Assalamualaikum semua =)
#Tips Hadapi Healing Crisis
Pernah dengar kan healing crisis? Kesan healing crisis ni bermacam-macam mengikut badan seseorang. Ada yang naik jerawat, ada yang pening, ada yang muntah, ruam etc. di awal pengambilan sesuatu produk. Itu tandanya badan kita sedang respon dengan produk tersebut.
Kali ni kami nak share tips hadapi healing crisis yang disebabkan pengambilan supplemen terutamanya yang menyebabkan break out (jerawat). Tapi syaratnya supplemen yang diambil itu mesti lah selamat dan semulajadi supaya semua tips dapat digunakan tanpa was-was =)
Tips Hadapi Healing Crisis:
1. Banyakkan pengambilan air masak untuk seimbangkan semula kandungan air dalam badan. Kadang kala badan terlalu panas menyebabkan kita rasa loya, pening dan sebagainya.
2. Kurangkan dos pengambilan supplemen sehingga badan serasi dengan supplemen dan kesan healing crisis semakin reda
3. Elakkan pengambilan kafein dan ais semasa proses healing crisis. Memang tak sesuai ambil kafein dan supplemen dalam masa yang sama
4. Jarakkan waktu pengambilan supplemen dengan produk supplemen lain atau ubat-ubatan. Badan 'terkejut' kalau semuanya masuk sekaligus tak sempat nak proses
5. Jangan hentikan pengambilan supplemen kerana badan sedang cuba serasi dan respon dengan supplemen tersebut
6. Kurangkan penggunaan produk kecantikan terus kepada wajah / jerawat. Biar kulit 'bernafas' supaya cepat proses pemulihan
7. Sabar dan sabar.. Sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu akan pulih seperti sedia kala
In sha Allah, konsisten amalkan tips ini supaya cepat kesan Healing Crisis ni dapat diatasi.
Selamat mencuba =)
No comments:
Post a Comment