongsikan berkenaan CoqHealth yang membantu menjana kesihatan jantung. Selain daripada itu, CoqHealth ni ada banyaaakkkk lagi fungsinya yang dapat membantu meningkatkan kesihatan menyeluruh.
 
Antara fungsi lain yang jelas adalah membantu mengawal Diabetes. Sejak awal CoqHealth diperkenalkan kepada umum, me telah memberikan CoqHealth ni kepada mak me untuk dicuba. Mak memang ada kencing manis dan bacaannya 12. Agak tinggi juga kan.. Selepas sebulan (habis sebotol) mak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan bacaannya menurun kepada 9. Alhamdulillah!
 
Sejak itulah CoqHealth ni menjadi supplemen wajib untuk mak. Sehari 1 biji sahaja dan membuatkan mak lebih bertenaga dan tak letih seperti sebelum ni (tak kira pesakit diabetes atau sesiapa sahaja yang berusia sebenarnya mengalami masalah letih dan lesu).
 
Jadi, me cadangkan kepada anda semua untuk menjadikan CoqHealth ni sebagai makanan tambahan. Bukan saja untuk jantung,  diabetes dan tenaga;  CoqHealth lebih daripada itu.
 
Berminat nak mencuba atau menghadiahkan CoqHealth kepada yang tersayang? Hubungi kami segera ya! =)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
#sayajualshaklee #coqhealth #kesihatanjantung #diabetes
 

Thursday, April 3, 2014

Pencuci Muka Paling Best - Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Memang best!!!
 
Siapa nak cuba pencuci muka yang boleh membersih, mencerahkan, menggebukan dan melembapkan kulit muka sekaligus???
 
Dah la best, jimat pula tu sebab sekali beli tahan 9-10 bulan. Kualitinya sama macam pencuci muka jenama terkenal yang harga 3-4 kali ganda tau. Semula jadi, berkesan dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Nak cuba???  WA / SMS sekarang ya! =)
 
Amy ( ID : 929625 )
WA / SMS : 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
#sayajualshaklee #shakleeputrajaya #nutriwhitecleanser
 

Wednesday, April 2, 2014

Macam Mana Nak Banyakkan Susu Badan???

Alahai comelnya baby ni!  Tengok orang pegang baby rasa macam nak pulak tambah baby lagi hehe.. tapi opps! Hold dulu.. anak kedua me, Ammar baru ja masuk 1 tahun 2 bulan. Kesian pula nanti nak kena berebut macam dia dengan kakaknya dulu, Aisya yang bezanya cuma 1 tahun 2 bulan je hehe..

Alhamdulillah, Ammar masih menyusu badan. Aisya dulu sampai 7 bulan ja dah stop.. maybe masa tu sebab me baru ja pregnant Ammar. Ilmu penyusuan pun sangatlah kurang, al-maklumlah anak pertama huhu..

Ramai juga yang tanya me macam mana nak banyakkan dan nak maintain susu badan supaya dapat dibuat stok, paling tidak pun dapat dibekalkan kepada anak mencukupi setiap hari. Oklah, kali ni me nak berkongsi macam mana nak banyakkan susu badan berdasarkan pengalaman me sendiri ya =)

Actually ada banyak cara nak banyakkan susu yang me sendiri amalkan dan Alhamdulillah memang berhasil! Jom me kongsikan:
 
 1. Petua Tradisional
  • Urutan payu dara oleh bidan yang berpengalaman memang sangat membantu terutama bagi kaum ibu yang mengalami masalah susu tersumbat atau aliran tidak lancar. Kalau rasa susu malu-malu nak keluar tu janganlah malu nak pergi berurut tau.
  • Selalulah mengamalkan tuaman tuala panas atau tungku kain lembut pada sekitar payu dara sebab akan menggalakan pengaliran susu lebih lancar.
 
2. Pemakanan Harian
  • Kurma, Madu, Habbatus sauda, Lobak putih, Sawi antara makanan yang memang merangsang pengeluaran susu. Jadi, pastikan dalam menu harian ada diselitkan dengan makanan ni ya.
  • Air suam sekurang-kurangnya 2L sehari tak boleh tinggal. Wajib!
  • Me juga amalkan minum horlick dan nestum 3 in 1 sebagai minum pagi. memang cepat ja penuh susu =)
 
3. Jadual Mengepam
  • Pastikan anda mengepam setiap 3 jam sekali atau direct breastfeeding anak supaya payu dara dapat dikosongkan sekerap mungkin. Lagi kerap dikosongkan lagi banyak susu dihasilkan tau =)
  • Kalau nak hasil melimpah ruah boleh mengepam di waktu tengah malam atau awal pagi. Memang hasilnya lumayan sangat sebab masa ni hormon yang menghasilkan susu tengah aktif dan badan kita pun dalam keadaan relax.. cubalah kalau belum cuba ok.
 
4. Makanan Tambahan (Supplement)
  • Yang ni me memang tak tinggal. Selain cara-cara di atas, me juga mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sebagai milk booster me sepanjang tempoh penyusuan. Alhamdulillah memang berkesan untuk me. Paling best susu maintain dan badan bertenaga. Me cuma guna set basic ESP + Alfalfa + Ostematrix saja =)


5. Disiplin  
  • Haaa... ni paling penting walaupun no.5 sebab tanpa disiplin untuk melakukan semua kat atas tu memang tak dapat lah nak tolong! Jadi apa-apa pun anda perlu mendisiplinkan diri dengan pemakanan seimbang, jadual megepam dan juga supplement supaya anda dapat hasil yang terbaik.


Semoga perkongsian me kali ni dapat membantu anda semua. In sha Allah, jika kita berusaha pasti akan membuahkan hasil... jika kita ada penyakit 'M' dan tidak konsisten memang tak berhasil la walaupun dah cuba macam-macam cara. Jangan berputus asa ok??
 
Salam sayang,
Amy
 

Promosi April 2013 - Ostematrix Shaklee!!!

.............................................................
 
 
Nampaknya Shaklee menawarkan produk yang memang marvellous untuk kaum wanita secara berturut-turut ni.. Bulan lepas ESP Shaklee, bulan ni Ostematrix pula. Haih.. rugi lah kalau tak rebut peluang nak jadi sihat dan cantik! =)
 
 Mai! mai! Promosi Ostematrix beli 6 percuma 1 dah bermula sehingga 30 April 2014 ni saja tau, lepas tu promosi produk lain pula. Harga Ostematrix ni cuma RM61 untuk kegunaan sehingga 2 bulan. Kalau nak jimat bolehlah beli terus 1 Set Ostematrix ni dapat percuma 1 lagi. Untung! Nak lagi jimat? Jom daftar jadi ahli Shaklee untuk nilai yang lebih berbaloi-baloi. Jom! Jom!
 
Nak tahu Ostematrix untuk apa? Me kongsi kat entry Ostematrix  =)
 
Berminat? Hubungi kami segera ya!
  
Amy (ID: 929625)
WA/SMS: 017-436075
Pengedar Sah Shaklee