Friday, October 17, 2014

Tamar Cocoa (Al-Haddad) Putrajaya

Assalamualaikum,

Nak rasa minuma coklat sedap? Dengan gabungan kurma yang sememangnya sangat berkhasiat, khas untuk anda semua.

Jom nikmati Tamar Cocoa, sedapnya lain daripada yang lain =)

ps: COD di sekitar Putrajaya dan pos laju ke seluruh Negara (^_^)

WA/SMS: Amy (017-4336075)


Thursday, October 16, 2014

Kesan Awal Jangkitan HFMD

Actually hari ni nak bercerita pasal HFMD atau Hand - foot - mouth disease ni sebab Ammar dah 2 kali kena. Dah buat prevention pun, kadang-kadang terkena juga sebab HFMD ni jenis penyakit berjangkit.
 
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
Cara Jangkitan HFMD
 
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui:
 
  • cairan hidung dan mulut
  • air liur
  • cecair daripada lepuh tangan dan kaki
  • najis mereka yang dijangkiti
 
Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Maksudnya tanda jangkitan tu akan 'incubate' dalam tempoh 1-2 minggu baru dapat dikesan anak dah kena jangkitan ni.
 
 
Tanda-tanda anak kena HFMD pula seperti berikut:
 
  • Ulser dalam mulut
  • Ruam merah pada kaki, tangan dan sekitar punggung
  • Biji-biji merah (ruam besar) macam kudis di kaki dan tangan / lepuh
  • Demam (bergantung juga tahap kritikal jangkitan)
 
Sekali tengok tandanya macam kena campak tapi bukan.. ruam / lepuh tu lain daripada ruam campak. Ammar kali ni kena dengan keluar tanda kat tangan dan kaki dulu. Lepas tu baru ulser dalam mulut. Nasib baik cepat kesan, sebelum ni 1st time kena tak tahu pun dia kena HFMD so teruk juga dia kena ulser. Bila dah kena ulser memang tak lalu la nak makan dan minum.
 
Jadi, sangat penting untuk kesan awal penyakit ni sebab ianya memang tidak selesa pada anak. Cara atasi HFMD ni adalah dengan cara semulajadi, maksudnya kebersihan tu kena jaga, jaga pemakanan (elak yang gatal) dan sapukan krim/ubat untuk bantu hilangkan kegatalan pada ruam tu. Ulser pula boleh cuba guna Aloclair sejenis ubat sembur untuk rawat ulser pada kanak-kanak.
 
Me guna Herbal blend Shaklee untuk ruam tu san Alhamdulillah semakin pudar warna merah ruam yang timbul tu. Sambil tu bagi anak makan vitamin C untuk tingkatkan system imun. In Sha Allah, HFMD ni tidak berbahaya selagi anak tidak mengalami demam panas yang teruk.
 
 
 
 

Wednesday, October 15, 2014

Celebrity Lass Di Putrajaya

Cuaca sekarang memang panas. Kalau kat office yang ada air cond tu kira nasib baik la. Klu yang kerja guna kipas biasa je acaner? Klu tengah panas tanpa kipas? 😵

Bila panas mesti badan berpeluh. Yang tak best nya peluh tu nanti bau masam.. tengik je. Kan? Kan? Aduhai.. malu pun ada, segan pun ada nak dekat dengan orang. Pakai minyak wangi sebotol pun tak hilang bau peluh 'terbakar' panas tu. Kesian kan?

Siapa ada pengalaman macam tu? Meati ramai pernah kan. So macam mana nak hilangkan bau badan sebab peluh tu?

Tadaaa!

Kenalkan Celebrity Lass ~ Penghilang Bau Badan No.1 Di Asia. Dalam masa 3 saat hilang bau badan. Peluh banyak pun tak ada bau. Magik tak? Ini betul-betul berkesan tau, bukan cubaan 😀

Nak cuba juga?

Boleh.. cepat-cepat WA / SMS : 017-4336075 dan dapatkan CL hari ni juga.

Psst.. siapa WA cepat saya bagi FEE POSTAGE (^_^)

#sayajual #celebritylass #baubadan #odorless #clteammar #hilangkanbaubadan #trialcelebritylass #celebritylassPutrajaya #teamdms

Monday, October 13, 2014

Resipi Kejayaan Dengan 5K

Jom berkongsi resipi kejayaan dengan 5K, In Sha Allah bermanfaat =)

1. Keberanian

Selalunya, keberanian untuk mencuba, menanggung risiko dan rugi merupakan satu halangan yang besar bagi yang baru nak berniaga. Namun, keberanian ini adalah salah satu cara untuk menguji kemampuan serta kebolehan kita. Sekaligus, kita akan belajar dari kesilapan jika ianya berlaku. Berani tau, jangan takut ya
  
2. Keyakinan

Apabila sudah bermula, kita perlu meneruskan dengan keyakinan bahawa usaha kita pasti akan membuahkan hasil. Biar pun lambat, kita tetap berpegang kepada keyakinan itu. Yakin dan usaha itulah yang akan membawa kejayaan nanti, percayalah!

3. Kerjasama

Dalam sesuatu perniagaan, mustahil jika kita mampu untuk memulakan atau memajukan perniagaan itu seorang diri. Jika ada, hanya segelintir sahaja. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dengan perniaga lain atau mempunyai rantaian perniagaan yang boleh membantu kita untuk terus kekal dalam perniagaan. Inilah yang perlu diamalkan, rantaian perniagaan yang kukuh adalah penting
  
4. Keuntungan

Margin keuntungan yang stabil adalah lebih baik berbanding keuntungan yang melampau, seterusnya akan membuatkan perniagaan kita kecundang di tengah jalan. Mengekalkan margin keuntungan ini adalah perlu supaya perniagaan kita dapat berterusan dalam tempoh yang panjang

5. Keberkatan

Apa sahaja yang kita buat, biarlah berkat. Jangan kita menganiaya orang, menipu atau menyeleweng dalam meniaga. In Sha Allah, berkat kita berniaga dengan berserah kepada Allah akan membuahkan kejayaan. Kan?

Jom kita amalkan 5K ini ya. Semoga kita sama-sama berjaya dan kaya dunia akhirat. Aamiin (^_^)

Salam Sayang,
Amy


Bila buka tudung... alamak!

Fuh.. sibuk betul hari ni. Mesyuarat dari pagi sampai ke petang. Tak sempat nak rehat pun, sempat solat dan makan saja.

Kat surau tadi terus buka tudung, rasa ringan saja kepala. Tapi.. alamak! Ada 'haruman' yang kurang best la pulak!

Inilah dilema wanita bertudung. Leher ada bau! Kalau rambut berbau boleh atasi pakai shampoo. Kalau leher berbau? Anda mesti pernah rasa macam tu juga kan. Leher berbau ni sebab kita berpeluh dan peluh tu terperangkap lama bawah tudung. Tak ada pengudaraan kan?

Nasib baik ada Celebrity Lass, dah tak perlu risau. Gosok saja kat leher dalam 3 saat hilang bau. Memang magik!

Jom saya bantu anda semua. Dah tak perlu segan buka tudung dalam surau atau depan suami sekalipun. Bau dah tak ada kan (^_^)

WA / SMS  saya sekarang : 017-4336075

P/S: Jangan pakai CL kat rambut pula ya =D

#sayajual #celebritylass #baubadan #odorless #clteammar #hilangkanbaubadan #trialcelebritylass #celebritylassPutrajaya #teamdms