Monday, October 13, 2014

Awas Demam Selsema Semasa Berpantang

Assalamualaikum,

Coret-coret hari ni pasal demam selsema ketika berpantang. Me nak fokus kepada ibu berpantang sebab mereka ini lebih berisiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Maklumlah, ibu berpantang masih dalam keadaan lemah dan mudah dijangkiti. Silap sikit sakit sana, sakit sini..betul tak? Jika tak dikawal pula risiko nak menjangkiti kepada anak kecil tu sangat tinggi.

Apa yang ibu boleh amalkan?

Ketika dijangkiti demam selsema, ibu sebaiknya lebihkan waktu rehat. Semasa rehat inilah badan sedang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Memang tak sempat dan tak cukup masa dalam menguruskan anak, tetapi perlu juga curi sedikit masa. Rehat juga walaupun sekejap.

Ibu juga boleh amalkan memakan lebih vitamin C. Buah-buahan seperti Oren yang kaya vitamin C jadikan sebagai rutin dalam menu berpantang. Ada yang risau anak pula sakit perut ya tak? Jangan risau, ibu minum air masak lebih (kuantiti sikit tapi kerap) supaya vitamin C cepat diserap oleh badan ibu. Vitamin C larut air, jangan risau ya =)

Begitu juga dengan vitamin B yang larut air.  Fungsi vitamin B adalah memberikan tenaga dan menguatkan antibodi ibu. Sumber makanan yang kaya vitamin B adalah daging, ikan dan tenusu. Sama juga seperti vitamin C, amalkan minum air masak lebih ya.

Selain itu, ibu boleh juga amalkan Habbatus Sauda. Sekarang ni macam-macam jenis Habbatus Sauda ada dipasaran. Ada bentuk gel, bentuk minyak, softgel dan kapsul. Seeloknya ibu ambil secara terus. In Sha Allah, berkesan mengurangkan demam selsema juga.

Pengalaman me, kalau me kena saja demam selsema memang me akan cari vitamin ja terus. Me akan makan 1 biji vitamin B dan 2 biji vitamin C. Alhamdulillah, kesannya memang cepat dan paling penting selamat dan semula jadi tau. Tak elok amalkan makan ubat demam selsema ya sebab baby kecil lagi.. kesian baby terkena kesan ubat tu...

Ok semua, sharing is caring. Jaga kesihatan ya ibu-ibu semua =)

Salam sayang,
Amy

No comments: