Friday, October 10, 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Suamiku (^_^)

Kenal di FB, bercinta lepas kahwin (^_^)

10 Oktober 2010 ~ sah menjadi isteri Si Dia. Alhamdulillah dah genap 4 tahun.. dan kami masih saling mengenali hati budi hehe.. masih dalam proses. Al maklumlah, bercinta selepas kahwin, banyak yang nak kena discover hehe =P

Kami kenal tak lama, 1st kenal dan jumpa bulan 6, bulan 10 kami nikah. Ambil masa 4 bulan lebih terus kahwin. Allah permudahkan urusan dan kuatkan jodoh kami. Dugaan?  Memang ada.. masing-masing jauh masa tu. Sambil uruskan hal kahwin, sambil tu cuba kenal mengenal.

Lucunya, kami buat keputusan nak kahwin tu secara spontan huhu.. ala-ala cerita Frozen tu. Masa Prince Hans melamar Princess Anna, terus ajak kahwin je hehe 😁  Opps.. jangan jadi macam dorang sudah.. yang tu main-main saja. Tapi kami serius 😊

Alhamdulillah,  4 tahun yang banyak mengajar erti kesabaran, erti ketabahan dan kejujuran. Dia segalanya, yang terindah. Allah kurniakan kami 2 orang permata hati (so far) yang menguatkan lagi ikatan kami.

In Sha Allah,  doakan semoga kami masih bercinta sehingga akhir hayat kami. Bercinta selepas kahwin ni best tau.. walaupun banyak cabarannya sebab masing-masing baru nak kenal hati budi. Baru nak dating, bercintan cintun huhu.. tapi tak apa, keluar dating dengan kekasih halal lagi manis kan (^_^)

Semoga ikatan suci ni berkekalan sehingga akhir nyawa kami.. semoga kami menjadi parents yang terbaik untuk anak-anak kami, semoga dipermudahkanNya segala urusan kami..

Selamat hari ulang tahun perkahwinan suami tercinta Kamz Zabri, love u so much 😙😙😙

No comments: