Monday, September 30, 2013

Tunaikan Hak Anak Anda.. Tiada Alasan!!

[Penyusuan adalah hak anak sejak azali]






Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap.." Surah al-Baqarah 2:233.

Ramai ibu moden sekarang terlepas pandang kepentingan penyusuan susu ibu dan info-info berkenaan dunia penyusuan. Salah anggap anak sudah tak mahu menyusu...
adalah KESILAPAN paling besar para ibu apabila menghentikan penyusuan. Ketahuilah anak kecil anda tidak memerlukan susu lain selain susu anda sejak hari pertama dilahirkan. Bagaimanalah si kecil itu berupaya menolak untuk menyusu sedangkan Allah telah menciptakan ibunya bersama nikmat susu yang paling berharga buatnya?

Banyak cara untuk anak meneruskan penyusuan sekiranya anak tidak mahu menyusu secara langsung. Kaedah mengepam dalam botol, cawan kecil atau picagari boleh saja digunakan. Yang penting ada kemahuan! Jika susu merudum? Carilah info bagaimana untuk menambah dan memulihkan kembali bekalan susu untuk anak. Zaman sekarang semuanya di hujung jari saja. Tiada alasan, melainkan keuzuran tahap kritikal. Kasihanilah bayi comel anda.. Jagalah hak anak anda.. berikan hak mereka sebelum anda meminta hak anda daripada mereka kelak.

Sharing is caring =)

Thursday, September 26, 2013

Jomlah cantik di dalam dan cantik di luar!

*** Cantik di dalam, cantik di luar ****
Pernah tak anda mencuba pelbagai jenis set penjagaan kulit muka tetapi masih tidak berhasil? ada yang murah, malah ada yang mahal pun masalah kulit muka tu tak juga hilang. Kenapa ya?
Jom saya nak kongsi pengalaman saya sendiri yang pernah mengalami masalah kulit muka (kulit sensitif, cepat naik jerawat, tona tidak sekata dan mudah ‘sunburn’). Masa zaman muda-muda dulu (zaman bujang) saya pernah mencuba satu set skin care yang harganya ratusan ringit untuk kegunaan sebulan. Saya cuba dalam 3 bulan tapi macam tak berhasil sangat. Mula-mula macam nampak kesan lepas tu jadi balik. Ada la dekat RM2000++ saya habiskan untuk itu saja. Masa tu tak kisah sangat sebab masih solo dan tak ada tanggungan sangat (bila fikir balik menyesalnya! Huhu)
Kemudian saya terus guna skin care biasa saja selepas mencuba pelbagai skin care lain yang mahal dan murah. Lepas bersalin anak pertama lagilah rasa sangat teruknya muka ni. Naik jeragat, jerawat dan segala jenis masalah kat muka ada. Tapi saya biarkan saja sebab dah malas nak cuba skin care yang ada di pasaran hinggalah saya cuba skin care Mekar Semilu yang kawan saya cadangkan. Alhamdulillah nampak sikit perbezaannya.
Kemudian saya berkenalan dengan Shaklee, saya cuba set untuk penyusuan tetapi saya dapat lebih. Masalah kulit muka saya dah hilang sepenuhnya! Tak sangka betul. Rupa-rupanya saya hanya perlukan ‘SUPPLEMEN/ VITAMIN’ sahaja untuk menyelesaikan masalah saya tu. Ya, disebabkan hormone dalam badan yang tak teratur dan masalah stress telah menyebabkan saya ‘tidak sembuh’ daripada masalah kulit. Barulah saya tahu sebab apa tak berhasil setelah mencuba pelbagai jenama skin care sebelum ini.
Sebenarnya segala masalah bermula dari dalam diri kita sendiri. Sakit ke, sembelit ke, kecantikan ke, malahan penyusuan juga semua disebabkan dalaman kita yang tak berapa nak sihat dan kuat. Jadi macam mana nak atasi? Semestinya dengan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan seimbang. Namun disebabkan kesukaran nak dapatkan nutrisi secukupnya, maka perlulah kita mengambil supplemen atau vitamin sebagai pelengkap. Bukan sekadar itu saja, pengambilan supplemen juga membantu untuk memulihkan masalah hormone dalam badan yang tidak stabil. Bila badan dah sihat dan hormone stabil rasa-rasanya ada tak masalah nak timbul? InsyaAllah tak kan?
Saya tak nafikan produk kecantikan yang pelbagai jenis di pasaran tu pun perlu juga untuk membantu mempercepatkan masalah kulit untuk sembuh. Saya sendiri pun memakai krim mutiara sebagai pelembap dan memelihara kulit muka. Cumanya saya juga mengamalkan supplemen sebagai ‘makanan’ dalaman saya. Perlulah seimbang dalaman dan luaran kan?
Rasanya bukan saya seorang saja yang alami masalah ni kan? Anda yang mempunyai masalah seperti saya sebelum ini boleh cuba mengamalkan supplemen untuk merawat masalah kulit anda. Oh ya,kos yang saya keluarkan untuk supplemen sebulan tak sampai pun RM 50 untuk satu-satu jenis supplemen bergantung kepada apa yang kita perlukan. Sangat murah dan berkesan!
 InsyaAllah berusaha pasti akan ada hasilnya. Jomlah cantik di dalam dan cantik di luar!
Selamat mencuba! =)
** maaflah panjang la pulak entri ni huhu..

Wednesday, September 25, 2013

Vita-E Complex Shaklee Yang Terhebat!

Vita-E Complex Shaklee Terhebat!!!
 
 
Vita-E Shaklee sangat terkenal untuk kesihatan kulit. Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
  
 
Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
 
 
Sumber Vitamin E 
 
 
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

 
 Khasiat Vita-E Complex Shaklee
 

* Mengandungi antioksidan - membaiki peredaran darah dalam badan
 
* Menjadikan wajah berseri dan tak kusam - kulit bersih dari jerawat  dan jeragat.

* Melambatkan proses penuaan - awet muda jika mengamalkan Vitamin E ini secara berterusan.

* Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts - melancarkan saraf

* Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan

* Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
 
* Mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan - luka menyusu sembuh dengan cepat

* Mengurangkan dan memudarkan stretch mark dengan cepat dan berkesan

* Mengurangkan kesakitan apabila PMS

* Mengurangkan parut luka di kulit

* Mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku

* Meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki

* Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan juga wanita

* Membantu masalah kedinginan antara suami isteri.

* Membantu masalah pigmentation kulit

* Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat
 

Banyakkan khasiat Vita-E untuk anda. Jika anda mahu kesemua kebaikan dalam Vita-E ini, hubungi kami segera untuk tawaran harga yang teristimewa!! =)

*p/s: Vita-E Complex tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana vitamin E akan menghalang penyerapan alfalfa

Sunday, September 22, 2013

Collagen Powder Shaklee Memang Berbeza!

Kenapa Collagen Powder Shaklee sangat istimewa???

Wahh.. cantiknya kulit orang yang mengambil kolagen. Macam-macam jenama kolagen ada, pening lah nak pilih.. ada mahal.. ada murah.. apa bezanya??? Haa... ada tak persoalan tu bermain di minda anda? Nak tahu kenapa terdapat perbezaannya? Jom baca lebih lanjut! =)
 
Secara asasnya, produk-produk Kolagen yang berada di pasaran sekarang dihasilkan daripada 3 sumber kolagen yang berbeza, iaitu 'plant collagen', 'animal collagen 'dan 'marine collagen'. Jadi apa bezanya kesemua sumber-sumber kolagen ni? Jom kita lihat satu persatu:


Plant Collagen

Sumber daripada plant collagen termasuklah buah-buahan atau sayur-sayuran. Kolagen jenis ini agak banyak dijual di pasaran. Kelebihannya adalah pada rasanya yang manis dan sedap dan juga harganya yang paling murah berbanding dengan kolagen dari sumber yang lain. Walaubagaimanapun, kolagen dari sumber ini mempunyai kadar serapan yang paling rendah. Ini membuatkannya kurang efektif berbanding sumber kolagen yang lain


Animal Collagen

Sumber kolagen daripada haiwan yang selalu digunakan adalah dari kulit lembu dan kulit khinzir. Banyak digunakan untuk 'collagen injection' kerana ia hampir menyamai struktur tisu kulit manusia, maka ia senang diserap oleh kulit. Kelebihannya terhad untuk kecantikan kulit sahaja, ia tidak membantu untuk proses pembaikpulih struktur organ badan yang lain. Haa.. kalau anda tak sure apa jenis haiwan yang digunakan lebih baik semak betul-betul tau.. kot terkena yang tak halal pulak. 

 
Marine Collagen

Sumber kolagen terbaik setakat ini, yang boleh diperolehi dari hidupan laut seperti alga dan pelbagai jenis ikan. Seorang profesor dari Perancis telah membuat kajian dan mendapati ikan yang mampu hidup di laut sedalam 2000 meter adalah sangat kaya dengan kolagen. Ikan ini masih utuh dengan keadaan kulit dan sisik yang licin, tegang dan tahan lasak. 


 
Bagaimana pula dengan Collagen Powder Shaklee?
 
Collagen Powder Shaklee diekstrak daripada sisik ikan merah yang hidup di  dalam laut sedalam 5000 meter. Sangat dalam kan??? Kebaikan utama marine collagen adalah ia mempunyai jisim molekul yang sangat rendah jadi kadar penyerapannya adalah sangat hebat. Dan kadar penyerapannya tidak terhad kepada kulit sahaja, malah organ-organ badan yang lain. 

Lebih istimewanya lagi, Shaklee turut menambah 7 lagi ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen itu, iaitu kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus acidophilus, vitamin C, B2, B6, ekstrak pfaffia dan ekstrak biji camellia japonica.

Sekarang anda dah tahu kan kenapa Collagen Powder Shaklee sangat berkualiti dan istimewa? Walaupun harganya agak mahal berbanding kolagen lain yang berada di pasaran tetapi kualiti dan kesannya sangat terjamin dan berkesan. Sangat berbaloi-baloi la pendek kata.



Jika anda mahu kelihatan cantik dengan pelbagai khasiat tambahan cubalah Collagen Powder Shaklee! =) Berminat? Cepat-cepat contact:

Amy
(ID:929625)
WA / SMS : 0174336075

Collagen Powder Shaklee Untuk Anda Yang Nak Cantik!!! =)

Collagen Powder Shaklee untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan!

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
 

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
 Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
 * Berat molekul diukur dalam unit Dalton
 
 
 Khasiat Collagen Powder Shaklee:
 
 
Collagen Powder Shaklee sangat memberi kesan untuk kecantikan juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:
  • Mencantik dan menyuburkan rambut - Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang
  • Mencantikkan kuku – Kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah.
  • Menegangkan payudara – Kolagen membantu menganjalkan dan menegangkan kembali payudara
  • Menguatkan tulang – Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.

Adakah Collagen Powder Shaklee selamat untuk IBU MENGANDUNG dan MENYUSU?

 
Secara asasnya, kolagen selamat malah diperlukan untuk menjaga kulit agar tidak mengalami rekahan (stretch mark) bagi wanita hamil. Namun, ibu-ibu harus berwaspada pada bahan-bahan yang digunakan, kerana ada bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.
 
Malah, harus diketahui juga bahawa produk-produk kolagen ini tidak diuji terhadap wanita hamil dan menyusu. Oleh itu, ibu-ibu perlu periksa terlebih dahulu apa bahan yang digunakan. Contohnya dalam Collagen Powder Shaklee ini mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Oleh itu, adalah tidak sesuai untuk diminum tetapi ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker =)
 
Anda nak semua kebaikan dan khasiat Collagen Powder Shaklee? Hubungi saya segera! =)