Monday, September 30, 2013

Tunaikan Hak Anak Anda.. Tiada Alasan!!

[Penyusuan adalah hak anak sejak azali]






Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap.." Surah al-Baqarah 2:233.

Ramai ibu moden sekarang terlepas pandang kepentingan penyusuan susu ibu dan info-info berkenaan dunia penyusuan. Salah anggap anak sudah tak mahu menyusu...
adalah KESILAPAN paling besar para ibu apabila menghentikan penyusuan. Ketahuilah anak kecil anda tidak memerlukan susu lain selain susu anda sejak hari pertama dilahirkan. Bagaimanalah si kecil itu berupaya menolak untuk menyusu sedangkan Allah telah menciptakan ibunya bersama nikmat susu yang paling berharga buatnya?

Banyak cara untuk anak meneruskan penyusuan sekiranya anak tidak mahu menyusu secara langsung. Kaedah mengepam dalam botol, cawan kecil atau picagari boleh saja digunakan. Yang penting ada kemahuan! Jika susu merudum? Carilah info bagaimana untuk menambah dan memulihkan kembali bekalan susu untuk anak. Zaman sekarang semuanya di hujung jari saja. Tiada alasan, melainkan keuzuran tahap kritikal. Kasihanilah bayi comel anda.. Jagalah hak anak anda.. berikan hak mereka sebelum anda meminta hak anda daripada mereka kelak.

Sharing is caring =)

No comments: