Monday, August 31, 2009

Udang Lipan.. sedap!

ni namanya udang lipan... my favourite nih hehehe... balik kampung ari tu udang ni la me cari dulu. bukan senang nak cari kat tempat lain, tapi kalau kat kampung banyak ja. besar-besar saiz dia ni. kalau nak makan, paling senang rebus ja pastu ratah hehe.. tapi tu la, udang lipan ni tak boleh makan banyak sangat.. tambah-tambah yang alergic seafood. me ni alergic tak alergic me makan gak (tu la degil..) pastu mula la nak muncul tanda-tanda alergic =( apa-apa pun, pandai-pandai la handle diri sendiri kan? =P


Inilah Namanya Jodoh ep.3

“Esok Rhea jumpa Rizman ya? Biar mama jemput mereka sekeluarga datang makan malam. Lagipun dah lama mama tak menjemput tetamu. Bolehlah Rhea berkenalan dengan dia, ok?” Usul mama.
Aku pantas menolak cadangan itu. “Tak nak lah ma. Rhea belum bersedia nak jumpa dia lagi. Biar Rhea mula berkawan dulu dengan Rizman tapi yang penting Rhea tak nak jumpa dia selagi Rhea tak berkawan dengannya. Boleh ya, mama?”
“Kalau macam tu, Rhea ambik nombor telefon Rizman dan berkawan dulu dengan dia. Tapi mama sangat berharap Rizman yang akan menjadi menantu mama...”

Aku terkedu. Mama sangat berkenan dengan Rizman, dan aku pula sedang bercadang untuk membuatkan si Rizman menolakku. Kalau aku tidak boleh menolak lamaran ini, biarlah Rizman saja yang membatalkan lamaran keluarganya. Itulah yang terlintas di fikiranku saat ini. Tapi mama? Ah, aku yang akan pertaruhkan seluruh hidupku kepada Rizman jadi akulah yang perlu menghadapinya.

“Ok, mama kasi nombornya. Malam nanti Rhea call Rizman. Ok mama sayang?” Ucapku sekadar ingin menyedapkan hati mama. Kata-kataku membuatkan mama cukup gembira. Ternyata tindakan yang bakal aku buat akan mengecewakan mama sekiranya pelanku berjaya dilaksanakan. Harap-harap Rizman akan menarik balik lamaran itu kerana tidak tahan dengan perangaiku nanti. Sudah banyak kali aku meminta di dalam hati. Rizman, moga-moga cepatlah kau mengalah nanti!


***

Kuliahku dibatalkan pada saat-saat akhir. Berapi juga aku dibuatnya. Sudahlah aku terlewat bangun pagi tadi, lepas itu kalut pula memandu meredah kesesakan jalan raya dan bila tiba saja di kelas, kelas pula sudah dibatalkan? hah! Aku mencapai telefon di dalam beg sandangku. Ada mesej. Pantas saja jari aku menekan punat telefonku.

“Morning princess, have a nice day!” Aku membaca ayat yang tertera di skrin telefonku. Huh! Mesej daripada Rizman. Semenjak kebelakangan ini aku asyik berbalas sms saja dengannya. Bukan apa, aku sekadar ingin menguji lelaki itu. Teringat semasa mula-mula aku menelefonnya. Macam nak terbakar hati aku dibuatnya!

“Saya Rhea. Awak Rizman kan?” Soalku agak keras. Tanpa salam aku terus menyemburnya.
“Erkk, wait a minute, awak Rhea dan saya Rizman. So?” Jawabnya agak keras jugak. Tercabar aku dengan kata-katanya. Melawan pulak dia!
“So awak tahulah siapa saya?”
“Kan awak dah cakap awak Rhea. Saya tahulah awak Rhea. Well, kenapa awak call saya malam-malam ni?” Eh, aku pulak yang di’sound’nya. Sepatutnya aku lah yang akan memulakan dulu sengketa, ini tidak, dia pulak yang membuatkan aku berasa geram.

“Saya bukan suka-suka nak call awak. Awak tahu tak pasal family kita?” Tanyaku lagi.
“Pasal family kita? Bila pulak kita jadi satu family?” Soalnya kembali. Ya Allah, aku betul-betul menyirap dengan lelaki ini. Sudahnya aku terus meletakkan telefon. Kalau macam ini punya perangai, jangan harap nak jadi suami aku, huh! Beberapa saat kemudian telefonku berbunyi. Aku terus menjawabnya tanpa melihat nombor siapa yang memanggilku.

“Assalamualaikum cik Rhea..” Lembut saja suara seorang lelaki memberi salam. Suaranya cukup romantik dan memikat. Aku kehairanan kerana seingatku belum pernah aku mendengar suara itu. Siapa pulak ni?
“Walaikumsalam.. erkk.. siapa ni?” Soalku agak lembut.

Kedengaran tawanya di hujung talian. Alamak, kenapa tiba-tiba saja dada aku berdebar-debar ni. Lelaki itu berhenti ketawa dan memanggil namaku sekali lagi. Terdetik jantungku setiap kali dia memanggil namaku dengan cara panggilan yang cukup romantik.

“Siapa ni? Janganlah main-main..” Nadaku sudah kembali keras.
“Opss, relaks.. janganlah marah-marah. Saya suka suara awak yang mula-mula tadi masa awak jawab salam. Lembut dan sopan.” Ucapnya.
“OK, saya tanya secara lembut ni ya, boleh saya tahu awak ni sapa?” Soalku dengan nada suara yang sengaja dilembutkan. Dia ketawa sekali lagi. Dan saat ini jantungku pula sudah mula berdebar kembali.

“Rhea, ni Rizman lah. Awak call saya tadi kan? Maaflah, saya pun terikut-ikut dengan cara awak bercakap tadi. Saya terkejut sebenarnya. Pertama kali bercakap dengan awak saya dah kena marah. Sorry ya..”

Aku tergamam. Ya Allah, macam mana aku boleh tak tahu ini Rizman? Suaranya betul-betul tak sama seperti yang mula-mula tadi. Kali ini lebih lembut dan sedap didengar. Malunya aku! Rizman memanggilku lagi. Seperti tadi nadanya cukup romantik.

“Erkk.. it’s ok..”
Aku kehilangan kata-kata! Sungguh, aku rasa betul-betul terpukul dengan tindakanku sendiri yang menelefonnya dan cuba memulakan sengketa. Salah aku juga. Terlalu awal untuk melaksanakan rancanganku. Aku perlu lebih berhati-hati. Dan sejak itu aku dan rizman mula berkawan melalui sms dan panggilan telefon. Bagiku dia seorang yang periang dan mudah berkawan. Selalu saja dia mengusikku. Namun hatiku belum terbuka untuknya lagi. Telefonku berbunyi menandakan ada mesej baru. Aku membuka dan membacanya perlahan. Daripada Rizman lagi. Katanya dia sedang menungguku di rumah mama. Gila! Selalu saja dia menakutkan aku seolah-olah dia sedang memerhatikan aku. Mentang-mentanglah aku tidak pernah melihatnya. Aku biarkan saja mesej itu tidak berjawab. Malas hendak melayan.

Aku terus menapak ke keretaku. Hari ini aku agak lapang jadi aku bercadang untuk ke rumah mama. Lagipun mama sudah mula bising kerana aku tak menjenguknya sejak kedatangan Datuk Razif dan Datin Fauziah tempoh hari. Mama, mama... tak jumpa sehari dua pun sudah mula bising. Macam manalah kalau aku kahwin dan tinggal berasingan? Sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak sehingga tak sempat menjenguknya? Mesti mama sunyi. Iks, kenapa sampai hal kahwin aku fikirkan ni! Aku ketawa sendiri.

*** Bersambung

Inilah Namanya Jodoh ep.2

Hari itu aku berkunjung ke rumah mama. Rumah sewaku dengan rumah mama tidak lah jauh sangat, masing-masing di Shah Alam namun berat betul kaki aku untuk melangkah ke sana. Ketika kereta satria kesayanganku membelok masuk ke halaman rumah, mama sudah pun terpacak di depan pintu menyambut kedatanganku. Berseri-seri wajah mama. Baru aku perasan, ada sebuah kereta Proton Waja diparkir di halaman rumah. Tak kan babah beli kereta baru kot? Untuk siapa pulak? Aku berkira-kira sendiri.

“Mama..” Tegurku sampai mencapai tangan mama dan menciumnya. Satu kucupan hinggap di dahiku disertakan dengan pelukan yang erat. Sayang benar mama padaku. Mestilah, aku kan anak bongsunya. Lagipun mama hanya ada aku dan Kak Rini saja, tapi kakakku itu telah pun berkahwin dan tinggal berasingan.

“Rindunya mama pada Rhea. Baru seminggu tapi macam setahun ja mama tak tengok anak mama ni. Eh, lupa pulak mama. Kita ada tetamu, sayang. Jom, masuk... ” Ajak mama gembira. Tetamu? Rupa-rupanya itu kereta tetamu, melesetlah andaianku tadi hehehe!

Ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku dapat rasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikan tingkahku. Ini yang aku rimas ni. Kalau kawan-kawan mama datang saja pasti ada sesuatu yang akan diperkatakan tentangku. Tapi kereta tadi macam tak pernah kulihat pun sebelum ini. Lupa pula aku hendak tanyakan mama siapa tetamunya itu.

Aku memerhatikan sepasang suami isteri yang sedang duduk di ruang tamu. Mereka nampak sebaya mama saja. Wanita yang berbaju kurung itu merenungku dengan mesra. Aku hanya melemparkan senyuman. Niat di hati aku hendak terus ke bilik saja tapi mama memanggilku pula.

“Rhea, mari duduk sini. Ini mama perkenalkan, Datuk Razif dan Datin Fauziah, kawan baik mama masa zaman sekolah dulu. Dua-dua satu kelas dengan mama, jodoh mereka ni panjang sekarang dah beranak cucu dah dia orang ni..” Ucap mama ramah. Kata-kata mama disambut oleh gelak tawa kedua-dua tetamu yang tak pernah kukenali itu. Aku sekadar tersenyum saja.

“Lawa betul si Rhea ni ya Salmi. Dalam gambar nampak cantik, kat luar lagi bertambah-tambah cantik ditengok. Cantik betul dia. Sejuk mata saya memandangnya, bang..” Ucap Datin Fauziah sambil memandang ke arah suaminya.
“Awak ni, malu lah Rhea nanti. Hah kau pun satu Salmi, selama ni kau simpan saja ya anak dara kau ni. Dah besar panjang baru kami tahu kau ada seorang lagi anak dara..” Datuk Razif pula bersuara. Mama hanya ketawa dan memberi isyarat kepadaku untuk menyalami mereka berdua.

“Apa khabar Datuk, datin.. ” aku bersalaman dengan mereka. Ada riak kurang senang yang terukir di wajah Datin Fauziah. Hairan jugak aku kenapa dia bertindak begitu.
“Iksh, datin pulak yang dipanggilnya. Tak lama lagi kitakan akan jadi satu keluarga. Rizman panggil auntie ibu, apa kata kalau Rhea pun panggil ibu dari sekarang? Kat uncle panggil abah saja, boleh Rhea?”

Bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalaku saat ini! Ibu? Abah? Baru kutahu mereka ini rupa-rupanya orang yang melamarku. Nafasku betul-betul sesak, dadaku terasa macam nak pecah mendengarkan kata-kata Datin Fauziah. Aku memandang mama meminta penjelasan, tapi mama buat-buat tak paham. Tanpa menjawab pertanyaan Datin Fauziah aku terus meminta diri untuk ke bilikku di tingkat atas.

“Malu agaknya tu..” Terdengar suara mama ketika aku melangkahi anak tangga. Kenapa mama buat aku macam ni? Aku masih belum bersedia dan tiada kata putus pun dariku lagi. Tapi mama seolah-olah sudah menerima lamaran itu. Mama! Aku betul-betul binggung.

“Kenapa Rhea buat macam tu? Tinggalkan tetamu macam tu saja? Dia orang tu bakal mertua Rhea tau!” Tegas suara mama kedengaran. Aku berpaling ke arah lain. Sudah balik agaknya mereka. Kalau tak, mama tak akan mengamuk macam ni.
“Rhea dengar tak apa mama tanya? Kenapa Rhea buat perangai? Rhea tak kesiankan mama ke? Mama nak tengok Rhea bahagia saja. Rizman tu secocok sangat dengan Rhea, ada rupa dan kerja pun terjamin. Apa lagi yang Rhea nak?”

“Mama please, ma.. jangan paksa Rhea. Mama yang tak kesiankan Rhea. Mama nak Rhea hidup dengan orang yang Rhea tak pernah kenal? Langsung tak pernah tahu asal usulnya ke mama? Nak Rhea terseksa? Itu yang mama nak?” Soalku kembali bertalu-talu. Aku lihat mama betul-betul kecewa dengan kata-kataku.

“Rhea, mama yakin Rizman adalah pilihan yang paling tepat untuk Rhea. Mama nak Rhea hidup dengan orang yang boleh menjaga Rhea. Andai satu hari nanti mama dah tak ada, mama akan pergi dengan tenang sebab mama tahu ada orang yang boleh menjaga Rhea untuk mama.. itu saja yang mama nak...” Sayu betul kata-kata mama menusuk ke kalbuku. Aku rasa bersalah kerana membuat mama berkecil hati dengan kata-kataku tadi. Lantas aku memeluk mama seerat-eratnya.

“Ma, Rhea minta maaf... Rhea minta mama bagi Rhea masa untuk Rhea mengenali siapa Rizman sebenarnya. Rhea janji Rhea tak akan menolak sekiranya dia betul-betul seperti yang mama ceritakan... boleh ya mama?” Pujukku. Kali ini pujukan ku berjaya membuatkan mama kembali tersenyum. Aku tahu mama hanya hendak yang terbaik untukku. Namun aku juga punya perasaan, tak sebegitu mudah aku hendak menerima seseorang dalam hidupku apatah lagi sebagai suamiku.

*** Bersambung

Wednesday, August 26, 2009

Inilah Namanya Jodoh


Aku menongkat dagu sambil cuba mendengar kuliah yang sedang disampaikan oleh Prof. Mansor. Telinga aku saja yang mendengar namun sedikit pun aku tidak memahami tutur katanya. Yalah, macam-macam yang aku sedang fikirkan saat ini. Fikiranku bercelaru dengan pelbagai perkara. Kalau nak diikutkan hati, sekarang juga aku ingin meninggalkan dewan kuliah ini.

“Macam mana Rhea? Setuju?” soal Kak Rini, kakak sulungku ketika dia menghubungiku semalam. Aku mendengus perlahan.
“Rhea tak tahu la akak. Mama senang-senang ja nak terima lamaran tu. Entah sapa-sapa entah. Yang nak jadi mangsanya, Rhea la! Eei, geram betul lah..” Luahku kepadanya. Aku harap kak Rini boleh memujuk mama supaya mempertimbangkan dahulu lamaran yang telah dihantar untukku 2 minggu yang lepas itu.

Kak Rini mengeluh kecil. “Akak pun tak tahu nak cakap apa dah dengan mama. Pihak lelaki tu katanya orang baik-baik, bakal suami Rhea tu arkitek, muda dan handsome. Kalau tak silap, namanya Rizman. Akak pun tak pernah tengok tapi mama dah beriya-iya puji dia.”
“Tapi akak, Rhea kan masih belajar. Rhea ingat nak sambung lagi ke peringkat Phd pulak lepas dapat master ni. Tak lama dah pun. Mana la Rhea sempat nak pikir pasal kawin kak Rini..” Pujukku lagi. Namun pujukanku hampa bila kak Rini menyuruhku berbincang dengan mama secara peribadi. Lagi lah susah, mama pasti tidak akan mendengar kata-kataku.

Aku tersedar dari lamunan ketika semua pelajar berebut-rebut menuju ke pintu dewan kuliah. Sudah habis kuliah rupanya. Jauh betul aku mengelamun, nasib baik Prof. Mansor tak nampak kelakuanku. Harap-harap orang lain pun tak perasan. Aku terus bergegas menuju ke Medan Kuliah kerana masih ada satu lagi kelas yang perlu kuhadiri. Betapa bosannya aku saat ini hanya Tuhan yang tahu. Wahai masa cepatlah berlalu!
***
Telefonku sudah berkali-kali berbunyi namun sengaja aku biarkan ia berdering. Tertera nama mama di skrinnya. Sudah 4 hari aku tak menjenguk mama. Bukan apa, aku agak sibuk dengan Projek Tahun Akhir yang perlu aku siapkan secepat mungkin. Dalam masa 5 bulan saja lagi aku akan memperoleh master dalam bidang perakaunan. Betapa gembiranya aku, separuh daripada cita-citaku sudah hampir tercapai. Namun apabila memikirkan mama, aku tiba-tiba saja resah. Mama oh mama...

Telefonku berdering lagi. Kali ini aku terpaksa menjawabnya. Kesian pulak aku pada wanita separuh abad yang kupanggil mama itu. Semoga mama sekadar bertanya khabar sudahlah, janganlah soal jodoh yang disebutnya, aku meminta di dalam hati.

“Assalamualaikum, mama.. sorry Rhea ada hal tadi. Mama sihat?”
“Walaikumsalam. Ingatkan nak lari dari mama. Rhea ke mana sampai 4 hari tak jenguk mama? Rhea dah tak nak balik rumah mama dah ke?” Tanya mama. Aku menghela nafas panjang.
“Ma, rhea kan ada final projek. Itu yang busy sikit. Nanti weekend Rhea balik lah, ok? Mama sihat tak? Tak jawab pun soalan Rhea... sampai hati mama tuduh Rhea macam tu… sedih Rhea tau…” Aku berpura-pura merajuk.

Mama ketawa kecil. “Anak manja mama ni dah umur 26 tahun pun perangai macam budak-budak lagi. Patutnya dah kawin dah sekarang ni. Biar bermanja dengan orang lain pulak..”

Ah tidak! Mama sudah memulakan topik yang aku paling tak suka. Cepat-cepat aku mohon diri dari mama. Aku tahu mama hampa, tapi kalau aku melayan celoteh mama berkenaan hal-hal kahwin ini silap-silap aku yang terkena. Sudahlah aku masih belum memberikan kata putus. Baik aku lari dulu. Ampunkan anakmu yang seorang ini ya mama...

*** Bersambung

Tuesday, August 25, 2009

penat..

Me baru ja balik dari KL.. attend meeting kat Putrajaya, then me stay kat umah sepupu me satu malam. Meting lak 2 jam tak sampai tapi travel dari KB ke KL tu yang meletihkan (sebab puasa kot..)

dah la kat airport tu ramai pelancong, dengan pelbagai aksi lak tu... semuanya romantik yang melampau.. huhu...bulan puasa ni.. sabar ja la tengok dorang tu. tadi petang sebelum me balik KB sempat temankan sepupu me g klinik.. dah scan baby.. waaa.. sorang lagi nak dapat baby.. bestnya =) teringin lak nak ada baby gak (kawin pun belum lagi apa la huhuhu...)

ok la.. me just online kejap ja ni.. nak gi masak untuk sahur lak. terasa teringin nak makan sotong masak kicap =P k.. selamat berpuasa semua!