Tuesday, October 6, 2009

.:. Sepi Itu Indah .:.


Sepi itu indah...

Di kala sepi, aku hanya sendiri

Mengenali hati yang sukar ditafsiri

Di saat datangnya sepi,

Diriku kian mengerti...


Sepi itu indah...

Sepi memberiku ketenangan

Sepi mengajarku erti kesabaran

Sepi membawaku kepada kedamaian..


Usah dikesali segala yang terjadi

Khilaf itu bukannya abadi

Dan sepi, mengubahku ke satu dimensi

Supaya aku akan lebih mengerti...


Sepi itu indah...

Sepi mendekatkan aku kepadaNya

Sepi membuatku tidak lagi bertanya

Sepi mengajakku akur akan ketentuanNya...

Sepi itu indah...


***** Hakcipta terpelihara aVissaWella86*******  


Monday, October 5, 2009

Kategori Jodoh


me suka tengok filem syurga cinta.. banyak kali jugak me ulang tengok, sebabnya me sukakan skrip filem tu. dan ayat yang me paling suka ialah berkenaan kategori jodoh.. jom kita teliti..

Kategori Jodoh:

1. Jodoh syaitan adalah apabila lelaki & perempuan yang saling suka mula berpegangan tangan dan membuat maksiat, lalu lahirlah anak hasil zinanya. akhirnya mereka dinikahkan.

2. Jodoh jin adalah apabila salah seorang membomohkan orang yang mereka suka untuk membuatkan si dia jatuh hati, lalu mereka bernikah.

3. Jodoh Allah adalah apabila si lelaki dan perempuan yang saling menyayangi lalu menyalurkan rasa cinta mereka dengan bernikah.

So hopefully kita semua akan mendapat jodoh yang terbaik.. iaitu  Jodoh Allah.. =)

Sunday, October 4, 2009

Teman Tapi Mesra???


Me sebenarnya dah lama nak post topik ni.. me rasa ramai yang ada 'teman tapi mesra' kan? Sesetengah orang memandang negatif bila disebut teman tapi mesra.. seolah2 ada skandal kata dorang. Tapi tengok juga la dari aspek apa kan..

Kalau seseorang tu berstatus single, mungkin tak ada masalah pun kalau mempunyai teman tapi mesra. tapi kalau dah berpunya, mungkin akan menimbulkan masalah. Korang sendiri suka ke pasangan korang ada teman tapi mesra? hehehe..

Tapi sebelum tu.. apa yang korang tau pasal teman tapi mesra ni? ada yang anggap teman tapi mesra ni seperti couple, cuma tak declare ja. ada yang kata teman tapi mesra ni kawan yang rapat dengan kita, tanpa ada perasaan cintan cintun pun tapi very close. ada gak yang paham teman tapi mesra ni seperti bestfriend. Dan ada gak yang letakkan teman tapi mesra ni sebagai skandal huhuhu..

Bagi yang single, berteman ni tak ada hal la kan. Yelah, mempunyai seorang teman yang boleh kita share anything kan sesuatu yang menyenangkan. Tapi sejauh mana hubungan tu hanya korang sendiri la yang dapat menilai kan. Baik dan buruknya hubungan sebagai teman tapi mesra tu terpulang pada korang sendiri.

Macam me, me anggap teman tapi mesra tu hanyalah sebagai teman yang very close to me. Bukan couple, bukan skandal, dan bukan juga yang sewaktu dengannya. Me selesa, serasi dan boleh berkongsi apa saja dengan dia. Tu la teman tapi mesra me =P tapi kalau dah ada perasaan2 cintan cintun tu bukan teman tapi mesra dah.. tu dah nak jadi istilah lain.. tu teman lelaki namanya =D

Tapi tak mustahil jugak teman tapi mesra ni akan jadi pasangan hidup kita kan? What will be, will be.. So kalau korang nak berteman tapi mesra, jangan nak salah gunakan dah la. Apa2 pun semuanya bergantung pada niat.. kan? =)

Saturday, October 3, 2009

SUKA atau SERASI?


Apa itu suka? Apa itu serasi? Yang pasti, suka dan serasi adalah 2 perkara yang berbeza. Korang mungkin pernah sukakan seseorang tetapi pernah tak korang terpikir adakah korang serasi dengannya?

Cuba teliti situasi ini:

1. Pilih seseorang yang kita ada perasaan suka tapi tak berapa nak serasi

2. Pilih seseorang yang serasi dengan kita tapi tak ada perasaan suka sangat

Perasaan suka tu mungkin lahir dari sifat atau ciri fizikal yang ada pada seseorang tu. Suka juga mungkin kerana kita tertarik padanya disebabkan memiliki apa yang kita mahukan. Dari perasaan suka ni mula la akan lahir perasaan2 lain seterusnya.. korang pun boleh agak kan. Tapi serasi tu pulak adalah kesesuaian, kesepadanan atau lebih senang harmoni. Ini termasuk la dari segala segi dan aspek samada perasaan, perhubungan, perbuatan atau perlakuan.

Bagi me, keserasian tu penting.. bukan senang untuk lahirnya keserasian ni. bak kata orang putih 'chemistry' tu.. kalau tak serasi pun susah gak.. perasaan suka dan sayang tu boleh dipupuk kan.. tapi keserasian? serasi ni bukannya boleh dibuat2.. ia datang sendiri. kita akan tau kita serasi bila kita selesa dan berasa senang dengannya..

Bak kata member me si Ekei "keserasian will make both of u look good and picture perfect, keserasian gak akan buat komunikasi akan jadi lebih berkesan, apa2 urusan mudah nk setelkan..  keserasian boleh menghilangkan perasaan jemu/bosan. in short, keserasian = great fun" =)

Tapi ramai yang salah paham antara suka dan serasi, dan ramai yang memilih apa yang disukai terlebih dahulu. Biasa la, bila hati dah suka ni semua benda pun dah jadi blur kan? Jadi, ramai yang akan end up dengan perpisahan yang alasannya 'Tidak Serasi". Sedangkan dari mula lagi aspek keserasian ni memang tak dititikberatkan pun..

Jadi, sebelum membuat apa2 keputusan lebih elok sekiranya korang berfikir sejenak dengan tindakan yang akan korang nak ambik. Buat la pilihan yang terbaik untuk diri korang.. sukai lah seseorang yang serasi dengan korang =)

Thursday, October 1, 2009

Back to Pulau Sayak =)


2 tahun yang lepas me praktikal kat Pulau Sayak sebagai seorang pelajar.. tak sangka 4 hari yang lepas, me kembali ke Pulau Sayak sebagai kakitangan jabatan lak hehe.. actually, me kat Pulau Sayak tu untuk Kursus Kemahiran Komunikasi dan Pengucapan Awam. Best kursus ni sebab penceramah pun best, banyak maklumat yang me dapat. Yang tak bestnya me tertinggal laptop so tak boleh la nak online =(


Well, Pulau Sayak tak banyak berubah pun.. Sama cam dulu.. suasananya, persekitarannya.. Me rindu sangat kenangan kat Pulau Sayak ni. bila dah ada kat Pulau Sayak, rasa cam kembali muda lak hehe.. Yang menjadi kegemaran me masa zaman praktikal dulu tu mestilah gi makan Mee Udang kat gerai atas bukit. Kalau dah ke Pulau Sayak ni, tak lengkap kalau tak makan mee udang tau (walaupun harga sekarang dah naik jadi RM8 sepinggan!) tapi rasanya lebih kurang macam dulu jugak la.. terubat rindu =)


Bagi yang tak tahu, Pulau Sayak ni dekat ja dengan Pantai Merdeka. me sempat la jugak gi Pantai Merdeka kelmarin. Dah ada kemajuan sikit dah, semakin cantik. Lepas ni kalau ke situ lagi tak la bosan sangat. tak lama lagi food court pun dah nak siap dah. kira ok la tu kan..


Tetiba me teringat satu pepatah.. "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" Maknanya, kita tak kan lupa kan sesebuah tempat yang kita pernah berada apatah lagi kalau banyak kenangan kita di situ.. So, sekali sekali kalau ada masa, pergi la melawat atau berkunjung ke tempat yang pernah kita pergi dan telah tinggalkan.. mungkin tak berapa penting, tapi satu masa nanti kita akan rasa kerinduan pada tempat tu =)