Sebagai ibu bapa dan bakal ibu bapa memang kena ambil tahu dunia kanak-kanak tak kiralah melalui pembacaan, kursus atau forum. Kali ni me nak kongsikan 5 Perkara Jangan Dibuat Kepada Anak Kecil. Yelah, zaman bujang berblog pasal cerpen, perasaan dan kerjaya. Dah jadi mak budak ni nak berblog pasal anak-anak la pulak =)
Alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat me dah jadi parents. Anak-anak pun sebaya ja dengan anak-anak me. Yang belum ada rezeki pun jangan berhenti berharap.. in sya Allah, perancangan Allah tu terbaik. Bagi yang dah ada anak, jom lah kita jaga anak-anak kita sebaiknya. Mereka harta kita. Harta dunia akhirat nanti.. in sya Allah.
Ok, jom me kongsikan apa yang jangan tu (Peringatan untuk diri sendiri juga) stay read! ;P
1. JANGAN ABAIKAN
Sekarang ni ramai ibu yang bekerjaya. Kalau dulu bapa saja yang kerja tapi disebabkan tuntutan ekonomi ibu juga bekerja. Masa di pejabat atau di tempat kerja 8 jam lebih. Awal-awal pagi lagi dah 'berpisah' dengan anak, lewat petang atau malam baru berjumpa semula. Agak-agak apa perasaan anak kita? Masa baru-baru dapat baby dan habis cuti bersalin kan kita rasa rindu membuak-buak kan pada baby bila dah masuk kerja. Macam tu juga lah perasaan anak-anak. Jadi kenapa bila balik rumah ja anak-anak tu tidak dihiraukan? Anak panggil kita cakap "penatlah!", anak nak kita ajar dia atau ajak main permainan kita cakap "nak tengok tv lah!" Sedihnya anak bila kita tak hiraukan dia.. Hentikan.. Jangan abaikan anak.. kesian sangat.. terganggu emosi anak-anak kita.
2. JANGAN MARAH / TENGKING
Ada sesetengah ibu bapa yang suka memarahi anak-anak walaupun kesalahan kecil yang dilakukan. Marah atau menengking bukanlah jalan terbaik untuk membuatkan anak mendengar cakap. Seperti yang me pernah kongsikan sebelum ni dalam topik Anak Mengamuk memang sangat tak sesuai memarahi anak kecil yang belum mengerti sepenuhnya. Marah, tengking dan sewaktu dengannya akan membuatkan anak menjadi lebih 'Keras' dan lagi susah nak mendengar kata. Percayalah!
3. JANGAN PUKUL
Selalu me tengok ada ibu bapa yang memukul anak di khalayak ramai. Jangan sahabat, memukul anak terutama di depan orang ramai akan membuatkan anak berasa malu dan hilang keyakinan diri. Bayangkan kita dimarah, dipukul di depan umum. Agak-agak kita rasa best tak?
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
4. JANGAN BANDINGKAN
Jika anak masih kecil mungkin juga anak belum kisah jika dirinya dibanding-bandingkan dengan rakan seusia ataupun saudara mereka. Walaupun begitu, anak kecil juga punyai perasaan... tau apa itu sayang, apa itu marah. Jika anak dibanding-bandingkan, sedikit sebanyak apa yang ibu bapa cakapkan itu akan mengganggu emosinya.
Contoh " Apa lah abang ni, tengok adik lagi pandai, dengar cakap mama. Abang tak nak dengar pun."
Semestinya anak kecil akan terpengaruh dengan apa yang kita cakapkan walaupun sekadar ucapan. Tapi kan apa yang kita cakap tu doa.. kalau dah selalu sebut dan bandingkan anak-anak rasanya tak patut kot.. Jadi, jangan bandingkan.
5. JANGAN TURUTI
Anak-anak kecil menangis nak kan sesuatu itu adalah perkara biasa, dan normal bagi yang seusia dengannya. Cuma sebagai ibu bapa, kitalah yang kena pujuk dan fahamkan anak kecil tu. Jangan sesekali kita turutkan sahaja semua kemahuan anak sehinggakan jadi membazir atau tidak perlu pun. Jangan terlalu menuruti kehendak anak. Ya, anda perlu ada ketegasan tetapi ketegasan yang dalam kelembutan. In sya Allah, anak akan faham.
oklah, sekian sahaja yang me nak kongsi kali ni. Semoga bermanfaat ya! =)
Salam sayang,
Amy
No comments:
Post a Comment