*** Cantik di dalam, cantik di
luar ****
Pernah tak anda mencuba pelbagai
jenis set penjagaan kulit muka tetapi masih tidak berhasil? ada yang murah,
malah ada yang mahal pun masalah kulit muka tu tak juga hilang. Kenapa ya?
Jom saya nak kongsi pengalaman
saya sendiri yang pernah mengalami masalah kulit muka (kulit sensitif, cepat
naik jerawat, tona tidak sekata dan mudah ‘sunburn’). Masa zaman muda-muda dulu
(zaman bujang) saya pernah mencuba satu set skin care yang harganya ratusan
ringit untuk kegunaan sebulan. Saya cuba dalam 3 bulan tapi macam tak berhasil
sangat. Mula-mula macam nampak kesan lepas tu jadi balik. Ada la dekat RM2000++
saya habiskan untuk itu saja. Masa tu tak kisah sangat sebab masih solo dan tak
ada tanggungan sangat (bila fikir balik menyesalnya! Huhu)
Kemudian saya terus guna skin
care biasa saja selepas mencuba pelbagai skin care lain yang mahal dan murah. Lepas
bersalin anak pertama lagilah rasa sangat teruknya muka ni. Naik jeragat, jerawat
dan segala jenis masalah kat muka ada. Tapi saya biarkan saja sebab dah malas
nak cuba skin care yang ada di pasaran hinggalah saya cuba skin care Mekar
Semilu yang kawan saya cadangkan. Alhamdulillah nampak sikit perbezaannya.
Kemudian saya berkenalan dengan
Shaklee, saya cuba set untuk penyusuan tetapi saya dapat lebih. Masalah kulit
muka saya dah hilang sepenuhnya! Tak sangka betul. Rupa-rupanya saya hanya
perlukan ‘SUPPLEMEN/ VITAMIN’ sahaja untuk menyelesaikan masalah saya tu. Ya,
disebabkan hormone dalam badan yang tak teratur dan masalah stress telah
menyebabkan saya ‘tidak sembuh’ daripada masalah kulit. Barulah saya tahu sebab
apa tak berhasil setelah mencuba pelbagai jenama skin care sebelum ini.
Sebenarnya segala masalah bermula
dari dalam diri kita sendiri. Sakit ke, sembelit ke, kecantikan ke, malahan
penyusuan juga semua disebabkan dalaman kita yang tak berapa nak sihat dan kuat.
Jadi macam mana nak atasi? Semestinya dengan gaya hidup sihat dan pengambilan
makanan seimbang. Namun disebabkan kesukaran nak dapatkan nutrisi secukupnya,
maka perlulah kita mengambil supplemen atau vitamin sebagai pelengkap. Bukan sekadar
itu saja, pengambilan supplemen juga membantu untuk memulihkan masalah hormone dalam
badan yang tidak stabil. Bila badan dah sihat dan hormone stabil rasa-rasanya
ada tak masalah nak timbul? InsyaAllah tak kan?
Saya tak nafikan produk
kecantikan yang pelbagai jenis di pasaran tu pun perlu juga untuk membantu
mempercepatkan masalah kulit untuk sembuh. Saya sendiri pun memakai krim
mutiara sebagai pelembap dan memelihara kulit muka. Cumanya saya juga
mengamalkan supplemen sebagai ‘makanan’ dalaman saya. Perlulah seimbang dalaman
dan luaran kan?
Rasanya bukan saya seorang saja
yang alami masalah ni kan? Anda yang mempunyai masalah seperti saya sebelum ini
boleh cuba mengamalkan supplemen untuk merawat masalah kulit anda. Oh ya,kos
yang saya keluarkan untuk supplemen sebulan tak sampai pun RM 50 untuk
satu-satu jenis supplemen bergantung kepada apa yang kita perlukan. Sangat murah
dan berkesan!
InsyaAllah berusaha pasti akan ada hasilnya. Jomlah
cantik di dalam dan cantik di luar!
Selamat mencuba! =)
** maaflah panjang la pulak entri
ni huhu..
No comments:
Post a Comment