Kali ni nak bercerita pasal Short Vacation kami sekeluarga ke Cameron Highlands. Walaupun hanya 2 hari 1 malam saja (tak sampai 2 hari pun huhu) tapi puas hati juga la berjalan.. paling penting anak-anak suka hehe.. tujuan utama kami ke Cameron pun sebab Si Ammar la beriya-iya nak petik buah Strawberi lepas tengok satu rancangan kat TV. Sejak tu asyik diulang-ulang saja nak pergi kutip Strawberi =D
Kami pergi weekend lepas (9hb April 2016) bukan musim cuti sekolah sebab nak mengelakkan jalan jammed dan sesak dengan orang huhu.. mula-mula buka lah Agoda.com cari hotel yang murah dan selesa. Kebanyakan hotel harga agak tinggi sebab kira rate weekend walaupun bukan cuti sekolah. Kalau rate biasa RM120 (bilik family - kami 4 beranak) akan jadi RM160-180 satu malam. Ni bagi hotel biasa tau yang 2-3 bintang. Kalau hotel yang lagi berbintang tu memang lagi mahal lah =D
Lepas survey sana sini, adalah 2-3 hotel yang kami berkenan dari segi bilik dan parking yang mudah. Tapi kami tak book sebab bila call bilik masih banyak.. so nak walk in saja. Kami bertolak dalam jam 9 pagi dari Salak Tinggi, berhenti makan kat R&R dan sambung jalan dalam jam 1 kami dah sampai. Itupun agak lambat sebab bawa relax saja tak laju =)
So pusing2 tengok hotel yang dah ada dalam list tu lastly kami pilih Hotel SunBirds dengan bilik family 2 katil queen dan ada lif walaupun 3 tingkat saja. Hotel lain yang seangkatan dengan Sunbirds ni kebanyakannya tak ada lif (me malas sket nak panjat tangga hahahha). Harga 1 malam hanya RM160 ok sangatlah dengan bilik yang luas dan 2 katil queen. Selesa sangat. Lokasinya betul-betul bangunan sebelah Century Pines tu (awalnya nak ke Century Pines tapi pikirkan nak tidur 1 malam saja dan harga pun boleh tahan dekat 200++ makanya tak jadi =D hehe..)
Paling best hotel ni sebab ada parking yang banyak depan hotel.. so sangat mudah bagi yang ada nak-anak kecil macam kami. Sebelah hotel ni pun ada kedai makan.. jadi sangatlah berbaloi kalau menginap sini. Kalau ada bajet lebih boleh saja nak ke hotel-hotel lain yang lagi selesa =)
Jangan risau kalau nak hotel lagi murah.. hotel bajet lain pun banyak cuma agak kurang sikit dari segi parking sebab kebanyakkannya sebaris dengan rumah kedai dan sesak.
Ok, selepas check in kami rehat sekejap dan kemas barang siap-siap untuk berjalan-jalan. Sebelum tu kami turun makan kat kedai makan bawah tu. Masakan melayu yang boleh tahan rasanya sedap dan berpatutan. Selepas makan terus kami menuju ke destinasi utama - Ladang Strawberi =D
Kami pilih EQ- Strawberi Farm di Brinchang sebab tempat tu kami pernah pergi dulu masa honeymoon (zaman berdua punyalah lama tak jalan-jalan Cameron). Best nya kat sini sebab masuk free dan harga sekilo Strawberi hanyalah RM40 berbanding tempat lain ada yang mencecah RM60/kg sekali masuk petik buah. Tempat pun selesa dan buah Strawberi yang besar dan manis =) kat sini juga ada cendawan tiram yang boleh beli dan terus masak dan makan di situ.. harga cuma RM8 untuk semangkuk besar. Maka bermulalah sesi memetik buah dan paling suka Si Adik la yang memang teringin sangat nak petik buah tu hehe.. Kakak relax ja dia.. tapi muka excited juga hehe..
Dah habis petik buah Strawberi kami ke Cameron Tea Valley kat Tanah Rata untuk menikmati teh pulak. Asalnya nak ke Sungai Palas tempat teh Boh tu.. tapi disebabkan kena panjat tinggi juga lah makanya kami pilih yang di Tanah Rata saja. Lagipun bawa anak-anak kecik ni agak mencabar dan kena banyak bersabar sebab budak mudah jemu =D
Yang ni pun sangat ok dah kalau nak berehat-rehat sambil tengok ladang teh. Anak-anak suka juga kat sini sebab nampak ladang teh tu. Kita pinjam gambar dalam google je ni sebab tak sempat snap bangunan =D
Dalam jam 6 petang kami balik ke hotel dan terus mandi, solat dan rehat puas-puas sebab dah penat sangat masing-masing huhu.. kononnya nak ke Pasar Malam pun tunda ke esok pagi saja ke Kea Farm untuk beli sayur-sayur dan buah Strawberi lagi hehe..
Esoknya awal pagi dah ke Kea Farm untuk shopping. Breakfast pun kat sini saja beli jagung rebus dan macam-macam jenis gorengan ada - ubi, cendawan, keropok lekor. So kenyanglah kami makan sambil shopping tu. Kalau kat Kea Farm ni memang banyak sangat orang jual Strawberi dan sayuran. Pilih saja yang paling fresh dan harga ok =)
Dalam jam 11.30 macam tu kami dah gerak ke Lavender Farm. Masuk RM 8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak atas 5 tahun. Nasib baik Kakak dan Adik 5 dan 3 tahun kira free =) So bermulalah sesi ambil gambar kat bunga-bunga dan singgah minum kat kafe atas farm ni. Luas jugaklah tempat ni dan bersedia untuk anak-anak ajak balik cepat sebab penat hehehe =D
Actually ada lagi tempat yang kami list kan nak pergi macam Butterfly Farm, Bee Farm dan Ladang Teh Sg. Palas tapi disebabkan tujuan utama nak kutip Strawberi maka kami tundalah nak ke tempat lain tu.. lagipun tengok keadaan anak-anak juga.. walaupun Cameron ni tanah tinggi tapi musim panas ni terkesan jugalah bahang panas tu.. kesian juga anak-anak. Next time In Sha Allah =)
Kami bertolak balik ke Salak Tinggi dalam jam 2 lebih.. Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 7 malam. Semua dah flat tapi happy =D
Short Vacation ni sekali sekala bolehlah. Kalau nak lagi best kena ambil 3 hari 2 malam baru boleh explore semua tempat. Apa-apa pun percutian kali ni akan jadi kenangan manis yang akan kekal disebut oleh anak-anak =)
No comments:
Post a Comment