Monday, October 13, 2014

Resipi Kejayaan Dengan 5K

Jom berkongsi resipi kejayaan dengan 5K, In Sha Allah bermanfaat =)

1. Keberanian

Selalunya, keberanian untuk mencuba, menanggung risiko dan rugi merupakan satu halangan yang besar bagi yang baru nak berniaga. Namun, keberanian ini adalah salah satu cara untuk menguji kemampuan serta kebolehan kita. Sekaligus, kita akan belajar dari kesilapan jika ianya berlaku. Berani tau, jangan takut ya
  
2. Keyakinan

Apabila sudah bermula, kita perlu meneruskan dengan keyakinan bahawa usaha kita pasti akan membuahkan hasil. Biar pun lambat, kita tetap berpegang kepada keyakinan itu. Yakin dan usaha itulah yang akan membawa kejayaan nanti, percayalah!

3. Kerjasama

Dalam sesuatu perniagaan, mustahil jika kita mampu untuk memulakan atau memajukan perniagaan itu seorang diri. Jika ada, hanya segelintir sahaja. Oleh itu, kita perlu bekerjasama dengan perniaga lain atau mempunyai rantaian perniagaan yang boleh membantu kita untuk terus kekal dalam perniagaan. Inilah yang perlu diamalkan, rantaian perniagaan yang kukuh adalah penting
  
4. Keuntungan

Margin keuntungan yang stabil adalah lebih baik berbanding keuntungan yang melampau, seterusnya akan membuatkan perniagaan kita kecundang di tengah jalan. Mengekalkan margin keuntungan ini adalah perlu supaya perniagaan kita dapat berterusan dalam tempoh yang panjang

5. Keberkatan

Apa sahaja yang kita buat, biarlah berkat. Jangan kita menganiaya orang, menipu atau menyeleweng dalam meniaga. In Sha Allah, berkat kita berniaga dengan berserah kepada Allah akan membuahkan kejayaan. Kan?

Jom kita amalkan 5K ini ya. Semoga kita sama-sama berjaya dan kaya dunia akhirat. Aamiin (^_^)

Salam Sayang,
Amy


No comments: