Saturday, March 26, 2011

menyalahkan org lain..tolonglah jangan!

assalamualaikum.. tak mau cakap panjang2, tak mau cakap banyak.. entri kali nih pasal perangai atau peel orang yang suka menyalahkan orang lain. memang agak emosi sikit me kali nih.. tapi tak kira nak post jugak! (memang dah namanya blog untuk post hehehe..)

me rasa bukan me seorang saja yang menghadapi situasi ni, orang lain mungkin lebih kerap berjumpa dengan spesis orang macam ni, yang suka menyalahkan orang lain dan tak reti nak mengaku kesalahan diri. biar la apa orang kata, spesis orang macam ni akan tetap salahkan orang lain atas kesalahan yang terang-terangan berpunca daripada dirinya sendiri.

contohnya sesuatu perkara yang dibuat oleh dirinya sendiri. dahla apabila menyalahkan orang lain tu dah memalukan, ditambah pula dengan ayat2 tak best seolah-olah dirinya langsung tak ada kena mengena dengan perkara tu.. padahal yang memulakan dan terlibat secara langsung dengan sesuatu perkara tu adalah dirinya sendiri juga. hai... macam mana la boleh jadi macam ni?

satu lagi apabila membuat sesuatu kerja dalam berpasukan. tolonglah jangan menyalahkan orang lain sekiranya berlaku masalah. dah namanya berpasukan, naik turun bersama-sama la. ini nak salahkan orang ni, nak salahkan orang tu.. jangan nak lepaskan diri, orang lain yang kena.. tolonglah jangan!

mungkin orang macam ni hanya Allah saja yang boleh menyedarkan mereka. Sama-sama la kita berdoa semoga spesis orang macam ni dah tak wujud lagi. Amin...

ps: rasanya orang boleh terima sekiranya ditegur secara baik kan?

Friday, March 4, 2011

Bersyukur dengan nikmat-Nya

Alhamdulillah..

tak kira suka atau tidak dengan sesuatu yang kita perlu atau terpaksa hadapi, kita sepatutnya bersyukur.. ya, dengan apa saja kurniaan Allah..pastinya akan membawa kebaikan walaupun pada mulanya terasa berat untuk kita hadapi.. percayalah pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

kadang-kadang me rasa agak kecewa dengan sikap sesetengah orang kita yang menyalahkan orang lain, menyalahkan itu ini dan yang paling teruk menyalahkan takdir dengan apa yang menimpanya. tak sedarkah itu semua ketentuan Allah? mungkin itu dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. mungkin juga ada salah dan silapnya dari pihak diri sendiri?

itu yang ditimpa musibah..yang mendapat nikmat pula ada yang lupa diri. bangga dengan apa yang dicapai, riak dengan apa yang diperoleh.. apa lagi jika kejayaan itu ditunjuk-tunjuk kepada orang dan dibanding-bandingkan. tolonglah sedar, sampai bila nak berlagak? Allah boleh beri dan tarik balik sekelip mata saja semua itu..

kesimpulannya, bersyukurlah kita dengan nikmat-Nya..baik dan buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya.. insyaAllah =)



Monday, January 17, 2011

Jangan Boros!

masa single mingle dulu rasa tak terbeban pun dengan masalah kewangan.. nak shopping boleh kata tutup sebelah mata je walaupun dah habis beratus ringit.. (sebab tak ada kawalan huhu..) pendek kata boros bukan main lagi.

bila dah dekat-dekat nak kawin mula la rasa banyak benda nak beli, itu dan ini nak disediakan tambah2 yang belanja kawin guna duit sendiri, lagi la terasa keperluan duit tu. kalau tak menyimpan dari awal memang sangat susah dan pilihan yang ada apa lagi selain buat pinjaman bank. cuba elakkan yer..

kemudian dah kawin.. mula2 tak terasa sangat la belanja sana sini..almaklumlah, tengah honeymoon.. nak habiskan masa bersama, hujung minggu tengok wayang, keluar makan, keluar jalan2.. shopping sama2 dan macam2 lagi aktiviti yang dibuat bersama. jadi banyak juga wang yang dibelanjakan tanpa sedar..

dah lama sikit kawin.. mula la rasa "alamak.. kena kawal perbelanjaan nih".. mula la rasa " kita kena buat pengurusan kewangan yang bijak nih".. huhu.. serik dah boros! nih baru berdua.. kalau dah ada 2-3 orang tambahan ahli keluarga nanti macam mana? dah tak boleh nak boros2 dah nih..

beringat la wahai teman2 sekalian, walau sebesar mana pun pendapatan kita, kalau dah boros dan tak berbelanja dengan berhemah alamatnya mula la akan ada masalah kewangan... jadi sebelum terlambat, jangan boros! silalah berjimat cermat dan menyimpan untuk masa depan anda dan keluarga okeh! =)


** p/s kawan-kawan yang rancang nak kawin boleh mula menyimpan yer hehe.. =P

Monday, January 10, 2011

jawatan kosong

jawatan kosong

sila la memohon jika berminat..

info dari kawan2 =)

good luck!

Wednesday, December 15, 2010

PJJ...

Di awal perkahwinan kena banyak bersabar.. kena banyak belajar untuk memahami dan yang paling penting kena saling mempercayai..

Tambahan lagi kalau PJJ... PJJ = Perkahwinan Jarak Jauh.. lagi banyak cabaran.. banyak suka duka.. yang sukanya bila hujung minggu dapat jumpa, yang dukanya bila nak balik huhu..

Tapi, mesti ada gak bagusnya PJJ ni.. bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. ada la tu hikmahnya kan? susah-susah dulu..senang-senang kemudian.. setiap pengorbanan pasti akan berbalas kebahagiaan.. insyaAllah..

to my hubby.... i'll always love you! =)