Tuesday, July 9, 2013

Beruntungnya bayi susu ibu =)

Assalamualaikum =)
 
Niat di hati nak sangat teruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Tapi anak sulung tak kesampaian hanya sempat menyusu sehingga 6 bulan lepas tu susu drop ditambah pula pregnant anak kedua huhu...
 
Anak kedua ni setakat ni Alhamdulillah.. dah masuk 5 bulan masih menyusu penuh.. Jom kita tengok serba sikit apa kelebihan susu ibu ni:
 
Kelebihan susu ibu kepada ibu:

 - Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-  Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-  Mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-  Mengurangkan risiko osteoporosis
-  Membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan susu ibu kepada bayi:

 
 -  Sumber imunisasi pertama bayi
-   Mengurangkan masalah elergi dan masalah sistem penghadaman
-    Membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi
 
 

InsyaAllah.. selagi kita berusaha akan ada hasilnya nanti kan? Hendak seribu daya.. tak nak?? Sambung sendiri ja hehehe =P

No comments: