Tuesday, July 30, 2013

Promosi! Promosi! ESP Shaklee Bessssttttttt!

Assalamualaikum,
 
Rasanya ramai dah tau kot ESP dah kehabisan stok? Power sangat ESP ni yang memang dah terbukti dan berkesan dengan bermacam kebaikan tu.. Oh ya, kali nih me nak promosi ESP ni kepada kawan-kawan semua dengan harga istimewa.. InsyaAllah, stok ESP akan ada pada awal Ogos ni. Jadi kawan-kawan boleh order terus dan buat pembayaran macam biasa. Bila stok dah ada Shaklee akan terus pos sehingga ke depan pintu rumah kawan-kawan semua hehehe =P
 
Jangan risau.. atas permintaan ramai ESP akan kembali 'available' soon. Jom kita tengok-tengok balik apa best sangat ESP ni ek?

(klik untuk besarkan imej)
 
 
Jomlah cuba ESP hari ni. Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan =)

Balik kampung yeay!

Tuesday, July 23, 2013

Santapan Minda =)

"Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
 Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 
 
Rezeki ada di mana-mana,
datang tanpa diduga, tepat pada masa,
yang penting usaha dan tawakkal."

Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst

Assalamualaikum...

Me nak kongsi satu lagi produk yang me suka sangat... VCO atau minyak kelapa dara versi moden =)
Kalau nak tau VCO ada banyak sangat kebaikan.. Antara yang paling ketara kesannya:


 - Kulit sentiasa lembut/ lembap
- Menghilangkan parut jerawat / strech mark
- Meningkatkan Kadar Metabolisma dan melegakan sembelit
- Kurang letih dan sentiasa bertenaga
- Melegakan pernafasan dan kurangkan dengkur
- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
- Mudah bersalin (minyak kelapa dara salah satu petua mudahkan bersalin)

 
 
Berminat untuk mencuba VCO? Hubungi saya untuk tempahan =)
 

Wednesday, July 17, 2013

Shaklee: Meal Shakes Memang Terbaik!!!


Assalamualaikum semua!

Salam ramadhan.. Moga-moga hari ni terus bersemangat untuk berpuasa ya. Lagi seronok kalau anak-anak pun bersemangat nak berpuasa sama kita kan? InsyaAllah, berilah dorongan dan semangat kepada mereka mesti bertahan puasa tu. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya =)
 
Kali ni me nak kongsi lagi satu produk ‘hot ‘ Shaklee iaitu Meal Shakes. Kalau dilihat banyak sangat khasiat MS ni.. kat gambar di bawah ni me dah ringkaskan serba sikit kelebihan MS. Jom kita tengok sama-sama ya:
 

 
(klik untuk besarkan imej)
 
 
Ha.. kalau nak tau MS ni sangat baik jika dijadikan makanan tambahan untuk anak-anak berumur 1 tahun ke atas. Paling baik khasiatnya sebagai ‘meal replacement’ yang kaya dengan nutrisi. Kalau anak-anak yang tak berapa nak lalu makan eloklah diberi MS ni.. InsyaAllah dapat la jugak menampung kelompongan nutrisi akibat kurang makan. Selera makan anak pun akan bertambah tau jika konsisten ambil MS ni.
 
Selain itu, anak-anak yang selalu demam, sakit, selsema dan lemah badan juga elok diamalkan minum MS yang dapat membantu sistem imun. MS nih kaya dengan protein jadi pembentukan semula sel dalam badan tu cepat. Anak-anak pun cergas ja sepanjang hari. Kalau ada anak-anak yang mengalami masalah sembelit pun elok juga diamalkan kerana MS kaya dengan serat larut. Di samping itu, tumbesaran anak pun elok ja dengan bantuan MS.
 
Eh.. MS bukan untuk kanak-kanak saja tau. Untuk seisi keluarga juga sangat sesuai. Kalau dewasa pun sangat elok minum MS ni terutama ibu mengandung yang perlukan nutrisi tambahan. MS ni mengenyangkan, jadi kepada yang berdiet elok sangatlah ambil MS sebagai supplement dan sarapan atau ‘meal replacement’ setiap pagi/ptg/mlm. Kalau diamalkan, InsyaAllah akan mendapat kesan baik pada kulit kerana MS ni ada Vit-B, zat besi dan copper untuk pembentukan darah merah jadi muka pun akan berseri-seri hehehe!
 
Jomlah cuba Meal Shakes ni.. tak rugi pun sebab satu bekas MS ni boleh tahan 2 bulan lebih. Untuk kanak-kanak hanya 1 sudu cukup sekali saja sehari boleh campur dalam apa-apa minuman kegemaran kecuali kafein. Untuk dewasa pula 2 sudu sehari tapi kalau nak satu saja pun dah cukup =)
 
Nak cuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk tempahan =)

Amy (ID:929625)
WA/SMS: 017-4336075
Pengedar Sah Shaklee
 
 
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
 

Shaklee: ESP Memang Terbaik!!!


Assalamualaikum semua!

Sebelum ni me ada kongsikan kenapa me suka ESP kan? Tu sikit ja yang me kongsikan.. sebenarnya ESP ni banyak lagi kelebihan dan khasiatnya.. jom kita kongsi kat bawah ni:


 

 (klik untuk besarkan imej)

Kepada yang masih belum mencuba dan teragak-agak.. jom lah cuba =)

Nak cuba produk Shaklee? Hubungi:
Amy (ID: 929625)
Tel: 017-4336075




 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Thursday, July 11, 2013

Kenapa me suka ESP Shaklee?


 Kenapa me suka ESP Shaklee? Secara umumnya..


ESP - Soy Protein Isolate Powder
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


Khasiat ESP Shaklee:


• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Secara khususnya...
ESP telah membantu me dalam mengekalkan tenaga sepanjang hari dan menambah kualiti dan kuantiti ebm me =) Sebenarnya me baru saja mencuba produk Shaklee ni tak sampai sebulan pun... itupun secara kebetulan saja sebab me ada outstation dan perlu tinggalkan anak.

Mulanya saja nak cuba untuk pekatkan ebm (Alhamdulillah me tak ada masalah production sangat) memandangkan kualiti ebm macam semakin kurang (cair sikit) jadi me cubalah esp ni. Baru 2 minggu minum esp ni secara konsisten dah nampak hasilnya. Ebm dah semakin pekat dan lagi menterujakan me kuantiti pun bertambah lebih 4 Oz dari biasa (selalu 12 Oz sekali pam sekarang dah 16 Oz). Mana la tak teruja dan terus daftar jadi ahli sebab me nak kongsi kebaikan esp ni dengan semua. Alhamdulillah, semakin hari semakin selesa dengan pengambilan esp dan dah jadi rutin pun hehe.. sebab tu la me sukaaaaaaaaaaaaa sangat ESP Shaklee =)
 
Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi:


Amy Noor Zaina
ID: 929625
Email: amy_anzeq@yahoo.com
Tel: 017-4336075

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Maintain ebm... maintain =)

Alhamdulillah..

Berjaya melepasi hari pertama ramadhan kali nih dengan jayanya yeay! Alhamdulillah.. pertama kali berpuasa sebagai ibu menyusu.. sebelum ni dah 2 tahun berturut-turut puasa sebagai ibu mengandung hehe.. azam ramadhan kali ni nak maintain ja macam ramadhan-ramadhan biasa walaupun menyusu. InsyaAllah..

Semalam ramadhan hari pertama me teruskan sesi pam seperti biasa (kat ofis sekali ja pam waktu rehat sebab memang tak sempat nak pam banyak sesi). Alhamdulillah.. maintain boleh dapat 16 Oz lagi. Balik rumah satu lagi sesi selalunya 12 Oz la dapat. So sehari 2 sesi saja boleh dapat 28 Oz.. cukuplah untuk bekalan my little baby 24 Oz sehari kat rumah pengasuh =)

Pagi ni awal-awal lagi dah sahur dengan esp + Mealshakes + milo. Selalunya me akan breakfast esp + Mealshakes + Horlick tapi tadi horlick habis la pulak huhu... Horlick pun boleh menggalakkan pengeluaran susu tau kawan2, cubalah. Semestinya lagi sangat berkesan kalau tambah esp =)

Semoga maintain la 28 hari lagi.. InsyaAllah untuk ibu-ibu menyusu semua, sama-sama kita doa boleh harungi ramadhan dengan jayanya. Tak lupa juga ibu-ibu mengandung juga ya =)

Tuesday, July 9, 2013

Beruntungnya bayi susu ibu =)

Assalamualaikum =)
 
Niat di hati nak sangat teruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Tapi anak sulung tak kesampaian hanya sempat menyusu sehingga 6 bulan lepas tu susu drop ditambah pula pregnant anak kedua huhu...
 
Anak kedua ni setakat ni Alhamdulillah.. dah masuk 5 bulan masih menyusu penuh.. Jom kita tengok serba sikit apa kelebihan susu ibu ni:
 
Kelebihan susu ibu kepada ibu:

 - Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-  Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-  Mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-  Mengurangkan risiko osteoporosis
-  Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan susu ibu kepada bayi:

 
 -  Sumber imunisasi pertama bayi
-   Mengurangkan masalah elergi dan masalah sistem penghadaman
-    Membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi
 
 

InsyaAllah.. selagi kita berusaha akan ada hasilnya nanti kan? Hendak seribu daya.. tak nak?? Sambung sendiri ja hehehe =P

Bantuan Menjelang Ramadhan Untuk Kaum Ibu =)

Alhamdulillah.. tahun ni Ramadhan disambut agak berlainan tapi penuh kesyukuran. Pertama kali Ramadhan bersama dua anak kecil me yang sangat aktif dan ceria. Dua tahun sebelum ni Ramadhan dalam keadaan mengandung hehe =)
 
Mula-mula agak risau jugak boleh ke berpuasa penuh tahun ni sebab masih fully bf anak kedua yang baru berusia 5 bulan. Yalah, mana nak jaga si kecil yang sulung tu, mana nak menyusu si kecil yang kedua tu. Macam-macam la yang bermain di fikiran ni. Tapi me cuba positifkan minda jugak.. kalau mengandung pun boleh lalui jugak sehingga 30 hari, InsyaAllah kali ni mesti boleh punya kan? Chaiyok! Chaiyok!
 
Cuma yang best nya tahun ni ada bantuan talian hayat.. Memang terasa sangat bantuannya.. hasil yang tidak dijangka huhu.. nak tau apa bantuannya? jeng..jeng..jeng!
 

1. ESP - Soy Protein Isolate Powder 
 - Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
 
2. Meal Shakes Shaklee
- Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan
 
InsyaAllah.. dah cuba sendiri dua produk ni dan sangat berpuas hati sebagai sumber bekalan tenaga sepanjang hari di samping banyak lagi kebaikannya. Paling best production ebm maintain malah bertambah =) Sesiapa nak cuba sangat disarankan terutama bagi ibu mengandung dan menyusu. Tak rugi pun mencuba... untuk kebaikan diri dan anak kita juga =)

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi:

Amy Noor Zaina
ID: 929625
Tel: 017-4336075

Monday, July 8, 2013

Jom Kongsi =)

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, dengan rasminya telah menjadi pengedar produk shaklee yang sah setelah mencuba sendiri keberkesanannya. Tak sabar nak kongsi kebaikan dengan semua. InsyaAllah, kita berusaha mendapat kehidupan yang lebih sihat. so.... sapa nak order dah boleh dah yeay!


Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi:
Amy Noor Zaina
ID: 929625
Email: amy_anzeq@yahoo.com
Tel: 017-4336075