Pernah tak anda menghadapi situasi anak mengamuk di khalayak ramai? Kalau tak di tempat umum pun, di rumah
sendiri. Me pasti ramai yang pernah merasai situasi ni. Lagi-lagi bukan seorang tapi 2 orang anak sekaligus buat perangai, memang sakit kepala kan?
Situasi ni juga disebut sebagai "Temper Tantrum" atau luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri pada kanak-kanak. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Jadi apa yang perlu anda buat? Marah? Pujuk? Pukul anak?
Apa yang me nak kongsikan ni adalah daripada pembacaan dan juga pengalaman me sendiri ya. Memang me bukannya pakar pun tapi me dah cuba cara ni dan berkesan. Mungkin juga caranya berbeza dengan orang lain tapi sedikit sebanyak boleh membantu anda yang menghadapi situasi yang sama buat kali pertama. So, here we go:
Apa yang perlu anda buat apabila anak mengamuk?
1. Beri perhatian
Ya, anda kena beri perhatian kerana anak mengamuk selalunya disebabkan mereka mahukan perhatian. Fokuskan kepada apa sebenarnya yang mereka nak atau apa yang membuatkan mereka tidak selesa. Please, jangan fokus kepada handphone anda saja tau! Anak anda akan rasa tidak dihargai kerana anda lebih memberikan tumpuan kepada perkara lain. Makanya, sesi mengamuk akan terjadi lagi dan lagi.
2. Beri pujukan
Anak-anak kalau dah menjerit menangis memang nak dipujuk. Pujuklah, beritahu mereka perkara yang positif. Jangan biarkan mereka terus menangis sendiri. Please, jika anda tidak hiraukan mereka maka sesi mengamuk tu akan menjadi semakin lama dan semakin teruk. Ramai yang biarkan anak mengamuk begitu saja tanpa cuba memujuk. Malah, ada yang terus tak pedulikan pun. Kesiannya anak tu..
3. Beri pelukan
Semasa anak sedang berguling-guling di lantai, membaling barangan atau menjerit-jerit, terus ambil dan peluk sambil usap lembut kepala mereka. Bisikan di telinga mereka supaya jangan begitu. Pengalaman me sendiri, apabila me peluk Aisya yang sedang berguling-guling kat lantai tu memang dia akan jadi slow.. at least dia dah tak berguling-guling kat lantai tu walaupun mulutnya menjerit dan masih menangis. Pelukan ibu menenangkan.. betul tak?
4. Bercakap lembut
Siapa tak rasa nak marah bila tengok anak mengamuk kan tambah-tambah kita penat bekerja. Opss! Anda perlu kawal perasaan anda kerana apabila anda marah, anda akan bercakap kasar dengan anak. Percayalah, anak yang sedang mengamuk tak akan mendengar langsung apa yang anda cakap dalam keadaan marah. Malahan mereka sendiri akan berasa marah juga dengan keadaan tegang tu. Ada kalanya, mereka pun menengking anda sepertimana anda menengking mereka. Pernah tak terjadi kepada anda? Kalau pernah, hentikan marah-marah ok.
5. Cuba alihkan perhatian
Kadang-kadang anak yang menangis ni kerana nak kan sesuatu seperti mainan yang memang dah ada atau benda lain yang membuatkan mereka tertarik. Anda boleh cuba alihkan perhatian mereka dengan perkara lain yang mereka juga suka. Contohnya, Aisya mengamuk nak beli Kinder Joy yang memang dah dibeli. Jadi me cuba alihkan perhatian Aisya dengan mengajak dia mencari CD Frozen (Walaupun dah beli dah cd tu) supaya dia 'lupa' Kinder Joy. Lepas tu apa lagi, tinggalkan tempat tu secepat mungkin sebelum dia mengamuk balik. Alhamdulillah, selalunya menjadi taktik ni =P
6. Bersabar
Memang apabila situasi anak mengamuk ni terjadi, batas kesabaran kita sebagai ibu bapa ni akan teruji sangat-sangat. Banyakkan bersabar.. Anak tu masih kecil dan tak faham apa pun yang dibuatnya. Kita sebagai dewasa lah yang perlu banyak bersabar dan bertolenrasi. Agak-agak nak hilang sabar tu, minta pasangan ambil alih keadaan tu. Ya, kerjasama ibu bapa adalah sangat perlu dalam mengawal keadaan anak. Me pun bukannya seorang yang penyabar sangat pun. Tapi sejak Aisya dah pandai bercakap, dah pandai tunjuk protes, me secara sendiri akan ingatkan diri me supaya bersabar.
Ingatlah kawan-kawan semua.. kita ni ibarat cermin kepada anak-anak kita. Apa yang kita buat, itulah yang akan mereka akan buat. Melenting kita, melentinglah mereka. Baik kita, baiklah mereka. Semoga apa yang me kongsikan ni memberi manfaat kepada anda. In sya Allah, anak-anak tu pembawa rezeki kepada kita. Amanah Allah untuk kita jaga dan sayang selamanya =)
Salam sayang,
Amy
No comments:
Post a Comment